Motivation Rally Shaklee di SACC Convention Centre, Shah Alam

Assalamualaikum..

Semalam telah berlangsung majlis Motivation Rally & Majlis Jamuan Raya Aidilfitri di SACC Convebtion Centre, Shah Alam… tahu, dah habis Syawal dah kan… minggu depan dah nak Aidiladha kot..heheheh..

Tapi pihak Shaklee Malaysia ada alasan tersendiri kenapa dan mengapa baru nak buat jamuan raya bagi kawasan Lembah Klang..di negeri lain, dah lama habis raya…

Bagi pengedar Shaklee (yang layak) di negeri Selangor termasuk Putrajaya, dapat spesel jemputan, untuk menerima sijil penghargaan.

Aku termasuk dalam ratusan pengedar tu..aku telah menerima sijil penghargaan sebagai Key Coordinator Shaklee iaitu rank yang ke-3 tertinggi. Yang paling tinggi, Master Coordinator dan ke-2 tertinggi Sr. Key Coordinator..

Master Coordinator
|
Sr. Key Coordinator
|
Key Coordinator (aku kat sini)

Majlis bermula sekitar jam 2 petang… sebelum tu, kami dikehendaki mendaftar di bahagian pendaftaran di hadapan dewan.




Dah setel daftar, terus lah melangkah masuk ke dewan....ramai dah yang sampai…meriah betul.ni kali ke-2 aku join motivation rally..kali pertama, aku pergi motivation rally di Penang, awal tahun 2014, tapi bukan sebagai penerima sijil penghargaan… tetamu biasa je..saje nak menyebokkan diri kat majlis orang..hahahah





Seronok tau datang majlis Shaklee ni… semua yang datang, nampak muka penuh aura positif..muka yang bersemangat luarbiasa… .bakal-bakal jutawan Shaklee ni, InshaAllah… .dan yang paling membanggakan, orang Melayu Islam lebih ramai. Alhamdulillah, semoga dengan jalan yang Allah tunjukkan ini, semakin ramai orang Melayu mempunyai taraf hidup yang lebih baik di tanahair sendiri. Semakin ramai orang Melayu yang menceburkan diri dalam perniagaan, walaupun hanya bermula dengan perniagaan MLM… .kebanyakan mereka yang telah menjana pendapatan yang stabil dengan Shaklee, telah membuka cabang bisnes yang baru… macam-macam ada…

Bidang hartanah
Bidang oil & gas
Premis perniagaan barangan ibu dan bayi
Bidang fotografi

Aku??? Dah tentulah aku ada perancangan jugak. InshaAllah, pelan2 kayuh, Dengan Shaklee, aku jadikan bisnes ni sebagai 'lubuk modal', so tak payah dah la aku berhutang/ buat pinjaman bank untuk meniaga...di samping membantu insan-insan lain mendapat sama seperti mereka yang telah berjaya dengan bisnes Shaklee. Bisnes Shaklee tetap nombor 1 di hati aku...aku memang dah tahap setia hingga hujung nyawa...hahaha..








Seperti biasa, kalau aku ke mana-mana event Shaklee, mesti aku hangkut sekali insan-insan tersayang..... suami dan anak-anak....si pengarang jantung... terima kasih sayang !!

Humayraa 4 bulan



Sempat juga ber 'selfie' dengan anak cucu bisnes Shaklee yang berjiwa kental… sekental getah..… .hahaha..kedua-dua ni penerima sijil penghargaan jugak… tahniah korang!



Lebih kurang jam 5.30 petang, tiba giliran aku dan suami lak, beratur ler reramai di tepisebelah kanan dewan...teruja giler kot wehhh..hehehehe..aku keje gomen 5 tahun lebih dah, tak pernah aku dapat award cenggini..kikikiki.....siap dapat sejambak bunga ros dan sekalung bunga orkid… tertebus jugak kempunan sebab tak dapat hadir National Conference pada bulan Jun lepas,… Alhamdulillah… .

Layan lah aksi-aksi hover aku nih weh..jangan meluat, dah lerr..hahahhha… .

















Eyh, lupa pulak… tahniah buat pemenang cabutan bertuah..semua excited kan… dapat macam-macam produk Shaklee percuma…

Collagen Powder
Vivix
Meal Shakes
B-Complex
Lecithin

dan banyak lagi… ..syiokkknya la hai..hehehe… .aku pun tumpang happy untuk dorang… ada cucu Shaklee aku tu, dah dapat sijil, dah dapat Collagen Powder sekotak, terus balik… .hover ko nyah !! Alasan anak dah mengamuk… ..hahahahah… .*ok..ok..ok… mak percaya noks… .lagilah dengan crowd yang terlebih dos, sampai 1300 orang, mana tak nya anak mengamuk kan… expect lebih kurang 700 orang jer yang datang… .haa kau..sape nak jawab tu… .opkos Shaklee disukai ramai… lemak berkrim uollss… hape nak buatt… terima lah dengan berlapang dada… mihiks..mihiks…

Actually, yang paling dinanti-nantikan adalah perkongsian success story oleh 2 orang master coordinator Shaklee di bawah payung J.U.T.A.W.A.N… yang telah pun menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan… amazing !!!



Dengan biznes Shaklee, tiada yang mustahil… ianya sudah terbukti..di depan mata… pelbagai ilmu dikongsikan oleh mereka berdua..sangat kagum… Allahuakbar!!

Aku juga bertekad untuk membantu lebih ramai orang di luar sana untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.… kerana aku juga pernah merasa hidup susah, berasal dari keluarga yang biasa-biasa, sederhana..… dan aku tahu, bagaimana susahnya hidup, nak survive apatah lagi di zaman yang semakin mencabar… .dan di zaman yang semua orang berlumba-lumba untuk mendapatkan hidup yang terbaik…… .InshaAllah… bagi anda yang berminat nak mulakan bisnes Shaklee, boleh hubungi aku yea… jangan segan silu…… kita nak berjaya, jangan ada rasa malu untuk menimba ilmu dengan sesiapa pun… .

Ok lah, sampai ke masa penamat majlis… makan time..hoyehh… jam 6.30 petang, majlis selesai… semua pun berpusu-pusu ke dewan sebelah untuk menjamu selera..Alhamdulillah… rezeki lagi haaa… ;) hihihihi


Ok, foto penutup untuk tatapan anda..jeng..jeng… .eceh..kikiki





2 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa