Cara Semak Pendaftaran Haji Secara Online

 

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 aku rasa ramai yang senasib dengan aku kan...masa daftar haji , dapat surat, kemudian hilang dan tak ingat simpan kat mana...hihihi
ke aku sorang je yang lupa?? hahahahaha

tapi tak per, korang jangan risau, boleh cek secara online, tahun bila korang punya turn untuk tunaikan ibadah haji...

untuk dapatkan tarikh ni, korang mestilah berdafatar terlebih dahulu dengan tabung haji yea..dan make sure, korang ada simpan dalam Tabung Haji, minimum RM 1300.
Boleh daftar secara online jugak kat website Tabung Haji..

klik gambar di bawah

https://www.e-thijari.com.my/welcome

untuk entry kali ni, aku cuma nak tunjuk cara semak tahun haji je. korang klik link ni

https://www.e-thijari.com.my/welcome

akan keluar macam ni,


1. gerakkan cursor kat menu tab Haji tu dan akan keluar menu tab hijau
2. klik Semakan Pendaftaran Haji


akan pergi ke next page
kemudian, korang isi je apa yang diminta
1.Nombor Akaun Tabung Haji  ~ refer la buku akaun korang yea
2.Nombor Kad Pengenalan ` takkan lupa kot...kalau lupa, sila buka wallet/purse korang..ngeh..ngeh..gneh...
3. dah setel isi semua info, apa lagi, klik la Semak

2057, haaa kauuuuu !
umur aku 75 tahun, baru sampai turn aku nak ke mekah buat haji melalui TH..hahahaha
tapi kalau diizinkan Allah dapat pergi awal, siapa tahu kan..
so, jangan berhenti berdoa kepada Dia, supaya cepat dapat jejakkan kaki ke Mekah..amin.


ni anak aku punya, sekarang umur 5 tahun....aku daftar dia masa umur 3 tahun..
2070 baru sampai turn dia , lebih kurang umur 59 tahun....ok lagi la..umur yang sesuai....InshaAllah..
tapi aku doakan semoga Allah izinkan dia pergi ke Mekah lebih awal...amin

 kalau ada duit lebih, duit banyak, boleh pergi haji melalui pakej.yang tu boleh pergi cepat sikit la, tapi still kene queue jugak.... tapi sekurang-kurangnya, tak ada la sampai 2057 baru dapat pergi, ye tak?
belanja besar la sikit, .tak silap aku , kos untuk seorang paling minimum RM 50,000 
korang boleh ushar2 website Tabung Haji..ada detail pasal ni.


aku doakan semoga urusan korang nak ke rumah Allah dipermudahkan jugak, inshaAllah. amin


2 Comments

  1. biasanya akan awal.

    cuma, cukupkan duit dalam akaun ajelah yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, mudah-mudahan awal la,..
      betul, make sure duit cukup..kalau tak cukup duit, camno nak poie...hehehe

      Delete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa