HEALTH.BEAUTY.TRAVELOG.PARENTING.BUSINESS

October 30, 2016

[Part 2] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang


Baru berkesempatan nak update pasal part 2 short vacation aku n family ke Gold Coast Morib last week... fuhhhhh.berpeluh keti mak tau...

Sangat sibuk dengan urusan kerja hakiki dan bisnes Shaklee aku tu..lagi2 dah hujung bulan nih, mencacak rambut aku gara-gara nak closing bulan Oktober punya...tapi apa pun, i love my bisnes ❤

Eyh ter story pasal bisnes la pulak...hahahah

Ok2.balik pada tujuan asal.

Sambungan dari part 1, lepas habis kitorang lepaking kat D'Pulze Cyberjaya, terus gerak ke Morib...

Lebih kurang jam 6.00 petang kitorang sampai dan terus check in dulu.
Korang boleh check in bermula jam 3.00 petang, dan check out jam 12.00 tengahari.



Sementelah aku dan kawan2 datang bak ber holiday sekali, aku mintak receptionist reserve kan kitorang bilik sebelah2..tak sebelah pon, berdekatan..tak berdekatan pon, kalau boleh satu level yang sama..senang kalau ada apa-apa hal kan..... receptionist tu pun layan jer apa yang aku request..Alhamdulillah....tapi rupanya......
(baca entry seterusnya kalau nak tahu..)



Kitorang dapat bilik 1311 ~ level 3.
4 tiket masuk theme park
4 voucher breakfast untuk 2 hari, untuk aku dan husband lah.
untuk budak-budak sebaya Auni yang baru umur 5 tahun tu, dikenakan caj RM 21.00

fuhhhhh, kalau family yang ramai anak, jenuh jugak nak membayor RM 21 sekepala....huuurrmmm.
maybe korang yang anak 2, 3, 4 orang , aku cadangkan korang bawak bekalan makanan untuk breakfast...

Dah setel semua, terus gerak ke bilik...badan pun dah penat, perut lapar gilerr dah..walaupun aku makan agak banyak kat Seoul Garden tadi... huurrrmmmm.












bilik hotel tak der carpet tau...so, kalau korang datang ramai dan berniat nak berkampung ramai-ramai dalam 1 bilik, pastikan bawak toto yea.... dan bantal kalau mampu. hihihih.
towel dan iron jangan lupa bawak hokey....jangan harapkan yang hotel punya jer, jadilah macam aku, pakai shawl dan baju berkedut seribu...hehehe




ni pulak, balkoni hotel ni yang menghadap semak samun...huhuhu
terkejut aku bila buka sliding door, ..

Auni dan Humayraa pulak, dah excited tengok jakuzi...lupa dunia, terus cakap nak mandi..nak mandi.., sambil buka baju...

Selepas Maghrib, kitorang turun ke tempat magic show..ada show malam tu. Alaaa, magic show biasa jer..tp ok la sebab free jer... yg kene bayor, kalau nak makan dan minum...

Malam tu air pasang, dengan deruan ombak sambil dijamu bauan laut yang busuk, kitorang layan jer magic show tu wat dono..hahaha





dalam kegembiraan menikmati magic show, tetiba dapat wassap daripada kawan2 aku yang dorang baru jer check in....yang tak bleh blah, dorang dapat bilik kat level 7...

aku ? level 3.....

korang rasa????

eyh bukan ke aku mintak pada receptionist tadi untuk kasi bilik kitorang berdekatan atau 1 level?

aku terus ke receptionist dan mintak tukar bilik ~ DAPAT

apa yang terjadi masa tu, biar aku simpan sendiri jer la..hahahahah

cuma aku nak bagitau korang, kalau korang dah plan datang ngan kawan-kawan atau sedara mara, adik beradik ke, pastikan korang deal betul-betul dengan receptionist, beritahu detail sedetailnya pada dorang ,,..jangan main cakap je dengan harapan dorang akan paham apa yang korang expect...

kecuali korang tak kesah pasal bilik, then lupakan lah nasihat aku nih...kih kih kih...

malam tu jugak kitorang pindah bilik dan aku terus hantar kad akses seperti yang aku janjikan pada dorang... good night !!

ok lah, jumpa lagi esok pagi yea...next entry..part 3..stay tuned...

Part 1 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
Part 3 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang


October 26, 2016

[Part 1] : Bercuti Di Gold Coast Morib, Sepang

Sumber gambar : cuti.my
awal tahun hari tu, sahabat aku si hazrita tu, ada ajak aku beli tiket Gold Coast Morib..katanya tiket murah....sekeping tiket, untuk 2 hari 1 malam, cuma RM 150 termasuk pakej masuk water theme park, breakfast.... agak murah jugak, dengan niat nak reward husband & anak2 jugak, so aku beli...2 keping.. utk 3 hari 2 malam....
kitorang plan nak bercuti sama-sama, spend time together-gether...hehehe.....

bila beli tiket promo gini, ada tempoh tertentu untuk korang gunakan tiket tu..macam tiket yang aku beli ni, expired date dia 22 Nov 2016. dan boleh guna untuk hari Ahad sampai Jumaat jer, tak boleh guna masa public holiday atau cuti sekolah ...oleh sebab expired date tiket tu pon dah nak dekat, so kitorang plan lah pegi 20-22 Oktober 2016 baru-baru ni.....Khamis-Jumaat-Sabtu (tapi nih yg aku pelik, approve pulak kami datang hari sabtu..hihihihi)


nak dapatkan pelepasan cuti Khamis & Jumaat tu, berchenta gak la haih...sebab kerja aku nih, susah jugak nak apply cuti...tapi rezeki, boss approve jugak cuti aku tapi dengan syarat bawak laptop, selesaikan kerja-kerja yang patut aku selesaikan...

okey lah bosss.....asalkan saya dapat bercuti dengan family,,,, (^__^)
thanx bos coz memahami anak buah mu ini..wakakakakak

kebetulan pulak, kawan kitorang sorang lagi si Nor Rasidah pon ada beli jugak tiket nih...memang unplan la jugak, kitorang pergi sama-sama, bercuti kat Gold Coast Morib tu.....seronok !! 

1st day tu, kitorang check in agak lewat..aku check in lebih kurang jam 6 petang...
sebab sebelum tu, aku 1 family plan nak makan steamboat kat Seoul Garden IOI Mall Putrajaya....aku ambik peluang ni untuk dapatkan harga murah..weekdays, office hour, murah ...
jam 4 petang ke atas, mahal, RM 40++ kalau tak salah aku...

tapi yang frust nya, masa kitorang pergi ke Seoul Garden IOI Mall Putrajaya tu, full la pulakkk...adoyyyaaaii..tak sangka pulak, time2 cenggitu pon ramai orang....kitorang pergi dalam pukul 12.00 tengahari...hihihihi

eyh, tapi memang frustt betul laaaa.. !

lepas tu terus keluar dari IOI Mall, then plan nak ke Seoul Garden lain...try la google kat mana branch yang terdekat dengan Putrajaya

The Mines ada
D'Pulze Cyberjaya ada

so, husband aku decide nak ke Cyberjaya jer...sebelum tu aku call dulu, takut penuh jugak macam tadi....tak ke buang karen jerrr pergi..

1st time aku sampai D'Pulze tu....tempat tu agak tak berapa meriah, walaupun lunch hour...
maybe sebab weekdays kot...
tapi macam agak aman la..hahahha...

aku pinjam member card Eta...dapat diskaun lagi..walaupun tak banyak, tapi ok la kan...

RM 100.40 

untuk 3 orang 

aku
husband aku
Auni - 5 tahun 
(tinggi dah lebih 130cm ni..kene caj jugak walaupun sekadar makan aiskrim, jagung, minum ayaq..huhuhu)
Humayraa - FREE








dah habis makan, baru teringat nak berselfie...
sebelum tu, makan tak hengat dunia..korang layan gambar aku je la ek..hahahahadoii

kitorang tak lama pon kat sini.... 
rugi kan? huhuhuhuu.....
biasalah, datang ngan anak-anak nih, dorang bukannya boleh lepak lelama , mula lah berlari sana sini..lepas tu, dah nak balik....lol

rugi..rugi..hahahah

next time, datang Seoul garden, jangan bawak anak...(mak yg kejam..hahaha)

masa kitorang nak keluar dari mall tu, dah budak2 nih ajak singgah main game kat area situ.tetiba ternampak tempat main (tak tau nak panggil apa...)
tengok harga, 

MURAH !!

weekdays RM 8 jer
weekend RM 10 

lupa plak untuk berapa jam...sebab aku tak expect pun nak duk lelama kat situ...

so, kalau korang tak tahu nak bawak anak kemana-mana, datang jer sini....

kat D'Pulze Cyberjaya

lepas ni, tempat ni jadi port untuk anak-anak aku bermain...
weekdays, tak ramai sangat orang..
maybe weekend, ramai la kot kan...
masa aku pergi nih, hari Khamis...









4 hari nih, memang aku & husband cuti betol2..spend time dengan anak-anak..

siang dah keje....
malam pulak uruskan bisnes Shaklee aku
reply message customer dan sebagainya...
fuhhhhh... !! berpeluh dahi mak,....

jam 4 petang lebih, baru kitorang keluar dari D'Pulze dan terus ke Morib.....

korang yang bercadang nak bercuti kat Gold Coast Morib ni, teruskan bacaan ke next entry..sebab aku akan story mory apa yang korang kene buat supaya tak lari bajet...

Part 2 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
Part 3 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang

October 19, 2016

Jadi Pengumpul Silver Pulak

zaman muda mudi dulu, aku peminat silver.....barang-barang perhiasan aku prefer silver sebab color dia yang sangat cantik...muda mudi lagi, jiwa nak suka kan emas tu, tak ada langsung..kalau pakai emas ni, aku rasa dah macam mak-mak budak.....hahahah

dats why aku lebih sukakan silver, 

cincin
earing
rantai
loket 
bangle

semua silverrr....

boleh tahan jugak harga silver nih, tapi aku tak tahu menahu langsung pasal long term investment untuk silver ni...so, semua barang2 silver aku dulu tu, dah tak tahu ke mana menghilangkan diri...aku pon tak ambik kesah.....

rupanya, silver yang aku duk kumpui selama ni tu, ada value weh...adoiiii,...rugi betol.. !! 

tak per lah,. dah lepas pon..dah tak tahu lagi mana nak cari. berbelas tahun berlalu zaman tu...

bila aku start kumpul emas, baru lah aku tahu value perak ..... walaupun nilai dia tak setinggi nilai emas, tapi ia lebih baik dari wang kertas ..... utk long term laa... sama jugak emas, antara invesment jangka masa panjang yang terbaik selain hartanah , saham etc... 

so, aku start balik hobi kumpul perak.... dannnn aku terberkenan dengan "precious card" + 1gram silver pure 999... 1st step utk aku terus kumpul perak...

seriusly cantik sangat.....preorder lebih kurang sebulan , sebab kene tempah dulu kat kilang.

kilang akan keluarkan 2 style silver tu...

style 1- bentuk bullet seberat 1gram. 
style 2 - bentuk bar seberat 1gram

silver bullet 1 gram

silver bar 1gram

silver yang dah dipacking sebegini rupa, attach 1x dengan kad ucapan. 

Happy Anniversary
Happy Birthday
Congratulation On Your Wedding Day

boleh tengok entry sebelum ni 

 harga precious card ni + 1gram silver = RM 25 


stok yang sampai semalam , termasuk order dari kawan-kawan

hadiahkan kad-kad cantik dan bernilai ni buat orang2 yang ko sayang..tapi make sure korang kene inform la yg kad tu, jangan buang pulak..simpan sampai bila-bila...10 tahun, 20 tahun lagi, boleh jual silver tu...

konpem laku beb !! lagi2 limited edition punyaa..

October 10, 2016

Beriadah Hari Minggu Sekeluarga di Kolam Renang Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya




Berenang salah satu sukan dan aktiviti riadah yang bagus untuk kesihatan dan antara sukan yang tak makan kos tinggi. Pergi je ke kolam-kolam renang yang banyak tersedia seperti di Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Dengan harga tiket ynag sangat murah, boleh bawak satu rombongan bas sekolah masuk mandi manda ramai-ramai,...hihihi

sejak kolam renang kat presint 11 ni dibuka balik selepas renovation tempoh hari, kat sini lah port paling best untuk anak-anak aku...dorang ni memang suka mandi kolam..

kalau pergi bercuti mana-mana, kene make sure hotel yg kitorang check in, mesti ada swimming pool atau bath tub ...salah satu lah....kalau tak, hurrrmmmm..sian budak2 kan...hahahahah....

walaupun dah  banyak kali kitorang ber jimba kat kolam presint 11 tu, kali nih baru aku berpeluang berkongsi cerita kat blog ni......(^__^)

korang layankan lah dulu gambar-gambar kitorang nih yea...tapi dengan tiket semurah RM 2 tu, jangan lah korang harapkan ada taman tema bagai.... kihkihkih....

kat sini, korang dapat gunakan kolam jer lah..pelampung ada disediakan..korang boleh sewa jer..tapi aku tak pasti berapa harga nya..sebab kitorang bawak pelampung sendiri.......tandas dan tempat persalinan pun disediakan....

berbaloi-baloi datang sini tauuu !!!


baru sampai...hihihi

ruang letak kereta berbumbung disediakan khas utk OKU
Ruang Legar

sebelah kanan, ke food court
sebelah kiri, ke kaunter tiket swimming pool
moh ke kaunter tiket

view dari luar swimming pool

kaunter tiket

abah tolong pakaikan gelang..hihihi
excited semuaa...

gelang biru, utk dewasa
gelang merah, untuk kanak-kanak

abah ajar kakak Onnee swim..mama pun nak belajar berenang jugak laahh !

bahagian kolam yang lebih cetek, untuk kanak-kanak...


sebelah kiri saya ni, untuk dewasa tapi masih di paras selamat  untuk kanak-kanak..tapi mestilah dipantau org dewasa ye..jangan berani2 pergi sesorang...
Humayraa dah sejukkk...menggigil-gigil...hihihi

sebelum bertolak, siap ber google haaa...
kakak Onnee powww abah masa kat IOI Mall Putrajaya  hari tu... hahahahah
nangis-nangis nakkan google tu 


serba sedikit info tentang kolam renang di Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Waktu Operasi


Jadual operasi kolam renang ni, terbahagi kepada 4 sesi;

Sesi 1 :     9.00 pagi - 11.00 pagi
Sesi 2 :     1.00 tengahari - 3.00 petang
Sesi 3 :     5.00 petang - 7.00 petang
Sesi 4 :     8.00 malam - 10.00 malam

So, korang boleh lah pilih sesi mana yang korang nak....sekali masuk, 2 jam sahaja.

Harga Tiket


Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak : RM 1.00

Harga ni untuk  1 sesi = 2 jam.


kat bawah ni alamat Pusat kejiranan presint 11 tu... 

Kolam Renang
Pusat Kejiranan Presint 11
Putrajaya

Jalan P11/2, Presint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Phone:+60 3-8887 7000

October 03, 2016

Frame DIY Kaison Menghiasi Bilik Anak-Anak

  Ni frame DIY Kaison berharga RM 5.90 sahaja.. ada 10pcs frame kadbod + tali guni + penyepit colorful.

Jumaat lepas aku pergi Kaison Sunway Putra Mall, depan PWTC tu...


Tempat terapi diri...lebih baik dari spa. Kihkihkihkih....

Ada lah beberapa barang yang aku beli. Antaranya

Paper bag
Buku nota
Frame DIY
Frame gambar
Live.Love.Laugh ~ mini vase

Aku print gambar kat kertas A4 putih biasa tu jer. Agak2 la saiz yang boleh masuk frame tu kan..hehhe..
Deco bajet lah katakan.. (^__^) 

Bagi mak-mak yang busy cam aku, memang tak berkesempatan nak buat sendiri dari A to Z... mujur lah ada Kaison ni ha, sediakan hiasan2 yang mampu beli oleh semua orang..

so, tak ada alasan la kan tak mampu nak hias rumah cantik-cantik, ye tak?


October 02, 2016

Salam Maal Hijrah 1438H