Beriadah Hari Minggu Sekeluarga di Kolam Renang Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya




Berenang salah satu sukan dan aktiviti riadah yang bagus untuk kesihatan dan antara sukan yang tak makan kos tinggi. Pergi je ke kolam-kolam renang yang banyak tersedia seperti di Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Dengan harga tiket ynag sangat murah, boleh bawak satu rombongan bas sekolah masuk mandi manda ramai-ramai,...hihihi

sejak kolam renang kat presint 11 ni dibuka balik selepas renovation tempoh hari, kat sini lah port paling best untuk anak-anak aku...dorang ni memang suka mandi kolam..

kalau pergi bercuti mana-mana, kene make sure hotel yg kitorang check in, mesti ada swimming pool atau bath tub ...salah satu lah....kalau tak, hurrrmmmm..sian budak2 kan...hahahahah....

walaupun dah  banyak kali kitorang ber jimba kat kolam presint 11 tu, kali nih baru aku berpeluang berkongsi cerita kat blog ni......(^__^)

korang layankan lah dulu gambar-gambar kitorang nih yea...tapi dengan tiket semurah RM 2 tu, jangan lah korang harapkan ada taman tema bagai.... kihkihkih....

kat sini, korang dapat gunakan kolam jer lah..pelampung ada disediakan..korang boleh sewa jer..tapi aku tak pasti berapa harga nya..sebab kitorang bawak pelampung sendiri.......tandas dan tempat persalinan pun disediakan....

berbaloi-baloi datang sini tauuu !!!


baru sampai...hihihi

ruang letak kereta berbumbung disediakan khas utk OKU
Ruang Legar

sebelah kanan, ke food court
sebelah kiri, ke kaunter tiket swimming pool
moh ke kaunter tiket

view dari luar swimming pool

kaunter tiket

abah tolong pakaikan gelang..hihihi
excited semuaa...

gelang biru, utk dewasa
gelang merah, untuk kanak-kanak

abah ajar kakak Onnee swim..mama pun nak belajar berenang jugak laahh !

bahagian kolam yang lebih cetek, untuk kanak-kanak...


sebelah kiri saya ni, untuk dewasa tapi masih di paras selamat  untuk kanak-kanak..tapi mestilah dipantau org dewasa ye..jangan berani2 pergi sesorang...
Humayraa dah sejukkk...menggigil-gigil...hihihi

sebelum bertolak, siap ber google haaa...
kakak Onnee powww abah masa kat IOI Mall Putrajaya  hari tu... hahahahah
nangis-nangis nakkan google tu 


serba sedikit info tentang kolam renang di Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Waktu Operasi


Jadual operasi kolam renang ni, terbahagi kepada 4 sesi;

Sesi 1 :     9.00 pagi - 11.00 pagi
Sesi 2 :     1.00 tengahari - 3.00 petang
Sesi 3 :     5.00 petang - 7.00 petang
Sesi 4 :     8.00 malam - 10.00 malam

So, korang boleh lah pilih sesi mana yang korang nak....sekali masuk, 2 jam sahaja.

Harga Tiket


Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak : RM 1.00

Harga ni untuk  1 sesi = 2 jam.


kat bawah ni alamat Pusat kejiranan presint 11 tu... 

Kolam Renang
Pusat Kejiranan Presint 11
Putrajaya

Jalan P11/2, Presint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Phone:+60 3-8887 7000

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa