Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di PWTC


Rombongan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.
Kalau nak pergi sendiri dengan anak-anak, aku rasa memang tak pergi ke sudah lah.
dengan anak-anak yang kecik lagi, bukannya boleh lepak lelama kat pesta buku nih. 
kebetulan opis aku ada buat rombongan mak jemah ke pesta buku, aku join lah sekali.
peluang depan mata,...hihihi



seronok pulak naik bas..hahahah
bila mak-mak terlebeh eksaited kan... (^__^)

dari opis aku ke PWTC ni dekat jer, naik bus, 10-15 minit dah sampai dah.
ramai pengunjung.
tapi aku terlupa la pulak nak ambik gambar suasana dalam PWTC tu..adeihhh.

tak per lah, yang penting aku nak bagitahu, korang ajak orang kampung datang pesta buku reramai.
murah-murah semua buku. kalau kita beli kat kedai, harga memang jauh beza.

bagi pembayar cukai macam aku, belian buku boleh dapat pengecualian cukai sebanyak RM1000 setahun. So, simpan resit semua buku yang dah beli tu. next year boleh guna. 

Aku tak beli banyak buku pun. Ada beberapa buah buku untuk anak-anak jer.
Buku-buku yang aku memang dah lama cari, kisah-kisah Rasul yang boleh aku ceritakan pada anak-anak-anak supaya dia kenal siapa Nabi kita. InshaAllah

kalau frozen, sofia the first, hat tu depa memang teror. hahahaadoii



20 Sirah Hidup Rasulullah SAW tu harganya RM20 daripada harga sebenar RM29.90
buku 25 Rasul Pembawa Rahmat tu pulak, RM25.00 jer daripada harga sebenar RM37.90



panduan solat ni, sebelum ni aku dah pernah beli...tapi tak tahu hilang entah kemana dah.
kali ni, beli lagi..harap-harap dah tak hilang.
lagipun Auni dah 6 tahun, so inshaAllah dia boleh simpan buku-buku dia elok-elok.
Panduan Solat lengkap tu RM 5.00 jer tau. 

Buku Graded Phonics Readers tu RM 20.00. harga sebenar RM 27.90 
Buku ni disertakan CD. Aku dah try buka tadi, bagusnya CD ni sebab anak-aank boleh belajar cara sebutan yang betul tiap patak perkataan english. 
senang lah anti aku nak mengajor bebudak nih.. hihihi



buku yang patut ada untuk koleksi kisah tokoh agama. 
RM 10.00 shj. Harga sebenar, RM23.00


Ni pulak untuk adik bongsu aku kat kampung. Langganan tutorial. RM28.60 setahun untuk UPSR. Walaupun dia baru darjah 5,  sesuai jer untuk dia.

Untuk langganan dorang akan pos terus ke rumah setiap tutorial yang dikeluarkan saban minggu. Tapi dorang akan pos 2x sebulan, setiap 2 minggu.





buku nota cute, RM 5 each. aku beli sebab cute sangatt...hihihi


cer teka apa bende ni??

bukan purse tau..
ni Al-Quran .
cun giler cover dia..
bawak kemana-mana pun orang tak perasan itu al-Quran sebenarnya.

banyak lagi buku yang dijual kat sana.
macam-macam ada....

Dari sumber, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ni perhimpunan 1,000 penulis dari seluruh Asia Tenggara. Pesta buku ni bermula pada 28 April hingga 7 Mei 2017. 

Sempat lagi nak pergi. Ahad ni last day. 





1 Comments

  1. tahun ini mya tak dapat pergi pesta buku.
    singgah blogwalking and done follow

    www.myarosli.com

    ReplyDelete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa