Teknik Paling Mudah Cuci Rel Sliding Door



Sebelum ni dengar orang guna baking soda/bicarbonate soda sebagai bahan pencuci untuk spring cleaning seluruh rumah.

Konpius. Baking soda? Bahan buat kek tu ke? Boleh cuci rumah?
Mula-mula aku keliru dengan baking powder. Rupanya baking soda tak sama dengan baking powder.



Sakit mata dah tengok rel sliding door yang dah macam tempat pelupusan sampah, aku nekad pergi kedai cari baking soda. Tapi yang aku jumpa, bicarbonate soda. Bila aku google, benda yang sama rupanya.

Balik rumahm, terus buat demonstrasi. hahahaha

Hasilnya?

Ohsem hokey. Aku suggest sangat-sangat korang buat nih.

Bahan-bahan pun mudah ja korang nak cari. Cuma kene beli baking soda/bicarbonate soda. Tu pon murah yakmat. Ada jual dalam botol kecik 100gram, 80sen ja.

Tapi korang jangan tertukor dengan baking powder lak.

Nak cuba cara ni, korang kene ada;

1. Baking soda/bicarbonate soda.
2. Cuka putih/cuka makan
3. Kain buruk/towel
4. Berus gigi yang dah guna dan tak mau guna lagi. Jangan guna balik pulak berus gigi tu. Yaaakkk.


Cara-cara nak cuci, boleh tengok step by step kat bawah ni ye. Aku tunjuk detail untuk mudahkan korang faham dan jelas. Gitewwww !


Ni rel sliding door rumah aku. Fuhhhh. Pitamsss.

Ni steps yang perlu korang buat.

1. Mula-mula korang tabur dulu baking soda/bicarbonate soda tu kat kawasan yang korang nak cuci.




2. Tuang cuka pulak. Masa tuang cuka tu, dia akan berbuih-buih cinta. Hahaha



3. Tunggu dalam 10 minit cam tu. Jangan lama sangat, kang dah kering susah lak nak berus.

4. Lepas tu berus dengan berus gigi tadi sampai puas hati. Berus dengan penuh kasih sayang nah.




5. Lepas tu boleh tekap dengan kain dan cuci la sampai bersih.




6. Tadaaaaa - berkilat dah. Bersih.




Hahahaha.
Senang sangat-sangat wei.

#SHARE jika bermanfaat.

Tips Surirumah Untuk Para Surirumah & Surarumah 

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa