Pengedar Shaklee Putrajaya, Sg. Besi, UPNM, Sg. Besi, Serdang, UNITEN


Mashitah Binti Mamat
019-3121609
ID:881842







Puan Hazimah 
Member ID: 893985
013-791 4615
Facebook : Hazimah Aj
Facebook Page: Beauty of Lifetime

Artikel dari Harian Metro Mengenai Vivix Shaklee




Artikel ini dikeluarkan pada tahun 2010
sitizarinah@hmetro.com.my 
2010/01/22

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran. Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.
Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan. Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah.Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.


Fakta Yang Anda Perlu Tahu - Sains Anti-Penuaan


sekadar hiasan


Ramai saintis melakukan penyelidikan berkenaan proses penuaan. Kebanyakan daripada penyelidikan terkini tertumpu pada topik berikut:

Kerosakan dan Pemulihan DNA
Kajian menunjukkan bahawa dengan mengurangkan proses kerosakan dan pemulihan DNA dapat memberi kesan peningkatan jangka hayat selular. Polifenol dan fitonutrien semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tertentu mempunyai ciri-ciri hebat yang mampu menyokong kesihatan dan sesetengah fitonutrien tertentu, yang dibuktikan melalui penyelidikan, termasuk polifenol dan resveratrol, boleh mengubahsuai kerosakan DNA. Kajian mendapati apabila sel-sel diuji dengan sebatian-sebatian semulajadi terpilih, kerosakan DNA dapat dikurangkan dengan resveratrol yang berupaya mencegah dan melindungi DNA serta mendorong pemulihannya.

Pengatur-pengatur Genetik Penuaan
Tumbuhan yang mempunyai polifenol tekah dibuktikan mampu meningkatkan tenaga metabolisme selular bagi pengatur-pengatur geneti utama dalam proses lanjut usia yang memberi kesan positif pada peroses penuaan selular. Satu kajian yang diiktriaf di makmal menunjukkan yang resveratrol memberi kesan positif dalm menghindar kesan buruk pada jantung dan hati akibat daripada diet yang tinggi lemak. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan ketahanan insulin, menurunkan paras gula dalam darah malah dapat mengurangkan penurunan mitokondria yang dapat dilihat dalam pengursan diet.

Genetik dan Penyekatan Kalori
Para penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard telah menemui yang sesetengah gen dapat memberi kesan pada penyekatan kalori (CR-calorie restriction) yang mana ia mampu mencegah kebanyakan penyakit penuaan seperti kanser, penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan neuron-degenerasi. Sesetengah pengkaji menumpukan perhatian yang lebih mendalam pada kajian CR untuk mencari penyelesaian yang boleh mengubati penyakit penuaan dan seterusnya menggalakkan sel untuk bertahan lebih lama.

Biogenesis Mitokondria dan Penuaan
Fungsi mitokondria optimum amat penting untuk mengekalkan pengeluaran tenaga selular dan fungsi sel sepanjang masa. Kajian makmal mendapati yang polifenol tertentu dapat meningkatkan tenaga biogenesis selular dan membantu meningkatkan pengeluaran "loji-loji tenaga" mitokondria serta menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat. Dalam beberapa kajian, resveratrol telah menunjukkan mampu memberikan kesan-kesan perlindungan bergnada pada gangguan metabolik melalui galakan biogenesis mitokondria.

Pembentukan Protein AGE dan Penuaan
Kajian menunjukkan yang fitonutrien tertentu atau sebatian polifenolik boleh menghadkan pembentukan protein AGE (Advance Glycation End), yang seterusnya mengurangkan penompokannya bagi menggalakkan kesihatan selular dan dapat melanjutkan usia. Resveratrol mampu menyekat pembentukan AGE dan dengan sekaligus memberikan perlindungan pada sistem kardiovaskular. Penyelidikan mendapati yang penggunaan polifenol anggur khusus dapat memberi manfaat pada penyakit kencing manis. 

Bayi Pra-Matang

kebelakangan ni sangat2 sibuk dengan tuntutan kerja hakiki..dan sebab tu jugaklah blog ni pun dah lame tak dijengah...hehhehe...

so hari ni sempat jugak curi-curi masa untuk bertapa di blog hari ni.......sejam dua pun jadi lah kan, janji saya dapat share sesuatu dengan semua pembaca blog ni.....

semua ibu bapa mahu anak-anak sihat, cerdik dan pintar...semua mengharapkan anak berjaya dunia akhirat..nak anak jadi insan soleh dan solehah..ye tak?? ke ada ibu bapa yang tak ambik kesah?? apa nak jadi, jadi lerrr.,..lantak ko laaahh..ahhaha....ade ker?? rasanya tak der kan......

kalo ditenung, direnung muka anak, kesiannn jer tengok...tambah lagi kalo kita tak dapat berikan yang terbaik untuk anak,...boleh mengalir air mata wooo.....memang touching gilerr....
saya sebagai ibu, akan berusaha sedaya upaya berikan yang terbaik untuk anak...berkorban apa saja...masa dan tenaga demi dia.....in sya Allah...macam2 perancangan dah saya aturkan ,,anda bagaimana??? 

sebut pasal pengorbanan ni, saya nak kongsikan satu kisah benar...
bukan bermakna ambik suplemen Shaklee, konpem anak sihat sejahtera..
ini hanyalah usaha kecil kita untuk mencegah..
kan mencegah lebih baik dari mengubati...
atau kita nak biarkan ajer penyakit tu datang menjengah...??
tepuk dada, tanya akal...
jika sesuatu itu boleh mendatangkan manfaat kepada kita, why not kita mencuba dan terus mencuba...

jom lah kita tengok kisah ibu ini yang melahirkan bayi pra-matang..
_____________________________________________

Perkogsian dari seorang ibu yang melahirkan bayi pada usia kandungan 7 bulan (31 weeks) >> bayi pramatang dengan berat 1.85kg jer..
setelah 2 bulan lebih, barulah bayinya dibenarkan keluar hospital...
boleh tengok gambar di bawah, sebelah kiri...
gambar kanan, bayinya berumur 3 bulan lebih, selepas sebulan keluar dari hospital dan ibunya mengambil suplemen Shaklee iaitu ;
Vitalea
B-Complex
Vitamin C
Alfalfa Complex
+
ESP Soy Protein Isolate Powder
+
Lecithin


selepas 7 bulan..




tak der perkataan yang boleh dikatakan kecuali dengan ucapan syukur kepadaNya..
atas izinNya jua, kesihatan milik kita selagi kita berusaha tanpa jemu....
Alhamdulillah....
semoga baby Fahim menjadi anak yang soleh dan sihat sejahtera hendaknya,..In Sha Allah

Kenapa Anda Harus Memilih Vivix Sebagai Anti-Penuaan Semulajadi??

Vivix Shaklee pali berkuasa, paling kuat dan resveratrol semulajadi paling tulen bagi suplemen anti-penuaan yang ada di pasaran hari ini. Dalam ujian makmal yang telah dijalankan, bahan-bahan dalam Vivix menunjukkan ia memberi kesan positif terhadap empat mekanisme penuaan selular.
Dengan wujudnya banyak suplemen resveratrol dalam pasaran, kenapa tidak anda memilih Vivix Shaklee berbanding yang lain??

Carta ini adalah perbandingan Vivix Shaklee dengan Mona-Vie, Xango Juice dan Tahitian Noni Juice

Nota:

** Jumlah berdasarkan bilangan petikan rujukan untuk bahan makanan utama yang terdapat pada bulan Julai 2008 di PubMed, perkhidmatan daripada National Library of Medicine, yang terletak di Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat.
*** Ujian ORAC dijalankan oleh makmal bebas pihak ketiga pada bulan Julai 2008 dengan menggunakan produk yang diperoleh daripada saluran komersial standard dan hanya sah untuk produk yang dinamakan diuji pada masa itu.
**** Semua tanda dagangan ialah kepunyaan pemilik masing-masing.
Tuntutan Shaklee berkaitan dengan bahan-bahan Vivix berdasarkan data daripada kajian makmal.
Berbanding dengan produk pesaing adalah terhad kepada tuntutan yang dibenarkan oleh peraturan-peraturan yang berkenaan.

Dos Pengambilan Yang Disarankan :
1 sudu teh sehari, sebaik-baiknya dengan sarapan pagi atau makan tengahari.
Pastikan gincang terlebih dahulu.
Simpan dalam peti sejuk untuk kesegaran yang optimum dan berkualiti


Apakah Kardiovaskular ???

pix:google

Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik, penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Daya Tahan Kardiovaskular

Fungsi Sistem Kardiovaskular
  • Penghantar : - Menghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung.
  • Pengeluar :-Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan
  • Pengangkut :- Mengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah.
  • Pengekal :- Membantu mengekalkan suhu dalam badan.
  • Penghalang :- Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.
Sistem Peredaran Darah
  • Sistem Peredaran Pulmonari
  • Sistem Peredaran Sistemik 
Sumber: wikipidea

Senggugut Semasa Pra-Menstrual (PMS)/Haid Jangan Dipandang Remeh

kebanyakan kaum wanita dan gadis remaja mengalami gejala senggugut semasa pra-menstrual (PMS), tidak kira yang masih belum berkahwin mahupun wanita yang sudah berkahwin....

dan kebanyakan dari kita tidak menyedari bahawa senggugut bukan lah satu gejala yang biasa, malah ia boleh membawa bahaya kepada kita yang boleh menyebabkan endometriosis...apakah endometriosis?? jom baca info ini yang saya petik dari blog Dr.Hamid Arshat

____________________________________________________

dari senggugut jadi endometriosis

Endometriosis
Jangan pandang ringan senggugut atau sakitketika haid, sama ada masih gadis atau wanita belum kahwin. Jika sudah kahwin pun masih lagi ada senggugut , ini munkin menandakan adanya penyakit endometriosis.
Tidak semua senggugut pada gadis atau wanita belum kahwin dikaitkan dengan penyakit, malah kebanyakkan disebabkan olih kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim sempit dan lepas kahwin senggugut jenis ini akan hilang.


Pesakit ini telah kahwin lebih tiga tahun tapi tidak pernah hamil. setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy , rahim didepan dan usus dikelakang dan kelihatan ovary berwarna puteh dan didalam nya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid.


Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih)


Kandungan endometriotic cyst - darah kotor- ia juga digelar dengan nama 'chocolate cyst'

Penyakit endometriosis merosakan organ2 peranakan. dalam pesakit ini ovary rosak, akibat dari reaksi inflammation/radagan, timbul adhesion dan scarring yang bolih melanda kilang ovary dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini meyukarkan peroses percantuman benih lelaki dan telor permpuan.

Dalam situasi yang teruk , rahim menjadi rosak dan tumbuhan adenomyosis timbul menyebabkan senggugut yang amat sangat.


Adenomyosis, rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis.

Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakitpuan untuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemunkinan besar dia ada penyakit endometriosis. Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rarahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst . ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.
___________________________________________

bagaimana? adakah anda salah seorang yang kerap mengalami senggugut ketika PMS?? satu nasihat saya, "cegahlah ia sebelum berlarutan dan membawa bahaya kepada anda"


"mencegah lebih baik daripada mengubati"

Jahitan Sulam Tampal Di Tepi Mata

Kanak-kanak, apa yang ada dalam fikiran kita ~ suka bermain, bergurau, meneroka apa saja yang ada di sekeliling dorang tanpa fikir akibat dan musababnya, ...apa yang pasti dorang seronok dan gembira....kita pula yang rasa cuak, takut terjadi apa-apa yang tak diingini...tapi kalo benda dah nak jadi, apa lagi nak dikata, ye tak......tapi itu adalah cara dorang belajar dan merasai pengalaman baru. Kanak-kanak cenderung mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu melalui aktiviti seharian.

Sebenarnya saya nak share satu kisah tragic (tragic ker?? boleh la kot..ngeee) seorang ibu muda, anak 3..semua hero, so faham la kan..hehehe....Tersebutlah al kisah, Amsyar, anak sulung beliau cedera semasa bermain dengan adiknya...sbg ibu, kalo ada sesuatu menimpa anak kita, hati dah tak tenteram, satu apa kerja pun dah tak boleh buat kan....100% konpem....memang haru......!! toksah citer panjang, kita ikuti kisah Zura Betty dan anak2nya yang tersangat aktif dan bijak ni....^___^ *enjoy*

_________________________________________________________________________

Nway nak cerita baru-baru ni hero bujang saya terjatuh semasa bergurau-gurau manja dengan si adik. entah camne tersalah step agaknya dapat hadiah tepi mata si abang terkoyak dan bermandian darah. Huhh time tu saya tengah kerja, tgh jumpa client. memang tak boleh nak kata apa.. So en suami pun kelam kabut balik n bawak ke hospital. so dapat laa jahitan sulam tampal kat tepi mata nun..!!


KECUT OK perut mama rasa..!!

So balik tu saya terus bancuhkan segelas MEALSHAKE n bagi dia sebiji VIT C CHEWABLE. Doc bagi ubat tahan sakit n antibiotik, suh amik 5ml 4 kali sehari.. huhh banyak tu.. Saya ni memang cerewet sikit bab kasi anak makan ubat ni.. so saya kurang kan dos dia n bagi 2 kali je sehari. Malam tu dah risau dah mesti laa dia malam nie merengek n tak boleh tidur after bius tu hilang.. Mesti laa sakit kan.., saya ni luka kene tepi kertas sikit pun rasa pedih macam apa.. ni laa lagi koyak dekat satu inci n agak dalam lukanya..


Kurang Hantaran RM2000

Darah tak yah cakap laa msa kene tu memang dah habis merah baju my mom bagi tau.. Sepanjang perjalanan tu pun darah tak berhenti. huaaa sedih woo walaupun geram sebenarnya dah dok pesan berkali tetap gak suka gurau entah pape. haih laa anak.


Adik rasa sedih gila tgok abg jd OKU, 

Naik tangga siap pimpinkan tgn abg.. so sweet dear :)

So malam tu memang dah stanby laa kot dia merengek bisa n tak tahan sakit (sebab dia memang jenis tak tahan sakit ok) tapi alhamdulillah malam tu ok je.. Agak pelik gak laa.. tapi ok laa kan. tak yah PAPA dia kene jaga malam.. hahahaha.. Ermm so esok pagi dah pesan siap2 kat umie saya.., haa sure laa ni tak nak makan punya kan dah sakit camtu.. silap-silap boleh demam saya bagi tau kat umie. Suruh je dia stanby apa yang patut. Tp syukur laa sangat2 tak demam pun, then umi bagi tau makan je dah 3kali mintak nasi. hahahaha.. pagi tu memang dah bg dia siap2 segelas lagi mealshake n vit c sebiji lagi. Mlm sebelum tidur suh amik omega sebiji.

Siang tu atok dia bagi tau dah siap boleh bawak basikal. Dan Alhamdulillah pagi ni bangun dah tanye dia boleh pergi sekolah tak hari ni, sebab abg long dah boring duduk rumah.. ehehehe.. I LIKEEEEE.. Ubat tahan sakit dia saya dah tak bagi dah pun just bagi dia OMEGA, MEALSHAKE n CHEWABLE VIT C. nanti dah bukak jahitan boleh laa sapu dengan VIT E bagi hilang sikit parut tu.. kan dah turun dah hantaran RM2000.. hahahhaha.. Ape pun Supplement SHAKLEE memang best. Suka sangat2 dipertemukan dengan SHAKLEE ni, ampu lebih2 ni bukan sebab saya pengedar SHAKLEE ok, tapi bagi yang dah cuba saya yakin pasti jatuh cinta. Alhamdulillah.. syukur ya Allah.


Credit : Zura Betty