Turun 3kg Dalam Masa 10 Hari Dengan Lecithin

Manusia ni, sangat-sangat kompleks penciptaan Allah s.w.t
setiap orang berbeza, tak ada yang sama walaupun sekecik zarah...ecehh
betul tak?? ke salah statement saya ni...hahaha
mana tak nya, ada orang senang nak kurus, ada orang susah nya la nak kuruskan badan...
ada orang nak gemuk tapi  susah benor nak gemukkan badan walaupun melantak macam-macam mengalahkan naga Tasik Cini......opssss (sensitip isu)
kat negara kita ni ajer, masalah obesiti pada tahap tinggi jugak la...
dah nama pun kaya dengan pelbagai makanan dan masakan..
makan tak hengat.....dah kenyang tersandar, baru teringat ...i'm on diet...
lalalalalala
terlajak perahu boleh lah diundur, terlajak makan, ??
segala macam lemak dah masuk baik punya melekat 
haaa, sudahhhh...camna nak buang lemak pulak??
senaman la paling jimat kos...
ada masa ker???  bape ramai yang kat sini, selalu bersenam??
saya?? tak penah langsung..tak sempat...memang tak ada masa langsung nak bersenam....

shortcut : suplemen atau paling glemer "ubat kurus"
warning : jangan sebarang makan ubat kurus, bahaya..kalo tak sayang nyawa, teruskan niat anda...

ok, terus ke main point ..
actually, hari ni nak share testimoni ni
kagum gilerss weehhhh

10 hari ambik Lecithin Shaklee, boleh turun 3kg
chuppp ---> lecithin shaklee bukan "ubat kurus" yea
lecithin ni, salah satu fungsi dia, agen pembakar lemak 
so, layan testimoni ini....

Vitamin Shaklee : Lecithin
Mula ambik : 18 Mei 2013 >>>> 68kg
Result : 28 Mei 2013 ( selepas 10 hari) >>>> 65kg
Total loss weight : 3kg 


just nak share smthing 
mengambil shaklee lechitin dari 18thmay2013 - sekarang 28thmay2013 - 10hari 
saya dah kurang 3KG!! yeay!!! baru timbang tadi.2 penimbang pakai sbb tak puas hati dgn berat yg turun hehehehe....


berat pada 18.5.2013 - 68KG 
hari ini 28.5.2013 - 65KG



Kenapa success?? kerana Cik Hasnita menjaga pemakanan jugak, dats why cepat berkesan pada diri dia...

  • tidak mengambil karbohidrat terutama nasi selepas jam 6.00 pm ... ANDA??? 
  • kurangkan makanan berlemak dan berminyak...ANDA???
  • ambil dalam kuantiti sedikit sahaja jika benar-benar lapar.. ANDA???
  • minum nestum 3 in 1 pada waktu pagi atau kadang-kadang makanan bergoreng...ANDA???
  • lebihkan minum air kosong berbanding air manis...ANDA???
  • BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA???? MAHU KURUS JUGAK, kene jaga pemakanan bebeh....
ada juga yang mengeluh, "shaklee ni tak berkesan la" , "shaklee ni slow sangat la".....

cuba cek balik, bagaimana gaya pemakanan anda dan bagaimana pulak sukatan pengambilan air kosong setiap hari...
mengikut rules, orang yang mengambil suplemen ( tak kira jenama apa sekalipun) untuk kuruskan badan, perlu mengambil air kosong berdasarkan berat badan = 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan anda

Nak sertai CABARAN KURUS bersama saya dan Shaklee??? jangan segan silu untuk hubungi saya 


Untuk dapatkan set vitamin Shaklee, mengikut bajet anda, boleh hubungi saya yea...free consultation jer...
jangan segan-segan..malu bertanya, sesat jalan >____<

Sheetah [Shaklee ID : 881842]
Whatsapp|LINE: 019-3121609  | SMS : 017-9005898
Emel : sheetah82@yahoo.com

DISCLAIMER 1# 
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

DISCLAIMER 2#
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya

Kelahiran Pertama Mudah Dan Lancar, Susu Badan Meriah

Tahniah buat Puan Erin Nurdin diatas kelahiran cahayamata pertama ni...comey sangat..
tengok la pipi dia, aieeee gerammm
Alhamdulillah, sihat walafiat 
dan tahniah jugak sebab pilih vitamin Shaklee 
bertuah badan sebab dipertemukan dengan Shaklee semasa kehamilan pertama
saya plak, kenal Shaklee selepas 60 hari berpantang...
susu badan tak meriah 
sedangkan lagi 30 hari nak mula kerja dah,..stress sebab tak sempat dan tak mampu pun nak buat stok EBM untuk Onnee

akhirnya jumpa produk Shaklee..
"better late than never"
(^_____^)
syukur sangat dan tak perlu keluar banyak belanja untuk beli susu formula
jimat banyak dan duit tu boleh buat simpanan untuk Onnee

baby sulung Puan Erin Nurdin
comel kan..


sharing pengalaman Puan Erin Nurdin di secret grup Facebook kami
terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman
Salam .. saja nak share pengalaman consume set kehamilan shaklee , sy pregnant anak pertama dan saya x tau perbezaan antara yg consume dan tak consume shaklee, tp mase bersalin hari tu sy kene induce, mmg senang sebab x smpi 2 jam rase sakit dah bersalin, doc dengan sister sendiri bg tau yg saya senang bersalin, nk kata rse sakit bersalin tu lagi sakit rase sembelit .. x sakit sgt la kot.. sebb klu dgr cerita kawan2 semua ngeri2, lepas bersalin nurse suruh susu kan baby. Alhamdulillah susu ade.. anak 1st org kata susu susah nak keluar tp sy ok..sambil menyusu ade nurse tu bg tau bersih anak awak.. putih.. yg ni x leh nak komen jugak sebb sy rase baby mmg keluar putih kan? Bab yg bersih tu lg la sy x tau bersih dr segi ape.. skrg ni nk bg baby menyusu pun x boleh leka takut baby tersedak, banyk kali da minum smpi trbatuk2 dia, susu laju sgt.. kesian.. dan hari ni harike 14 berpntng dan sy terus consume pulak set berpantang add on lecithin.. harap2 boleh kurus balik

Semasa Hamil : Consume VITAMIN IBU HAMIL
Semasa Berpantang : Consume SET BERSALIN MODEN (Normal/Ceaseran)


Sebarang kemusykilan dan nak tahu info lebih lanjut tentang nutrisi/produk SHAKLEE, jangan segan silu untuk hubungi saya yea. Setiap pembelian di honeyonnee.com , anda layak mendapat free consultation berterusan after sale services, jadual pengambilan vitamin dan tips-tips kesihatan bersama Shaklee.

Mashitah Mamat
019.312 1609
sheetah82@yahoo.com
www.honeyonnee.com

Perokok Tegar Berhenti Merokok Kerana Rokok Pahit macam Hempedu


biasa kita dengar ungkapan, 
"ibu mana tak sayang anak"
"sorang mak, boleh jaga sepuluh orang anak"

itu hakikat yang memang tak boleh dinafikan....kasih sayang seorang ibu, unlimited....
apa saje kesalahan anak, sentiasa dapat kemaafan dari seorang yang bergelar ibu....
" i lurve my mom"
how about you??

so, sempena hari berkasih sayang antara ibu dan anak
 (setiap hari hari berkasih sayang ibu & anak kannn...ahakss)
so, saya nak share satu kisah bukti kasih sayang seorang anak pada ibu....

Berbaktilah dan berbuat baiklah, sementara mereka masih lagi ada.

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa:"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". Al Ahqaaf : 15


TESTIMONI VIVIX

salam...selamat pagi semua...nak share satu story..

Mmmm...segan dan agak malu bila ibu kita seorang perokok tegar kan...mak saya memang perokok tegar dari usia belasan tahun lagi ...bukannya rokok daun..tapi rokok Dunhill... Dulu memang rasa segan dengan kawan2...dengan keluarga bakal suami..tapi tu la...bila kita nasihat...orang tua ni bukannya nak dengar...keraplah mak sakit perut yang teruk,mungkin sebab organ dalaman dia dah x berapa elok kot sebab sekarang umo dia dah 63tahun...tapi alhamdulillah...awal minggu lepas saya poskan VIVIX kat mak saya...tup tup mak call saya..jeng..jeng..jeng...dia kata ubat apa yang saya bagi dia minum tu??? saya tanya kenapa? Dia kata rokok terasa PAHIT MACAM HEMPEDU!!.dia langsung xleh hisap rokok tu....saya kata itula ubat yang saya cari selama ni untuk dia...alhamdulillah...dah seminggu dia x beli dan x sentuh langsung rokok...dia cakap selera makan dia pun makin bertambah...ramai dah yang tegur cakap dia nampak berisi..alhamdulillah,syukur pada allah..akhirnya saya jumpa supplement yang betul2 sesuai untuk ibu saya...xpela kuar duit banyak sikit pu..IBU KITA SEORANG JE...selagi dia masih ada memang nak tengok dia sihat...

P/S...ada satu lagi cerita tentang testimoni VIVIX iaitu bapa mentua yang menderita Kencing manis...pun ada perubahan yang ketara..




Setahun Sabar Dan Konsisten Mengambil Vitamin Shaklee


Testimoni dari Puan Syahrina


gambar ini asli, direct daripada empunya testimoni....
NO EDIT



 

ini sambungan komen dari post Puan Syahrina di closed grup kami...so, saya share
komen2 yg berkaitan ajer..:)






Salam, setelah sekian lama...sy dah bersedia nak share testimoni diri sendiri..ehem malu pun ada...
Pic before taken masa May 2012, baru start amik Set B..teruk sangat muka..merah dan bengkak2..jerawat on and off...bila period lagi la kuar mcm buh baja...
Berkat kesabaran, saya nak maintain dengan Shaklee juga..so saya maintain dengan Vit B Complex, Vit C, Vitalea, Alfalfa, ESP utk kulit. Supplement lain sy amik Omega dan Oste...pada saya Alfalfa yg paling banyak membantu sy dr segi jerawat dan alahan pada makanan laut...kebaikan lain, bab lawas jgn cakap la, ekzema pn settle..

Jika anda juga mempunyai masalah kulit, boleh cuba vitamin Shaklee , Set Kecantikan


=======================================================

DISCLAIMER 1#
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

DISCLAIMER 2#
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan

Mashitah Binti Mamat [Syitah]
Shaklee ID : 881842
Whatsapp | LINE: 019-3121609 
SMS : 017-9005898

Tips Tingkatkan Susu Ibu - Majalah iSIHAT Mei 2013

Majalah iSIHAT MAC 2013

Potluck Kaum Ibu

Dalam kesibukan kerja dan aktiviti bersama keluarga, memang jarang lah dapat join sesi bersama Master Cery dan kaum kerabat grup jutawan..tapi bila sekali dapat join, rasa tak nak balik...hahahah..
memang sporting habis lahh....
selama ni duk chat melaui FB jerr, sembang bagai nak rak, macam dah kenal lama..bila tiba jupe face to face, tersipu-sipu, terkepit-kepit malu-malu kucing.....tak koser aiiii...kakkaka

ini lah salah satu aktiviti yang paling saya suka dan yang best nya, dapat ramai kawan.....
kebiasaannya, kenal kawan satu pejabat, kawan masa belajar, kawan masa kursus jer...sekarang, 1 Malaysia dah kenal....( hoverrr ko satu Mesia )

majlis potluck ni buat kat rumah baru Master Cery di Alam Sari, pada 18 Mei 2013 (Sabtu) yang lepas..ramai yg datang..penuh satu rumah....anak-anak pon ramai ni haaa...:)

antara secebis ajer grup Jutawan
(ramai lagi kat luar sana yang berebut nak datang ber potluck sama..ehhehe)

banyak gilers makanan..macam2 ada...kenyang sampai ke malam 
terima kasih kpd yang punya makanan. bawak sikit sorang...
mintak halal makan minum yea...hihihihii

bersama Master Cery dan anak2 biz saya 
(^_^)

terima kasih Master Cery atas ilmu yg dicurahkan, tanpa jemu...

Adakah Kita Perlu Suplemen? ~ PAMA

Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 23 November 2012


Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
  • Menjaga kesihatan jantung. 
  • Meningkatkan tahap tenaga 
  • Meningkatkan sistem imun tubuh 
  • Menguatkan tulang 
  • Kesihatan mata dan penglihatan 
  • Menjaga kualiti kulit sihat 
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak 
  • Pengamal diet yoyo 
  • Perokok 
  • Pengamal vegetarian 
  • Pemnium alkohol yang kerap 
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus. 
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12. 
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak. 
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata


Hari ni tetiba nak ber peribahasa pulak.hehehe...spontan keluar dari kotak fikiran ...bilamana setiap hari dan setiap masa ada jer ibu-ibu yang share keterujaan dorang dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE , SET BERSALIN SHAKLEE dan VITAMIN IBU HAMIL SHAKLEE.....

bak peribahasa ini, TAK TUMBUH TAK MELATA, TAK SUNGGUH ORANG TAK KATA....kannn...
ibu-ibu yang dah cuba jer yang tahu apa BESTTTTT sangat dengan set ini....

Jika produk Shaklee tidak  mendatangkan manfaat buat para ibu, kenapa makin ramai ibu-ibu di luar sana gembira dan happy dengan Shaklee....bukan sahaja susu ibu makin banyak, ibu sendiri pun makin sihat, makin slim, makin cantik gebusss gitu... si manja pulak makin bam bam...kannn..

Belum cuba, belum tahu....dah cuba, konpem jatuh cinta.....bukan sahaja anak suka, suami pun sentiasa senyum lebar meniti hari bahagia bersama isteri yang 'sihat'.....

Pakej lengkap untuk ibu-ibu, tak perlu lagi risau akan kesihatan bayi dalam kandungan, tak pelru lagi fobia dengan pengalaman berpantang sebelum ini, tidka perlu lagi risau samada dapat susukan bayi atau tidak...In Shaa Allah, dengan set vitamin Shaklee mampu membuatkan impian anda tercapai selama mana anda konsisten dan yakin dengan produk Shaklee.......

Hari ini saya share lagi testimoni dan pengalaman ibu-ibu dengan produk Shaklee......semoga info ini akan memebri manfaat kepada semua yang baca blog saya....
ini sebahagiannya ajer...banyak lagi saya nak share dengan semua...tunggu next entry plak la eyh.....(^____^)


__________________________________________________________________

Sharing 1# : Consume vitamin Shaklee ketika hamil...berbeza dengan anak pertama dan kedua


Saya baru bersalin anak ke-3... Seorang Princess yg sgt adorable..... Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin shaklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan..

Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu... Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni... sgt mudah dan cepat... Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus... putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah...

Baby pun sgt baik....disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan... baby terus tido kekenyangan...

Sharing 2# : Berpantang anak kedua dengan Set Bersalin Shaklee



[sharing]
Salam,
saya nak share experience saya menjadi pengguna Shaklee semasa berpantang anak ke-2 saya.
Semasa berpantang kita dengan baby hanya terpisah waktu baby tido sahaja kan..bila baby celik jer mata, mesti nak melekap kat maknye..nak menyusu aje..mmg bagus bile kerap menyusukan bby, pengeluaran susu pun akan banyak..sbb penyusuan susu ibu mmg based on demand and supply kan...especially kalau malam, memang baby akan melekap jer...di sini lah peranan Shaklee yang saya ambil..saya cuma consume ESP + Alfalfa sahaja untuk penyusuan..+ Lechithin untuk kuruskan badan..
Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang yang setiap masa menyusukan baby tuh..memang langsung tak ade masalah sakit belakang, sakit badan (sebab waktu malam menyusu sambil baring), tak lesu, kulit pun x pucat...ni mmg best sbb selama ni org selalu ingat saya sakit disebabkan kulit tak berseri...
Sebab tu saya jatuh cinta dengan Shaklee...seriously Shaklee banyak membantu dalam kesihatan dalaman dan luaran saya...kalau dalaman cantik, automatiknye luaran pun akan cunnnn...:)

Sharing 3# : Tak boleh ambik jamu sebab anak ada G6PD Deficiency, tapi BOLEH dengan SET BERSALIN SHAKLEE



Salam semua..sebelum ni baca testimoni org je kan..hari ni nk share pengalaman sy sendiri consume supplement Shaklee..ok, ceritanya..Anak saya ade G6PD Deficiency..Pead anak saya dah beri amaran keras supaya jgn amik @ pakai any jamu sbb bleh menyebabkan anak dpt prolong jaundice..disebabkan risaukan anak, selama 2 minggu sy berpantang tanpa sebarang jamu..badan pon dah terasa sengal2, xbermaya..saya mula mencari sesuatu yg bersesuaian untuk pantang..awal2 nak try set pantang shaklee ni (VitaLea, B Comp, Vita-C & Zinc), ragu2 gak..mcm mn supplement bleh jadi set pantang kan..bila start amik set ni, sehari dua dah terasa kesannya..seriously sengal2 badan & xbermaya terus hilang..proses pantang yg tinggal separuh lagi saya lalui dengan sgt2 bertenaga..kwn2 & sedara2 yg dtg melawat pon ramai tegur sy nampak sihat dan bertenaga tak mcm orang pantang..anak saya pon Alhamdulillah tak kena jaundice lgsg..syukur Ya Allah :) dari situ sy dah mula jatuh hati pada supplement Shaklee ♥♥♥ terima kasih kepada mummy Lydzar Rusman kerana kenalkan saya dengan supplement Shaklee..sekarang ni sy telah pon jadi salah seorg SID..rasa rugi jika benda yg baik disimpan seorg diri dan tidak dikongsikan bersama ;)

Sharing 4# : Saya dah kurus dengan Set Berpantang Shaklee


Nak share lagi.. sy dah consume set berpantang Shaklee & tempoh berpantang tinggal lg 3 hari. Smlm sy dtg ke uma mak sy & dia serta adik2 terkejut tgk sy dah kurus.. Frankly sayin, sy xberani nk tgk cermin sepanjang bpantang takut tgk badan sendri & sebelum pregnant pun badan sy gemuk.. Suami pun ckp sy dah kurus.. cm xcaye btol! Sy blom try lg baju2 lama utk di test. xpe, sabar.. tggu btol2 abis pantang.. hehe..Dulu da mcm2 ubat kurus sy mkn, pegi gym la..aerobik la.. tp ambil masa utk turun berat badan. Bila mkn product Shaklee, 40 hari jek! Tu blom lg try Shaklee diet set kan! kan! :) TQ Shaklee!!!

Yeahhh, HAMIL , BERPANTANG, MENYUSU si manja dengan set vitamin semulajadi Shaklee, memang satu pengalaman yang terbaik ...for sure, makin hari makin suka dengan Shaklee...
dan untuk pengetahuan semua, YAKIN lah dengan produk Shaklee sebab Shaklee adalah produk nutrisi yang 100% SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM...
Shaklee bukan vitamin sintetik yang mana akan memberi kesan sampingan untuk jangkamasa panjang...
dan yang penting, harga berpatutan ..
setiap biji vitamin Shaklee melalui pelbagai ujian klinikal dan dihasilkan dari sumber yang bermutu tinggi....

jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee dan masih samar-samar produk apa yang perlu anda consume, boleh hubungi saya...konsultasi percuma..tak perlu bayar apa-apa (^___^)

Menopaus Awal Mengundang Osteoporosis

Satu kajian menunjukkan wanita yang melalui proses menopaus lebih awal berisiko menderita diserang penyakit tulang reput atau osteoporosis.

Sekumpulan penyelidik Sweden mendedahkan, individu yang putus haid sebelum umur 47 tahun tanpa alasan perubatan didapati berisiko tinggi berdepan masalah patah tulang dan mati awal.

Di Britain, purata umur wanita mula menopaus adalah pada umur 51 tahun.
Menurut kajian itu, mereka yang mencapai menopaus sebelum menjangkau usia 47 tahun juga berisiko berdepan masalah penipisan tulang dan menemui ajal lebih awal.
Katanya, kekurangan estrogen bermaksud wanita kehilangan perlindungan semulajadi daripada serangan penyakit jantung dan pereputan tulang.

Kajian itu tidak mengambil kira wanita yang mencapai menopaus awal disebabkan rawatan kanser atau pembedahan pengalihan ovari.
sumber pix : google
Putus haid pada umur seawal 47 tahun boleh menyebabkan masalah tulang reput

Sumber : Kosmo 29 April 2012
MENOPAUS ... OSTEOPOROSIS...

Ajal, maut semuanya di tangan Allah s.w.t .. namun, jika kita hanya berserah pada takdir tanpa berusaha untuk mencegah sebarang penyakit, itu adalah salah..Nabi Muhammad S.A.W ada menyatakan bahawa : "setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati" ( maksud hadis ) namun Nabi juga berpesan : "mencegah itu lebih baik dari mengubati" ( maksud hadis ). T_______T

Lebih baik mencegah sebelum terlewat......saya sendiri pon rasa cuak jugak bila baca artikel nih...dengan amalan dan tabiat pemakanan serta gaya hidup orang zaman sekarang, tak mustahil jika kita alami masalah begini......punca segala penyakit nih, datangnya dari perut...so, kenalah jaga pemakanan, ikut piramid makanan yang dah disyorkan oleh pakar kesihatan.tapi , boleh ker nak ikut?? dengan kesibukan kerja seharian, membuatkan kita nak benda yang segera jer...ini saya tak cakap orang lain la...hehehe..saya sendiri memang cam tu ...sume pon nak segera...mee segera, bubur segera, berger segera, sayur segera, ikan segera, segala-galanya segera lah..huhuhu..jimat masa kan......!! akibatnya kita akan hadapi di kemudian hari....oleh sebab itu lah, betapa pentingnya makanan tambahan....mulakan sekarang walaupun hasilnya untuk 10 tahun yang akan datang.....cegah sebelum terlambat.....

Kepentingan Air Dalam Badan

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).
Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.


Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

Sumber : Harian Metro

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempoh Masa Menyusu

Banyak sebab yang akan membuatkan pengeluaran susu ibu kurang aktif. Ketahui cara-cara yang betul untuk menggalakkan penghasilan susu ibu bermula seawal kelahiran bayi :
  • salah satu sebab kegagalan menyusu ialah ibu membataskan tempoh penyusuan kerana takut akan menyebabkan puting payudara sakit jika bayi menyusu dalam tempoh yang lama
  • kesakitan pada puting payudara ibu bukan disebabkan oleh hisapan bayi tetapi ia berpunca drp salah posisi ketika menyusu
  • sebaiknya proses menyusu tidak dijadualkan dan hendaklah diberi mengikut kehendak dan kesesuaian bayi kerana bayi yang akan menentukan keperluannya
  • ibu juga harus prihatin jika bayi menangis disebabkan lapar dan bukan sebab lain seperti kencin, kepanasan, kesejukan dan lain-lain
  • hisapan bayi sangat berpengaruh pada rangsangan pengeluaran susu ibu dan tempoh menyusu yang dijadualkan akan memberikan akibat yang kurang baik dan akan timbulkan masalah menyusu di kemudian hari
  • bagi ibu yang bekerja pula, digalakkan menyusu lebih kerap pada waktu malam agar dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu

  • 2 hari pertama, pengeluaran susu ibu masih belum banyak dan ibu tidka perlu menyusu terlalu lama, dalam beberapa minit pun sudah cukup untuk merangsang pengeluaran susu ibu
  • pada hari-hari seterusnya, bayi yang sihat akan dapat mengosongkan sebelah payudara sekitar 5-7 minit dan bayi akan kenyang sehingga 2 jam
  • pada awal kelahiran, bayi menyusu tidak mengira waktu dan mengikut keperluannya, namun selepas 1-2 minggu kemudian, bayi akan mempunyai pola tertentu
  • tempoh masa bayi menyusu adalah berbeza-beza, ada yang menyusu hanya dalam masa 5-10 minit, ada juga sehingga 30 minit. hal ini tidak menjadi masalah sebenarnya kerana setiap bayi adalah berbeza-beza
  • daripada penelitian, bayi yang menyusu dengan lambat, mendapat susu ibu yang sama banyak dengan bayi yang menyusu dengan cepat. oleh sebab itu, jika ibu bayi yg lambat menyusu tadi berhenti menyusukan abyi sebelum bayi selesai, bayi mungkin tidak mendapat susu akhir yang kaya dengan tenaga yang diperlukan untuk membesar dengan baik
  • sebaik-baiknya ibu harus menyusukan dengan kedua-dua payudara bagi menjaga keseimbangan saiz payudara
  • usahakan agar ibu menyusu sehingga payudara terasa kosong supaya pengeluaran susu menjadi lebih baik berdasarkan konsep 'supply and demand'
  • setiap kali menyusu bayi, mulakan dengan payudara terakhir disusukan

Suplemen Dalam Penyusuan Ibu


Seandainya anda mengambil suplemen utk penyusuan, anda hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah satu cara utk memperbanykkan susu ibu. Vitamin diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Secara tak langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan ibu bergantung kpd kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu :-
  • lebih kerap menyusukan si manja
  • lebih kerap sesi perahan susu maka lebih banyak susu dihasilkan

Pengambilan vitamin akan memebri kesan yg ketara dalam dunia penyusuan sekiranya anda memenuhi keperluan dibawah dengan oenuh disiplin dan konsisten.
  • si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yg bekerja, sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  • si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penysuan lengkap buat si manja
  • si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketengangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar

Salah Faham Tentang Penyusuan Ibu



"Saya tidak mahu payudara yang kendur !"
yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.

Tips : untuk mengekalkan keanjalan payudara, kita hendaklan mengambil makanan yang tinggi protein kerana protein itu adalah sebahagian besar daripada kulit, otot, organ, dan kelenjar. Setiap sel dalam badan manusia mengandungi protein. Kita perlu protein dalam diet harian untuk membantu memperbaiki sel-sel badan dan membina sel yang baru.

Salah satu alternatif untuk mendapatkan protein yang mencukupi adalah mengamalkan ESP Soy Protein Isolate Powder
ESP Soy Protein Isolate Powder
info lanjut tentang produk, klik sini

"Penyusuan susu ibu menyusahkan"
penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja dan ia tidak  melibatkan kos.

"Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?"
sebenarnya ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. ia praktikal !


"Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?"
penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelejari. dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
( ibu harus mendapatkan info lengkap tentang penyusuan, disiplin, konsisten dan tidak mudah berputus asa dalam menjayakan penyusuan susu ibu )

"Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?"
hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. jika anda berasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul..
( ketahui teknik penyusuan susu ibu dengan betul bagi mengelakkan kesakitan pada breast )

"Tapi wanita berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!"
wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kalenjar mamari di dalam payudara. kalenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.

RELAKTASI >> sambung semula penyusuan bayi selepas susu berkurang dan berhenti.......

Ini salah satu tajuk yang agak popular dan sering diutarakan oleh ibu2 yang ingin menyusukan bayi masing2. Namun masalah susu badan kurang membantutkan niat si ibu...

Ada cara unutk mengatasinya, bagaimana?? So, kali ni saya nak share entry berkaitan dengan isu ini...jom baca .Sumber : blog MamaCekal & blog Mommy Zura


Relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:

1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)

Kenapa Mahu Relaktasi?

Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi

Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.

• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?

Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi. Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?

• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi

(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)

• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi

• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?

• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?

Susu yang terhasil akan bergantung kepada :

• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?

Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.

• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.

* Bagi ibu-ibu yang mahu mulakan proses relaktasi dengan menggunakan kaedah yang tidak memberi kesan negatif, anda boleh mencuba Shaklee Breastfeeding Set dan juga Energizing Soy Protein Shaklee. Didalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak sebagai milk booster.


Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan



  • Pastikan bekas utk simpan susu, bersih dan disterilkan sebelum digunakan. Cara mudah yang biasa saya buat utk mensterilkan semua perkakas penyusuan, rendam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian toskan supaya kering...elakkan lap dengan kain atau tisu kerana mungkin akan tinggalkan kesan kotoran daripada tisu atau kain tu...
(cara biasa yea, tanpa gunakan sterilizer..)
  • Simpan kuantiti susu dalam bekas/botol yang mencukupi utk sekali penyusuan. Contoh, jika bayi anda  minum 3oz, so perahan susu simpan ckup-cukup 3oz


  • tinggalkan sikit ruang udara dalam bekas penyimpanan utk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan
  • simpan dalam peti sejuk....jika susu perahan yang hendak digunakan dalam tempoh 4-5 hari, boleh simpan di bahagian bawah peti sejuk jer..so tak payah bekukan...
  • jika dalam tempoh itu, susu tersebut masih tidak digunakan, masukkan susu tadi ke tempat beku
  • labelkan bekas penyimpanan...nama bayi, tarikh perahan dan masa mula memerah
  • bila nak guna susu, ambik yg paling awal diperah