Motivation Rally Shaklee di SACC Convention Centre, Shah Alam

Assalamualaikum..

Semalam telah berlangsung majlis Motivation Rally & Majlis Jamuan Raya Aidilfitri di SACC Convebtion Centre, Shah Alam… tahu, dah habis Syawal dah kan… minggu depan dah nak Aidiladha kot..heheheh..

Tapi pihak Shaklee Malaysia ada alasan tersendiri kenapa dan mengapa baru nak buat jamuan raya bagi kawasan Lembah Klang..di negeri lain, dah lama habis raya…

Bagi pengedar Shaklee (yang layak) di negeri Selangor termasuk Putrajaya, dapat spesel jemputan, untuk menerima sijil penghargaan.

Aku termasuk dalam ratusan pengedar tu..aku telah menerima sijil penghargaan sebagai Key Coordinator Shaklee iaitu rank yang ke-3 tertinggi. Yang paling tinggi, Master Coordinator dan ke-2 tertinggi Sr. Key Coordinator..

Master Coordinator
|
Sr. Key Coordinator
|
Key Coordinator (aku kat sini)

Majlis bermula sekitar jam 2 petang… sebelum tu, kami dikehendaki mendaftar di bahagian pendaftaran di hadapan dewan.




Dah setel daftar, terus lah melangkah masuk ke dewan....ramai dah yang sampai…meriah betul.ni kali ke-2 aku join motivation rally..kali pertama, aku pergi motivation rally di Penang, awal tahun 2014, tapi bukan sebagai penerima sijil penghargaan… tetamu biasa je..saje nak menyebokkan diri kat majlis orang..hahahah





Seronok tau datang majlis Shaklee ni… semua yang datang, nampak muka penuh aura positif..muka yang bersemangat luarbiasa… .bakal-bakal jutawan Shaklee ni, InshaAllah… .dan yang paling membanggakan, orang Melayu Islam lebih ramai. Alhamdulillah, semoga dengan jalan yang Allah tunjukkan ini, semakin ramai orang Melayu mempunyai taraf hidup yang lebih baik di tanahair sendiri. Semakin ramai orang Melayu yang menceburkan diri dalam perniagaan, walaupun hanya bermula dengan perniagaan MLM… .kebanyakan mereka yang telah menjana pendapatan yang stabil dengan Shaklee, telah membuka cabang bisnes yang baru… macam-macam ada…

Bidang hartanah
Bidang oil & gas
Premis perniagaan barangan ibu dan bayi
Bidang fotografi

Aku??? Dah tentulah aku ada perancangan jugak. InshaAllah, pelan2 kayuh, Dengan Shaklee, aku jadikan bisnes ni sebagai 'lubuk modal', so tak payah dah la aku berhutang/ buat pinjaman bank untuk meniaga...di samping membantu insan-insan lain mendapat sama seperti mereka yang telah berjaya dengan bisnes Shaklee. Bisnes Shaklee tetap nombor 1 di hati aku...aku memang dah tahap setia hingga hujung nyawa...hahaha..








Seperti biasa, kalau aku ke mana-mana event Shaklee, mesti aku hangkut sekali insan-insan tersayang..... suami dan anak-anak....si pengarang jantung... terima kasih sayang !!

Humayraa 4 bulan



Sempat juga ber 'selfie' dengan anak cucu bisnes Shaklee yang berjiwa kental… sekental getah..… .hahaha..kedua-dua ni penerima sijil penghargaan jugak… tahniah korang!



Lebih kurang jam 5.30 petang, tiba giliran aku dan suami lak, beratur ler reramai di tepisebelah kanan dewan...teruja giler kot wehhh..hehehehe..aku keje gomen 5 tahun lebih dah, tak pernah aku dapat award cenggini..kikikiki.....siap dapat sejambak bunga ros dan sekalung bunga orkid… tertebus jugak kempunan sebab tak dapat hadir National Conference pada bulan Jun lepas,… Alhamdulillah… .

Layan lah aksi-aksi hover aku nih weh..jangan meluat, dah lerr..hahahhha… .

















Eyh, lupa pulak… tahniah buat pemenang cabutan bertuah..semua excited kan… dapat macam-macam produk Shaklee percuma…

Collagen Powder
Vivix
Meal Shakes
B-Complex
Lecithin

dan banyak lagi… ..syiokkknya la hai..hehehe… .aku pun tumpang happy untuk dorang… ada cucu Shaklee aku tu, dah dapat sijil, dah dapat Collagen Powder sekotak, terus balik… .hover ko nyah !! Alasan anak dah mengamuk… ..hahahahah… .*ok..ok..ok… mak percaya noks… .lagilah dengan crowd yang terlebih dos, sampai 1300 orang, mana tak nya anak mengamuk kan… expect lebih kurang 700 orang jer yang datang… .haa kau..sape nak jawab tu… .opkos Shaklee disukai ramai… lemak berkrim uollss… hape nak buatt… terima lah dengan berlapang dada… mihiks..mihiks…

Actually, yang paling dinanti-nantikan adalah perkongsian success story oleh 2 orang master coordinator Shaklee di bawah payung J.U.T.A.W.A.N… yang telah pun menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan… amazing !!!



Dengan biznes Shaklee, tiada yang mustahil… ianya sudah terbukti..di depan mata… pelbagai ilmu dikongsikan oleh mereka berdua..sangat kagum… Allahuakbar!!

Aku juga bertekad untuk membantu lebih ramai orang di luar sana untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.… kerana aku juga pernah merasa hidup susah, berasal dari keluarga yang biasa-biasa, sederhana..… dan aku tahu, bagaimana susahnya hidup, nak survive apatah lagi di zaman yang semakin mencabar… .dan di zaman yang semua orang berlumba-lumba untuk mendapatkan hidup yang terbaik…… .InshaAllah… bagi anda yang berminat nak mulakan bisnes Shaklee, boleh hubungi aku yea… jangan segan silu…… kita nak berjaya, jangan ada rasa malu untuk menimba ilmu dengan sesiapa pun… .

Ok lah, sampai ke masa penamat majlis… makan time..hoyehh… jam 6.30 petang, majlis selesai… semua pun berpusu-pusu ke dewan sebelah untuk menjamu selera..Alhamdulillah… rezeki lagi haaa… ;) hihihihi


Ok, foto penutup untuk tatapan anda..jeng..jeng… .eceh..kikiki





Master Celebration Master Nur Farhana di Marriot Putrajaya

Setiap kali ada master celebration, saya memang tak akan lepaskan peluang… tambah2 lagi kalo biat kat KL… lagi..lagi laaa buat kat Putrajaya..sekangkang kera je kot nak gi…

Kali ni, dorang adakan di Hotel Marriot, Putrajaya…

Dah lama betol tak makan 'aura Master Celebration' nih…

Bukan tu je, makanan perut pun ada disediakan… haaa, tak ke rugi kalo tak pegi..dah boleh elak masak untuk hari tu, ye tak? Kikiki

Makan sepuas2nya sebelum event....tak der sape nak larang ko makan…








Jam 3 dah start event..sama2 kita masuk hall… time ni plg aku suka..dgn lagu faizal tahir, gemuruh tu..mmg buat semangat saya naik ke puncak… hahahah







Dapat Pakej Umrah Percuma.....!!

Assalamualaikum...hi !!


Alhamdulillah, saya dapat pakej umrah 6 bintang PERCUMA.....ohoiii, percuma tau. tak bayar satu sen pun. betulllll , tak tipu !! nak tahu tak camna saya dapat pakej umrah percuma nih?? teruskan pembacaan anda....ecehhh..hihihi

Pakej Umrah Percuma


Mesti ramai yang nak tahu kan, camna saya boleh dapat pakej umrah PERCUMA..lagi best, 6 star Cik Jah oiiii...bukan selebet punya pakej nih....Giler bestt dapat free kan..Semua ditanggung beres....tiket pergi balik, penginapan, makan minum. Cuma bawak diri, bawak baju  dan bawak duit banyak-banyak untuk shopping kat sana. Dan InshaAllah, akan berangkat ke Tanah Suci, pada 21 Dec 2014. Balik semula ke Malaysia pada 2 Jan 2015. Lebih kurang 13 hari jugak lah....

Sebenarnya, saya bagi pakej umrah yg saya dapat tu kepada ayah. Memandangkan ayah saya belum pernah lagi ke Tanah Suci , peluang yang terdampar depan mata nih, saya hadiahkan untuk ayah. Alhamdulillah, rezeki ayah untuk ke sana, dapat saya tunaikan dengan izin Allah....terima kasih Allah.

Pakej umrah percuma ni adalah tajaan penuh oleh Shaklee, reward buat pengedar yang menjalankan biznes Shaklee secara serius. nak dapatkan tiket ni juga, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. semua orang boleh dapat, dan semua itu atas diri kita sendiri samada NAK atau NAK ...

yang bestnya, tak semestinya kita yang pegi. boleh kasi mak atau ayah kita . kalo yg bujang pulak, boleh beri pada adik beradik jugak...boleh ajak seberapa ramai join pakej umrah free ni..... NAK ke NAK ? BEST ke BEST? hihihihi..mestilah best , ye tak....

pakej umrah percuma selama 13 hari bulan deceember 2015
Shaklee pos terus ke rumah surat penyertaan Umrah...butiran peserta : Mamat Bin Abdullah
Nak kene serahkan dokumen penting kepada Shaklee sebelum 22 September ni..so, cepat-cepat telefon ayah suruh ambik suntikan meningtis ACYW135, buat gambar untuk visa dan passport.

Gambar untuk visa tu pulak, tak boleh sembarangan. Mesti bersaiz 4 x 6cm, berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%. Lelaki : tidak bersongkok Wanita:Bertudung


dokumen yang penting untuk ke tanah suci buat umrah untuk ayah dah complete
dokumen penting perlu ada untuk ke Tanah Suci
Merah : Passport
Oren : surat suntukan meningtis ACYW135
4 keping gambar untuk Visa Umrah

Gembiranya hati saya bila dapat beri hadiah ni untuk ayah. Tentu ayah saya pun merasai persaan yang sama, dan mungkin lebih lagi. Saya tahu, ayah dah lama teringin nak pergi Mekah. Dia boleh pergi, tapi dia asyik fikirkan anak-anak. Hinggakan hasrat ayah nak ke Tanah Suci pun, dipendam jer.. saya tahu dengan usia ayah dah menjangkau 62 tahun ni, dah tentu tak ada lain yang difikirkan. YaAllah, dengan biznes Shaklee, saya dapat berikan kegembiraan ini buat ayah.. syukur Alhamdulillah....

Lepas ayah, guliran saya pulak untuk buat Umrah di Mekah, InshaAllah.... *tengah kumpul duit*. doakan saya dan suami dapat pergi yea...hihihihi

saya juga doakan pembaca blog ini, dapat tunaikan umrah suatu hari nanti. amin !!

Bimbingan Berterusan Untuk Downline Shaklee, Kali Ni Ajar Buat Blog Pulak !

jom bina blog mudah
cantik tak kek ni...cheese kek yang sangat sedap..!!

Sekarang rata-rata orang kat Malaysia ni, ada blog sendiri....pelbagai jenis blog yang ada. Pasal life si blogger, pasal masak-memasak, pasal kesihatan dan kecantikan, macam-macam lagi lah...bagus tau ada blog yang pelbagai rupa ni...senang nak cari info..tapi kene jugak hati-hati, takut tertipu ..hihihi

Saya pulak, ada blog untuk share pasal life, aktiviti saya bersama keluarga untuk tatapan anak cucu di kemudian hari....saya share tentang kesihatan dan kecantikan dengan produk Shaklee.....

Bukan semua orang tahu nak buat blog....saya sendiri pun start belajar buat blog ni since 2009..masa tu saya nk buat biznes tudung, kain2..hihihihi...siang malam duk mengadap pc jer...smpai lupa makan minum, seronok punya psl......seronok tau belajar buat blog ni..tambah lagi bila kita berjaya buat perubahan pada blog kita.....aummmmmm !

Bermula dengan blog yang kaku dan keras, skang ni Alhamdulillah, nampak ada nyawa skit la...hahha...boleh la sekadar nak hias sikit-sikit tu...tapi tak la advance cam Graphic Designer yang memang teror buat blog......saya pun teruja tengok blog dorang.

Oleh kerana ramai jugak anak biznes Shaklee saya yang tak biasa dengan blog, so saya plan nk buat kelas blog untuk dorang. Boleh lah setakat ajar bina dulu kan..nak hias2 tu, esok punya cerita....blog ni bukan boleh main tarohh jer..mcm2 kod duk ada....saya sendiri pon kadang pening...hahahah..

Plan punya plan, maka 31 Ogos 2014 yang lepas, terlaksana jugak kelas blog tu. Saya buat kat studio opis kawan saya di Bangunan MPAJ, Pandan Indah.

kelas blog
office studio untuk kelas blog baru ni..terima kasih Dayah sebab sediakan kerusi yang cantik dan selesa untuk mak yong mak yong.....

terima kasih kpd sahabat saya sebab sudi sediakan kemudahan untuk kitorang belajar buat blog...siap tambah kerusi untuk ibu-ibu hamil..... thumbs up lah !! next time boleh sewa lagi kat sini. heheheh





haaaa, tu diaa cikgu terjun, sedang mengajar anak murid buat blog. tinggi melangut tanganku..hahahha...bersungguh-sungguh mengajar anak murid buat blog.....
ilmu tak seberapa pun, tapi boleh lah setakat nak ajar basic buat blog kan..ilmu yang ada nih, di kongsi-kongsi dengan semua. InshaAllah !

dalam kelas blog ni, jika ada yang tak faham, boleh direct taya..nanti dah balik rumah, menyesal lak.....tapi kalo tak tahu nak tanya apa, tak mengapa.simpan dulu..kita sambung discuss dalam secret grup di Facebook, Millionaire United Club M.U.C

lunch time, kita ramai-ramai makan kat belakang opis studi ni..ada another space kat belakang. ramai yang bawak kuih-muih, sedap...dan menu utama, saya tempah dengan kawan sekolah..NASI DAGANG KELANTAN

fuhhh, memang tahap jilat siku lah...sedappp sangatt..

Nasi Dagang Kelantan
lunch sudah, solat sudah.....sebelum start balik kelas blog untuk sesi petang, ada sesi bertemu muka dengan Master Zura Betty, mommy Shaklee saya..terima aksih kerna sudi datang menjengah anak cucu cicitmu disini......ilmu yang dicurahkan, akan tersemat kukuh dijiwa....ecewwwahhhh !!

 kata-kata semanagt dan motivasi tak pernah kering dr mentor kami kelas blog tutorial bina blog


kita tutup kelas dengan acara potong kek....cheese kek...
rakamkan saat indah bersama di bawah satu bumbung, 
Millionaire United Club
M.U.C
terima kasih kerna sudi datang 
semoga ilmu yang tidak seberapa ni dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama
saya doakan anda "Kaya dan Berjaya"


jom potong kek sama-sama
**eyh..eyh..amoi ni mana datang !! hahahhaa..my fren's doter
she loves cake so much

Psssstttt !! Saya nak offer ni, buat sesape yang daftar Shaklee dengan saya, saya buatkan 1 blog untuk dia.....FREE shj. lepass tu, nk taruk apa pon dalam blog, sukahati,.... Bagaimana nak daftar sebagai ahli Shaklee?? Klik DAFTAR AHLI SHAKLEE