Cara Nak Buka Akaun SSPN Untuk Anak

Assalamualaikum w.b.t


Buka Akaun SSPN di Maybank

Alhamdulillah, setelah sekian lama asyik bertangguh je, last week dapat jugak buka akaun SSPN si Humayraa. Umur 5 bulan lebih dah baru ko de akaun SSPN nak oiii.

Actually, baby dari umur 1 hari pun dah boleh buka akaun SSPN..hahhaaahahha, giler rakus kan..relax la mak pak nya pun..tak lari gunung dikejar..

Aku buka akaun SSPN ni kat Maybank Putrajaya. Pada mulanya aku pegi ke Bank Rakyat Presint 15, Putrajaya, kononnya nak buka akaun Tabung Haji sekali...rupanya offline. Tak per lah, buat je SSPN dulu..

Masa tu petang dah, memang tak ramai orang. Makanya, cepat la sampai turn aku.....pegawai bank tu pun dah siap key in sume, dia cakap line tak bape ok.ada rezeki, boleh lepas...haaa, pulak..tak per, doa banyak2 moga lepas.....

Nampak muka pegawai bank tu pun dah cam tak confident sistem boleh online dengan baik..2,3x percubaan, gagal jugak....hurmm, tak per lah..nak wat camna..tu yang aku ajak husband pegi Maybank lak....dah nak sampai ke Maybank dah, tetiba pegawai bank Rakyat call aku cakap IC lupa ambik..adooyyyaaaii.. patah balik ambik IC pulak...

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan 

Nak buka akaun SSPN ni tak semestinya korang kene pegi PTPTN..bank-bank terpilih jugak boleh buat. Antara bank yang boleh buka akaun SSPN ialah Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank.  Kalau tak salah, minima RM 20 diperlukan untuk buka akaun. Korang pegi je kaunter pertanyaan tu, bagitau bank officer nak buka akaun SSPN..then dorang akan bagi borang...dan WAJIB attach 2 keping salinan mykad/mykid untuk pendeposit (aku) dan penerima manfaat (Humayraa). Tapi Bank Rakyat mintak 1 salinan mykad/mykid jer setiap sorang..so, aku rasa depends pada bank kot..korang bawak je lebih pun tak apa..kang jenuh lak nak cari kedai fotostat..ahakzzz



Nanti korang akan terima kad ni yang akan dipos oleh PTPTN..bank tak terlibat dalam pengeluaran kad ni.

Oh yea, bagi si pembayar cukai individu cam aku nih, korang boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM6000 (terhad) setahun. Berkuatkuasa tahun taksiran 2012-2017. So, aku dah buat perhitungan, bahagi sama banyak untuk 2 beradik..maksimum RM 3000 sorang utk setahun..bersamaan RM 250 untuk seorang setiap bulan. haaaa, kalau ada rezeki lebih, boleh tambah lagi.... kan.. ! 

Perlu Ke Buka Akaun SSPN?


Perlu ke tidak, itu bergantung pada poket mak ayah nya. Kalau ada buat savings sendiri untuk pendidikan anak, mungkin tak perlu lagi buka akaun SSPN. SSPN ni untuk jaminan pendidikan anak-anak bila nak masuk institut pengajian tinggi nanti. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Kita sendiri tak dapat nak ramal apa akan berlaku di kemudian hari.

Apatah lagi, PTPTN sudah keluarkan arahan baru.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minima sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
PTPTN juga beri jaminan bahawa SSPN ni patuh syariah.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Penabungan SSPN Melalui Potongan Gaji


Semua orang boleh buat pemotongan gaji terus ke akaun SSPN, samada kerja kerajaan atau swasta. Info lanjut, boleh klik SINI
Mudah kan !


2 Comments

  1. Berapa lama ye akan dapat kad tu?
    sebab saya buat lama dah tapi tak dapat2 pun kad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sy buat utk anak sulong, tak sampai sebulan dh dpt kad tu..ptptn pos ke rumah..yg adik dia ni, buat last week, lpm dpt lg....u kene kontek PTPTN cek status kad tu...

      Delete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa