Senarai Peserta New Year Giveaway by HoneyOnnee.Com



http://www.honeyonnee.com/2015/12/new-year-giveaway-by-honeyonnee.html SENARAI PESERTA NEW YEAR GIVEAWAY by HONEYONNEE.COM

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 
15 JAN 2016 | 11.59 MALAM 


KAISON : pencinta hiasan rumah boleh lepak sini sampai pengsan

KAISON pertama yang aku jejak, KAISON FESTIVAL CITY kat Setapak....masa tu memang duk tergedik-gedik tak menyabor nak pegi bila aku baca update rakan-rakan bloggers....hahahaha
Excited beb ! Excited oooo..

Dan siang tadi, lagi sekali aku jumpa Kaison, di Sunway Putra Mall KL , depan PWTC ...

mall ni baru jer siap renovate awal 2015 baru ni kalau tak salah aku........
tadi kali pertama aku jejak selepas dah bertukar wajah baru...tak sangka ada Kaison dalam Sunway Putra Mall tu...dannn paling best, dekat ngan office aku...hahahhahhahh...


Nampak tak ke mana tempat "buang masa" aku setiap Jumaat selepas ni?? lalalalalalalalala....


Bos Lelaki VS Staf Wanita

gambar sekadar hiasan, pinjam dari mr google

Kat mana-mana organisasi atau syarikat, staf wanita ada di mana-mana....yang bujang, mak budak, nenek budak, semua ada ...

dan semestinya ada bos ..dan bos itu pulak adalah seorang lelaki...

dalam kategori bos ni pulak, ada yang bagus dan ada yang ...errrrmmm, kureng...hihihi

syukur pada Allah, selama aku bekerja nih, semua bos aku adalah lelaki dan semuanya, OK..

tapi tak semua orang bernasib baik macam aku......cewwaahh..(kipas nombor berapa ni haa?..kakakak)
....ada jugak yang dapat bos macam..............( sila sambung sendiri....sebab aku taknak sebut perkataan yang kurang elok...) kihkihkih..

entry aku nih, bukan nak hentam golongan bos lelaki..cuma aku nak dorang ni faham situasi staf wanita, terutama yang dah berkahwin dan sedang dalam fasa 'membesarkan' keluarga...

"membesarkan keluarga" - merujuk kepada seorang ibu muda yang sedang dalam tempoh hamil, berpantang, menyusukan anak dan menjaga anak-anak yang masih kecil.

sebelum korang jadi bos, korang mesti buat persediaan mental dan fizikal dalam menangani isu-isu mendatang....hahahahah
ala, korang yang jadi bos ni, bukannya tak ada anak isteri kan..sure korang faham punya...kalau tak faham jugak, tak tau la aku nak cakap camna....sometimes, bos bujang lagi memahami...hihihihi

10 perkara yang bos lelaki perlu tahu jika staf wanita hamil

1. alami loya, pening, lemah tubuh badan dan tidak mampu bekerja dengan sempurna
2. keadaan kehamilan yang berbeza-beza setiap wanita, ada yang sihat, segar bugar tanpa alami walau sedikit pun gejala morning sickness dan ada yang terlantar di rumah atau di hospital akibat alahan yang sangat teruk
3. akan ada wanita hamil yang sentiasa keluar masuk hospital dan anda akan sentiasa dapat MC (sijil cuti sakit) ..hihihihi
4. bersedia dan alert yang staf anda bakal bercuti bersalin selama 2 atau 3 bulan
5.anda akan terima call/whatsapp/telegram "bos, saya tak dapat masuk kerja hari ni, alahan teruk dan tak larat, tak boleh bangun " ...
6. anda juga akan terima call/whatsapp/telegram ~ 'bos, saya masuk office lambat sikit, morning sickness teruk pagi ni...'..huhuhu
7. anda call atau mencari staff anda di meja kerja nya, tapi tak ada...rupanya dalam toilet, tengah muntah2...atau rupanya, dia rehat/baring/tidur di surau sebab pening dan lemah tubuh badan...atau pon ~ di bawah mejanya sendiri sambil memegang tong sampah , standby nak muntah.. hahahaaha
8. ada wanita hamil, yang tak boleh buat kerja dengan alasan, " saya nak muntah dan pening ngadap komputer.' ---- ya, ini benar-benar terjadi..bukan alasan yang dicipta untuk elak buat kerja... kihkihkihkih
9. jangan terasa hati jika tiba-tiba staf wanita anda tutup hidung atau nak muntah semasa mengadap anda..mungkin kerana dia tak dapat tahan bau perfume anda...wanita hamil sensitif dengan bau-bauan....
10. jangan assume staf anda akan tiba ke bilik anda sepantas kilat apabila dipanggil masuk mengadap ...hahaahhaah ( pergerakan ibu hamil terutama yang tengah sarat sangat selow melow....kannn)


10 perkara yang bos lelaki perlu tahu jika staf wanita sudah masuk kerja selepas bersalin

1. kerap hilang dari workstation untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu ~ pam susu untuk bekalan bayi di nursery (bos2 seme, please la sokong usaha murni si ibu untuk menyusukan bayi mereka at least 2 tahun)
ini adalah suruhan Allah jugak..anda jugak turut dapat saham akhirat jika memahami kami...betul tak?? hihihi
2.  ibu-ibu tak mintak disediakan bilik khusus ber aircond untuk memudahkan urusan pam susu, asal dapat tempat yang privacy , pun dah ok...ada sesetengah syarikat (tak semua yea), ibu-ibu terpaksa 'menunaikan tanggungjawab' dalam toilet.. Allahuakbar...sedih bila saya dengar kisah mereka.
3. anda boleh berbincang dengan staff anda jika kurang senang dengan aktivitinya hingga mengganggu kerja. isu ini kene sama-sama discuss..janganlah mengumpat kat belakang..takkan setel punya ....ibu-ibu pulak janganlah ambil kesempatan atas peluang yang diberi..pastikan kerja-kerja yang diamanahkan, siap tepat pada masanya.
4. staf anda akan kerap cuti jika anak demam atau tidak sihat
5. staf anda akan masuk lambat atau balik awal kerana nak bawak anak buat medical check-up bulanan ..terutama di 2 tahun pertama selepas melahirkan bayi......
6. anda akan terima call/whatsapp/telegram ~ bos, saya "emergency leave" hari ni ..hihi
7. staff anda mungkin sambung bercuti (cuti tanpa gaji) selepas habis cuti bersalin untuk menjaga bayi yang baru lahir , atas sebab-sebab kesihatan (perlu budi bicara bos..semoga bos2 kat malaysia ni memahami..hihihi)
8. anak2 terutama yang breastfeed dengan ibu dia, dah macam pizza....cheese dengan doh melekap...
macam kanggaroo pun ada...cuma tak der poket je..kalau boleh, baby nih nak melekap je ngan mak dia 24 jam...so, kalau tetiba ada staf wanita yang tak nak keluar pergi outstation, silalah faham. kecuali, tugasan itu tak ada orang lain yang boleh handle..nak tak nak, kene lah jugak pergi kan..kali nih, si ibu tadi terpaksa lah tinggalkan bayinya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.
9. jangan paksa-paksa minta buat kerja overtime kalau kerja itu kurang penting, for sure mommies akan menolak dan tak nak buat OT. masa cuti, masa untuk bayinya....hal kerja, tinggal kat pejabat hokey...
10. tetiba ada dengar suara bayi menangis kat pejabat ~ staf anda bawa bayinya datang pejabat kerana pengasuh bercuti....ahhahaha...ini biasa terjadi....pengasuh balik kampung, pengasuh tak sihat, nursery tutup.... BOSS, bersabarlah dan sentiasa bertolak ansur dengan staf wanita anda...

isu-isu ini adalah isu yang remeh jer......disinilah pentingnya komunikasi....boss faham situasi staff , staf pula mesti faham situasi dan tanggungjawab sebagai pekerja..jangan jadikan "kesitimewaan" korang untuk ambil kesempatan nak mengelat... tak baik tau...
Allah kan ada...
Allah sentiasa melihat apa yang kita buat setiap saat, setiap masa.....
.. hihihihi

bos adalah pengatur kita di pejabat, staf adalah tunggak kejayaan sesuatu organisasi...sama-sama saling memerlukan....setiap apa yang kita nak dan laksanakan, beritahu boss...supaya orang lain tahu apa kita buat agar tidak menimbulkan sangka buruk.. manusia nih, lebih cenderung bersangka buruk berbanding sangka baik...itu lumrah.... ke guana???

entry ini, sekadar pandangan, pengalaman saya dan kawan-kawan.....bos, pekerja, sama-sama saling memerlukan... simbiosis !!

korang macam mana pulak???

New Year Giveaway By HoneyOnnee.Com

http://www.honeyonnee.com/2015/12/new-year-giveaway-by-honeyonnee.html
(klik gambar untuk join giveaway)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua !!

Jeng jeng jeng....lagi giveaway by honeyonnee.com..hihihi
hadiah kali nih best dan best dan sangat best yang memang best.....

errrmmmm, wangiiiiiii!!

Perfume De'xandra

produk bumiputera, inspirasi daripada perfume original yang popular dan digemari rakyat Malaysia...
sebelum ni, kalau nak perfume ori, sure kene beli yang harga beratus ringgit, baru dapat bau yang sedap dan wangi ssssangattt kan.....
tapi sekarang, korang tak perlu dah bazirkan duit beli perfume mahal, sebab De'Xandra boleh bagi korang bau yang sama dengan perfume feveret korang tau...
tapiiii

harga nya murah gilerrrsss ...

35 ml, cuma RM 65
ada untuk perempuan
dan ada gak untuk lelaki

ok, habis pasal perfume...

moh kita ke topik seterusnya........
.
.
.
Bismillahirrohmanirrohim..

maka, secara rasminya saya lancarkan
.
.
.
.
.

New Year Giveaway by Honeyonnee.Com


TEMPOH GIVEAWAY BERLANGSUNG : 
15 Disember - 15 Januari 2016 . 
Pemenang akan diumumkan dalam masa seminggu selepas tarikh tamat.

HADIAH : 2 BOTOL PERFUME DE'XANDRA 
untuk 2 pemenang bertuah 
(hadiah ini fully sponsored by AgenDe'xandra..hihihihi..tak berkaitan dengan pihak2 lain samada yang masih hiudp atau yang telah meninggal dunia....hihihi)


Syarat-syarat untuk join giveaway ini ialah ;
  1. Buat entri kat blog korang yang bertajuk "New year Giveaway By Honeyonnee.Com"
  2. Jangan lupa copy & paste poster atas tu kat entry korang hokey & LINK kan ke entry ini
  3. Lepas tu, korang buat satu short story/entry "Aku & Perfume" 
  4. Kemudian, korang [WAJIB] follow blog-blog ini : 

      5.   LIKE Facebook Page [ WAJIB]  :



     6. Ada Instagram ?? Follow IG ini :

MASHITAH_MAMAT
WERDA_PUTRAJAYA
DEXANDRABYCIKWANGI
SCHEETAH_HONEYONNEE
WERDA_OFFICIAL


     7.     Bila dah selesai semua di atas, sila TINGGALKAN URL ENTRY korang kat kotak komen
             ENTRY GIVEAWAY ini.
     8.     2 Pemenang akan di pilih secara random di random.org



(akan di update dari semasa ke semasa, hokey....hihihii)

Bye Bye Medela Freestyle



finally, tamatlah sudah khidmat Medela Freestyle ni kat aku & Humayraa...skang dah berpindak hak milik kat Ewa.....

Ewa jaga baik-baik tau...hehehe.

Sebenarnya aku sayang sangat tau nak jual ni, sebab aku jarang guna sepanjang breastfeed Humayraa dan memang dalam keadaan tip top lagi la..

Sebab apa jarang? Sebabnya, selepas aku lahirkan Humayraa, aku appply cuti tanpa gaji...so selama tu jugak la, aku tak ada pam buat stok EBM ke apa...memang direct feeding ja...aku guna breast pump ni masa awal2 kelahiran Humayraa..konon2 nak buat stok, nak beli freezer bagai laaa.....kununnn nyerrr...

lama2 aku dah malas sebab senang kasi direct ja haaa...hehehehee...

since dia dah besar, dah kurang menyusu, dan aku pun tak pam kat office walaupun skang dah masuk keje, so apa lagi... aku pikir, baik aku let go je la Medela Freestyle ni.....

esok2 kalau tetiba ter mengandung lagi, beli lain pulak la..hahahahahaha (yo yo je la haku kannnnn....)

mudah-mudahan la noh...sama2 doa semoga dimurahlan rezeki....

walaupun aku tak tau la time tu berapa hengget...harap2 tak naik harga giler2...

kalau tak, aku guna marmet je la...kakakakakkaka....

apa pun, breast pump medela freestyle memang terbaekkkk... !!

Perfume De'Xandra Sebijik Perfume Ori



camna aku boleh kenal perfume dexandra nih?

semua pasal Grand Opening Butik W E R D A

masa tu aku dapat goodies bag...
dalam tu ada macam2 gift termasuk tester perfume..mula2 aku tgk, tak dak apa feel pon sebab aku assume perfume yang bukan beli kat butik, tak best..

sekali malam tu, aku test la bau dia.....
perrrggghhhhhh, wangi semerbak dan aku sangattt suka bau dia...
aku nih memang cerewet dengan bau perfume..bkn cerewet sebab memilih yang mahal...tapi sebab, mudah pening..
aku perasan sejak aku pregnant anak sulung...memang aku tak boleh bau perfume yang strong sangat.....nak muntah pon hado...terukk kann..hahahahha..

so, bila aku dapat je bau De'xandra Chanel Change, jatuh cinta beb...

oleh sebab dorang claim De'Xandra ni 99% sama macam original punya, so aku test beli De'Xandra VERSACE Bright Crystal.....sebab upline Shaklee aku ada kasi hadiah VERSACE Bright Crystal yang original punya...dalam botol cute..dan aku memang suka bau dia..soft jer...yang penting, tak peningkan kepala aku yang dah sedia pening sokmo..hahahaha


test la versi De'Xandra....memang sebijik smma bau dia....jimat duit aku.....lepas ni De'Xandra je la pilihan perfume aku..

no more perfume mahal...hihihihi...

korang nak cuba, boleh la ke blog www.agendexandra.blogspot.com


sebotol 35ml cuma RM 65 (wm) / RM 70 (em)

memang tak rugi beli..... berbaloi-baloi ..


Kisah Orang Menang, Buku Saiful Nang

Fuhhh, lama dah aku mengidam buku Saiful Nang nih...Kisah Orang Menang

masa buku ni keluar, banyak testimoni dan review drp readers yang buku ni mesti beli..

lagi la aku ketaq nakkan buku ni...cari sana sini, tak dapat..... (cari kat kedai basikal, memang ler tak der..ahakzzzz)

bila dah susah nau nak dapat, aku pon terus lupa..sampai la awal bln 11 hari tu,....

siap dapat autograf SN lagi tau....happy gilerrrr...hahahaahaha





terima kasih SN. hihihihi...

Maafkan Aku !

Dalam komuniti yang ramai, kadang-kadang kita kene sensitif dengan perasaan orang.......
jangan sesekali buatkan orang lain terasa dengan kita.....

ada yang kata, 'kadang aku kurang sensitif dan tak tahu orang terasa ke tak dengan aku'....

yang ni perlu ubah.... mula lah untuk sensitif dengan keadaan sekeliling..

setiap hari, belajar benda baru......hari ini lebih baik katanya...

harap-harap tak ada orang terasa hati dengan aku...hihihi

kalau ada, aku minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut yea...

Jus Lemon Untuk Elak Kucing Cakar Perabot


pix : google

ramai tak yang ada kucing kesayangan??
kucing korang mesti aktif kan..mesti ada jugak yang suka cakar something...

paling scary bila kucing kesayangan kita cakar sofa yang baru beli semalam...atau cakar langsir yang tempah hampir RM 5000 ....hihihi
sayang jugak kalau sofa atau langsir koyak rabak akibat dicakar kucing kan.

untuk elakkan kucing jadikan perabot sebagai sasaran mencakar, guna petua ini...

masukkan campuran jus lemon dan air dalam botol semburan. sembur pada perabot. bau lemon akan menjauhkan kucing dari perabot korang

Buat Masker Untuk Rawat Sunburn

Sabtu lepas, husband saya ada pertandingan bola sepak kat Penang...dari pagi sampai petang...
balik rumah, muka hangus terbakar - gelap dah muka..sampai Humayraa pun takut nak dekat ngan abah..dah tak kenal ke apa...hihihi

pergi keje pun, orang terkejut tengok muka dah gelap gelita...kihkihkih

mujur si isterinya nih pengguna setia produk Shaklee,..dan dan tu gak nak buat masker.....

hambik kauuuu., tak memasal kene pakai masker....hehehee

so, guna sahaja vitamin yang ada dah kat rumah..tak payah pi beli tomato ka, timun ka, yogurt ka ...

bancuh je bahan2 di bawah;

(+) 1/2 ESP
(+) 1 capsule Vitamin E (potong hujung sikit dan picit masuk mangkuk.sarungnya, boleh buang.hihi)
(+) 1 biji Alfalfa Shaklee
(+) Nutriwhite Softener sikit jer
(+) air suam sikit (kalo ada yogurt, buh yogurt asli tu)

#bukansayayangmainbolasepak



kena pakai lah konsisten, sekali sehari pun ok dah...
pakai masker setiap malam sampai hilang sunburn tu...InshaAllah...

yang penting selamat dan semulajadi... (^__^)

Rumah Bertam Putra Dah Siap


Last week balik Penang, mak mertua ada operation buang sebelah buang pinggang.
Alhamdulillah, operation tu berjaya. Sekarang masih di Hospital P.Pinang..

Grand Opening WERDA by Rumah Pengasih Warga Prihatin di Bangi Sentral

19 Oktober 2015 yang lepas, Rumah Pengasih Warga Prihatin melancarkan projek baru dorang

W E R D A

produk pertama, 

tudung labuh untuk wanita muslimah dan juga tudung kanak-kanak

WERDA SOFIA - tudung labuh untuk wanita
WERDA AYUNI - tudung untuk kanak-kanak

sangat comel tau..saya sempat beli sehelai WERDA AYUNI untuk Auni...memang comel sgt bila dia pakai..
sejuk perut, sejuk mata memandang bila tengok dia bertudung....

npelan-pelan nak ajar dia pakai tudung, didik dari kecik lagi..walaupun kadang-kadang dia suka tanggalkan tudung dia tak kira dimana..hihihi

tudung labuh keluaran WERDA memang sangat halus jahitannya..kain pun elok,sejuk dan terletak elok je bila pakai.
yang penting, tak melekap terutama bahagian dada..

dan best lagi, boleh buat sebagai telekung solat..just tanggalkan pink di bahu, dan jatuhkan, jadi lah telekung solat...

kalau korang nak beli, boleh jugak beli secara online kat butik online ini






sempat bergambar dengan orang kuat Warga Prihatin 

Ayah Masjuki
Ustaz Shauqi & isteri
Tuan Saiful Nang
dan keluarga Warga Faizworld



say W



special packaging , khas utk grand opening sahaja..



hai Humayraa...






wefie la pulak kann..
bersama keluarga Warga Faizworld



Auni dengan WERDA AYUNI 



amboi, siap masuk instagram WERDA_OFFICIAL tuuu..hihi




Clearance Sale Buy 1 Get Free 1



Clearance Sale

*sementara stok masih ada

Fuyooo !!! Giveaway by Mama Darwiish


klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog  : http://mamadarwiish.blogspot.my/ http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/ http://unclezuan.com/ http://mrspuex.blogspot.my/ http://mekzumbie.blogspot.my/ http://www.hafizhafizol.my/ http://aderakukeysah.blogspot.my/ Follow G+ :  : Khalid Kyle Blurrydino
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :

Keputusan Merdeka Giveaway By HoneyOnnee.Com

Assalamualaikum....maaf sebab lambat pulak saya umumkan pemenang Merdeka Giveaway By HoneyOnee.Com ni....hihihihih



Saya pilih pemenang randomly di random.org

Giveaway ni saya buat 2 kategori, Blogger & Facebooker... terima kasih untuk semuaaaa sahabat blogger dan facebooker yang sudi memeriahkan giveaway ni walaupun hadiahnya biasa-biasa ajer..hihihi....thanx for ur support....jangan serik untuk join lagi giveaway yang bakal menyusul nanti yea...sayang korang..

okey, skang masa untuk umum pememang bertuah ..

Kategori Blogger : No. 48  Along Polimas

Kategori Facebooker : No. 3 Wardah Rashid


TAHNIAH !!

kepada pemenang, boleh hubungi saya, melalui whatsapp/telegram 019.3121609 atau Private Message di facebook personal saya, Mashitah Mamat

untuk claim hadiah

sertakan

Nama
Alamat Penghantaran
No. HP
Kategori


Keputusan Pemenang Merdeka Giveaway By Honeyonnee Kategori Blogger



Terima Kasih..

Salam Aidiladha 

(^___^)



Kelas Blog (Basic) #4 di Faizworld Training Centre, Bangi


Assalamualaikum..

Hari ini orang lain semua berpusu-pusu balik kampung, sebab esok Aidiladha...tapi saya dan Kay, sibuk buat kelas blog..hahahha..

korang tak der kampung eyh? ke korang tak sambut raya haji....? tak wat korban ke tahun ni? hahahahaha..... (soalan-soalan cepumas itu utk kami..wiiiwiiiweee)

Misi Cari Duit Poket

Alhamdulillah....apa yang dirancang, terlaksana hari ini..sebelum ni saya selalu buat kelas blog, kelas coaching, kelas itu ini kat Faizworld Training Centre je..

kali ni, kita ubah dan fokus pada small grup...sesi coaching santai di rumah saya ajer...

sambil minum petang ..

semua nak cari side income,...dapat cover kos pampers anak, kos petrol pergi balik kerja, kos makan di pejabat, kos nursery anak pun dah ok kan..

itu yang cuba saya tunjukkan cara , bagaimana nak buat...hanya secara online ,melalui bisnes Shaklee.....

good luck utk semua sahabat2 MegaMillionaire...

bekerja dalam jemaah, itu lebih baik...inshaAllah..


Tamat Merdeka Giveaway By HoneyOnnee.Com


MERDEKA GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM ~ TAMAT ~


Alhamdulillah, 15 Sept 2015 dah tamat tempoh giveaway ini...tunggu result nya dalam masa seminggu okey..hihihi.

tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!!!

dan nantikan kemunculan giveaway seterusnya .... InshaAllah...


Petua Halau Lalat Guna Apa Yang Ada Di Dapur

tengah scroll newsfeed facebook, terjumpa petua yang bagus nih..

aku belom try lagi la...tp nak beelongsi dengan semua...

nanti kita try buat sama-sama...

kalau betol berkesan, molek lah sangat untuk pengusaha-pengusaha kedai makan gunakan petua semulajadi nih, tanpa modal besar...

sumber pix : Facebook MiUdang JB

Mak Vs Ayah

hahahahaha..hanya hiburan walaupun ia benar-benar terjadi.....

alhamdulillah, encik suami sangat memahami..dia yang kadang tolong siapkan anak2 bila kami nak keluar...

tenkiu B....

Antara Analogi Kejadian Fitnah

masa kursus induksi tahun 2010 kt kedah, ada kami main 1 game....

game ni, banyak grup..

de dlm 7,8 org kot dlm 1 grup..lupa dah exact total..

lps tu, beratur panjang.

orang paling depan, dapat 1 gambar, dan setiap orang kene sampaikan isi gambaf tu kepad semua orang dlm grup dengan tunjuk aksi....no word, shut our mouth...
hanya aksi..hehehe

yg paling depan, dah dpt ~ keldai

jenuh la kawan2 aku buat gaya mcm2 nk bg faham....macam2 teka, x der satu pon yang betol...

sampai ke orang last, nak tau apa jawapan dia???

KERBAU PENDEK....kaakakaaka

jauhhhh beza dengan keldai..hahahahaha

nampak tak impak kalau dengar2 atau dapat sumber dr sumber y tak sahih..

begini lah cara fitnah terjadi.

cerita sebenar lain..cerita yang disampaikan dah lain...10 org dpt, 10 org punya cerita y berbeza....

yang menyampaikan pulak, ..dah la tak faham.....main agak2 je...

tgk la apa akibatnya..maka lahirlah, KERBAU PENDEK..

adoii, lawak kalo ingt balik...

kikiki

sahabat2 induksi, sape ingt story nih....??? kihkihkihkih..

#throwback
#induksi

Nak Baby Comel Tak??

selalu orang cakap, kalau nak baby comel, cute, selalu2 lah tengok yang indah2 ...

ada orang, selalu tengok Shah Rukh Khan....erkk..hahaha

ada orang, gantung setiap penjuru rumah dia ngan gambar si suami...sebab suami handsome....ko rasa??

yang paling tak boleh blah, bila terrr tengok 'bende buruk', laju je palingkan muka.....~ ko ingat tak ada ke?? ada lahh.... hihihi

nah la untuk korang...tatap puas2 muka gugurl nih...cute gilerrr...

aiiiiiiii, gerammm..

sumber gambar cute ni drp Facebook Nakbebel... tq

Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi”


Sempat gak aku join giveaway best nih...hadiah cekelat wei..sedapnya...

Coklat ~ penawar stress..betol ker? Hihihihihi.

Kalau aku, YES, cekelat boleh buat aku tenang.....

Yummmmmmmie....

Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka Di Keramat, KL

Ahad lepas, tetiba ter plan nak bawak Onnee & Humayraa jalan-jalan...

Port Dickson?
Goald Coast Sepang?

oleh sebab dah tengahari, akhirnya kitorang decided pegi Zoo Negara je...bawak tengok burung...hahahaha....

macam biasalah, tengahari aku, jam 3 petang...
bayangkan dari Putrajaya nak ke KL, lalu pulak MRR2, agak2 pukul berapa nak sampai zoo?

kitorang sampai, zoo pun dah nak tutup..kihkihkih...elokk la sangat kan...awal2 pagi tak terpikir nak berjalan...kalau ikutkan aku nih, lebih suka duk rumah,..... errkkk..

tapi memandangkan anak-anak yang selalu terperap je , nak la bagi dorang lihat dunia luar...nak kenalkan dorang segala jenis binatang, kononya...kang tak memasal anak aku tak kenal  apa itu ular...apa itu harimau...... apa itu ayam..apa itu buaya......

boleh tengok ke'jakun'an Onnee tu...lagi2 bila balik kampung..nampak lembu je melompat-lompat seronok...datang dekat, menangis melalak...aku pun tak faham...hahahaa...
so, untuk mengelakkan Onnee terkulat-kulat di kemudian hari, moh kita ajaq dia mengenali jenis haiwan....namun, sayang sekali...zoo dah nak tutup..so, tak dapat masuk....dah tak tahu nak pergi mana....
.
.
.
.
.
.
.
cam lapar lak ~ pegi makan je lah...
.
.
akhirnya, kitorang sampai di Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka...
.
.
.
2x aku kesini, aku hanya makan steak..

beef steak
atau
lamb steak

sebelum ni aku try beef steak..so, kali ni aku try grill lamb steak lak...perut dah berkeroncong, tetiba je kan..walhal aku dah melantak nasi dulu tadi sebelim keluar rumah.....ohemmgeee. !!


sampai je, kami terus ke dalam restoran tu, ada aircond..sedap la sikit kan nak bergomol dengan Humayraa nanti..tak la berpeluh.....walaupun jarak antara setiap meja sempit giler..hihihi..
kalau yang agak berisi tu, haih la..memang kene duduk meja luar je la... eheehehe...
aku tak kutuk tau..aku cakap bende yang betol nih....huhuhu

jom selfie dulu.....hihihihi



ok2, dah duduk, apa lagi.order la makan..perut dah bergendang dang dang mintak diisi....

jus epal
jus oren
hot cafe latte ~ of course for me, coffee lover
grill lamb steak
mix grill steak utk encik husband
spageti untuk Onnee ~ dia pilih sendiri
dan fries semangkuk...
.
.
.
.
.
tambah lagi semangkuk fries sebab Onnee dan Humayraa berebut....adeihhh...
lepas makan, dah kenyang...


grill lamb steak sedap di keramat, kuala lumpur

mix grill steak sedap dan murah di KL


komen aku??
sedapp wehhh...
dengan harga yang murah dalam RM15 - RM 20 setiap set, aku rasa berbaloi lah...memang sedap..... rasa nak tambah lagi jerr....hihihihi
tapi dah kenyang sebab aku 'terpaksarela' habiskan spageti Onnee..hahahaha..sukerrrrr !!
.
.
.

fiske steak house asam pedas melaka

fiske steak house asam pedas melaka

cuba korang tengok, betul kan aku cakap...jarak antara meja tu, bape sentimeter je ha....aku yang selim melim ni pun, (sambil dukung Humayraa), seksa sikit la nk berjalan kat tengah-tengah tu..hehehhe..

kalau korang nak cuba steak sedap dan murah, ni lah antara restoran yang aku suggest..kalau nak sedap lagi, peri menate la kan.......jangan lak di compare dengan fiske steakhouse nih.....

padan dengan harga lah...

jangan lupa cuba tau....... (^__^)

steakhouse ni jugak ada jual segala macam jenis dessert.., kek dan cookies....nampak macam sedap....sebab ~ dorang hias meja dessert tu dengan meriahnya....

nampak belon merah tu? hurmmm, kakak Onnee dah tak sabar nak dapatkan......RM 5 hengget hokeyy..adoi...pitams mama...........











dah kenyang
dah bayar
dah dapat belon, 
balik lahhhh..apa lagi tunggu !



sampai rumah, turun kereta, belon tu terlepas ke udara..

apa nak buat nak oiii..tak der rezeki..biarlah belon tu terbang bersama-sama burung..jenuh pulak aku nak memujuk........

sampai rumah, siap mandi, intai ikut tingkap, nak tengok belon yang dah terbang dibawa angin lalu tadi.......dengan muka yang kecewa...hai lah kakak Onnee.saje buat mama tersentap kan...

esoknya abah beli sebungkus belon..haa, ambik...hihihi...