Resipi Smoothies Sihat Untuk Anak

Resipi #1 : Jus Kurma (makanan sunnah & sangat digalakkan buat ibu hamil)



Bahan A
4-5 biji kurma (ikut selera masing-masing)
200ml susu rendah lemak

Bahan B
150 ml yogurt asli
1 sudu besar Meal Shakes ( untuk dewasa) / 1 sudu kecil Meal Shakes (untuk kanak-kanak)
Kuib ais

Langkah-langkah

1. Masukkan Bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut.
2. kemudian tuang Bahan B dan masukkan kiub ais, kisar sekali lagi.
3. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim.
4. Siap untuk dihidangkan.


Resipi #2 : Carrot Smoothies

google

Bahan A
2 biji lobak merah,dikupas dan dihiris
200ml susu rendah lemak

Bahan B
150 ml yogurt asli
1 sudu besar Meal Shakes ( untuk dewasa) / 1 sudu kecil Meal Shakes (untuk kanak-kanak)
Kuib ais

Langkah-langkah
1. Masukkan Bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut.
2. kemudian tuang Bahan B dan masukkan kiub ais, kisar sekali lagi.
3. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim.
4. Siap untuk dihidangkan.

Resipi #3 : Strawberry Smoothies

google

Bahan A
4-5 biji strawberry (ikut selera masing-masing)
200ml susu rendah lemak

Bahan B
150 ml yogurt asli
1 sudu besar Meal Shakes ( untuk dewasa) / 1 sudu kecil Meal Shakes (untuk kanak-kanak)
Kuib ais

Langkah-langkah :-
1. Masukkan Bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut.
2. kemudian tuang Bahan B dan masukkan kiub ais, kisar sekali lagi.
3. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim.
4. Siap untuk dihidangkan.

ok, resipi ni boleh ubah-ubah, tak kesah nak guna buah-buahan apa, ikut selera masing-masing..... kaedah dan cara, boleh follow jer langkah-langkah di atas....

Cara Buat Aiskrim Di Rumah


Sebab ramai sangat nak tau macam mana nak buat homemade ice cream ni, nah resepinya!!

Credit to : Raja Nor Fadhilah. Tengkiu dila!!!

Bahan2 :
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat (sy kurangkan 1 sudu besar)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh esen vanilla

Pukul sampai kembang (dlm 20minit). Dah kembang boleh masukkan :

1 sudu ESP
1 sudu MEAL SHAKES


8-10bj strawberi (potong dadu. Simpan sikit utk hiasan atas)

Pukul lg dlm 5 minit. Pastu boleh la isi masuk bekas. Buat layer by layer. Layer dgn sirap choc & sirap strawberry.

Dah siap, boleh ler keraskan.

Dijamin sedap dan menjadi kegemaran anak2 & mak budak. Hehehe

Ok, selamat mencuba!!!

*bleh cuba gantikan strawberry n choc ni dgn biskut oreo

Sumber : FB Gha




Cara Beri Susu Ibu Yang Dibekukan Kepada Bayi

Langkah 1 :

- bagi ibu bekerjaya, seeloknya sebelum tidur, keluarkan beberapa botol susu/breastmilk storage bag dan letakkan di bahagian bawah peti supaya susu cair pada keesokan harinya ( jumlah botol mengikut kesesuaian dengan jumlah keperluan bayi untuk sehari di nursery/rumah pengasuh)
- boleh juga alirkan air paip pada botol susu/breastmilk storage bag untuk cairkan susu beku


Langkah 2 : 

-  susu yang telah cair, masukkan dalam cooler bag bagi memastikan suhu susu perahan tadi stabil ( sementara nak tiba di nursery/rumah pengasuh)
- anda boleh tandakan dengan nombor, botol/breastmilk storage bag mana yang patut guna terlebih dahulu. 
- Tips : gunakan susu perahan yang lama disimpan dalam freezer (pastikan label tarikh dan masa pada botol susu )

Langkah 3 :

- langkah seterusnya, pengasuh yang harus tahu bagaimana hendak handle susu ibu perahan untuk diberikan kepada bayi. 
- tuang susu ke dalam botol susu terlebih dahulu.


Langkah 4 :

- rendam botol susu tadi dalam sebekas air panas dengan suhu yang sesuai atau gunakan warmer. 
- susu yang hendak dipanaskan adalah jumlah yang sesuai untuk sekali penyusuan bayi supaya tidak membazir
- jangan sesekali memanaskan susu ibu beku/sejuk dengan cara mendidihkannya dalam periuk, microwave atau alat pemanas lain yang tidak sesuai. Ini boleh menyebabkan nutrisi susu ibu perahan hilang.
- Ingat ! Susu ibu yang telah dipanaskan , tidak boleh disimpan lagi.

Langkah 5 :

- sebelum berikan pada bayi, uji dulu suhu susu ibu yang dipanaskan tadi di belakang tangan anda. Ini adalah untuk mengelakkan mulut bayi melecur.

Langkah 6 : 

- berikan susu ibu secara perlahan dan sabar agar bayi tidak tersedak. Pengasuh harus memantau bayi ketika bayi sedang menyusu.
- berikan juga masa bayi berehat seketika sebelum meneruskan penyusuan agar tidak tersedak.



PERKARA YANG DILARANG ;
  1. Jangan panaskan susu dalam air mendidih dalam kuali, periuk dan microwave.
  2. Jangan gunakan susu yang telah dipanaskan selepas 24 jam dan mesti dibuang jika tidak habis
  3. Jangan tinggalkan bayi bersendirian ketika menyusu botol
  4. Pastikan botol susu tertutup semasa dipanaskan.

Sumber Rujukan :

Susu Ibu atau Susu Formula?