Pakai Tudung Ikut Trend Atau Suruhan Allah?




salah satu topik yg ustaz share semalam

kenapa wanita pakai tudung??

sape suruh??

cikgu suruh? mak ayah suruh? ustaz/ustazah suruh??

tak, Allah suruh..

dia tanya balik... mana Allah suruh??

ada dalam Alquran, Ustaz.

mana??

tak tahu...tak tahu pon kat mana Allah suruh..

nah, ayat ini utk sahabat2 wanita/perempuan Muslim

buat suruhan Allah, bukan sebab ustaz/ustazah/makayah suruh atau ikut trend...orang pakai, dia pon pakai tudung..tp tak ikut btl2 apa yg Allah suruh....... (sentap i tang ni...pakai tudung sebab ikut trend..belit sana..belit sini...pin sana..pin sini..hehehehe)

" buat lah sebab ALlah yang suruh...", rujuk ayat 👇👇👇👇👇👇👇

Surah 24, Ayat 31
……………………………

An-NÅ«r:31 - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

MOMMY'SIGNATURES 1ST GIVEAWAY BY EYRASAHA

Assalamualaikum...
Makin rancak pulak aku join giveaway sejak dua tiga menjak ni..heheh
Bukan apa, nak support kawan-kawan blogger



Tapi Giveaway kali ni, memang aku suka
3 sebab kenapa aku excited dengan giveaway nih

sebab 1 : hadiah dia, makanan - coklat lak tu..hobi aku kan suka makan...muahahaha
sebab 2 : syarat-syarat nya mudah ..pejam mata je siappp ! hihihihi 
sebab 3 :  memang tak ada kat giveway lain ...jeng jeng..
ni pengadil/juri untuk giveaway nih......

hahahah, comel je kan pengadil/juri


Antara hadiahnya ialah :

Pemenang pertama : 4 Jars of Baby Krispie Milk Choco
Pemenang Kedua : 3 Jars Baby Krispie Milk Choco
Pemenang ketiga : Topup Bernilai RM 10.60 mehehe


yummmmmieeee !!

korang nak join jugak ke giveaway nih?? klik banner kat atas tu ( paling atas tu haa.... )

ok, good luck hokeyy !!


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Pertama Sayang!!!

1.55am , 2 Jun 2015

genap 1 tahun kelahiranmu, Nur Humayraa Nadra binti Muhamad Hamdi

maka masih berbaki 1 tahun untuk mama menyempurnakan misi penyusuan , sebagaimana suruhan Allah swt dalam surah Al-Baqarah , ayat 233.

…………………………………

Al-Baqarah:233 - Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


Dress Baru Kakak Onnee Hasil Tangan Mama

Akhirnya, siap juga dress kakak Onnee, khas untuk majlis National Conference Shaklee , Sabtu ni...

kakak Onnee suka sangatttt !!!

mama pun happy bila kakak Onnee excited dapat dress baru....

Alhamdulillah !!

lepas ni makin rancak la mama menjahit baju kakak dan adik.

mama dah addict bila hasilnya sebegini, walaupun jahitan masih kurang kemas....hehehehe




Hadiah mama untuk kakak Onnee ....