Senarai Peserta New Year Giveaway by HoneyOnnee.Com



http://www.honeyonnee.com/2015/12/new-year-giveaway-by-honeyonnee.html SENARAI PESERTA NEW YEAR GIVEAWAY by HONEYONNEE.COM

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 
15 JAN 2016 | 11.59 MALAM 


KAISON : pencinta hiasan rumah boleh lepak sini sampai pengsan

KAISON pertama yang aku jejak, KAISON FESTIVAL CITY kat Setapak....masa tu memang duk tergedik-gedik tak menyabor nak pegi bila aku baca update rakan-rakan bloggers....hahahaha
Excited beb ! Excited oooo..

Dan siang tadi, lagi sekali aku jumpa Kaison, di Sunway Putra Mall KL , depan PWTC ...

mall ni baru jer siap renovate awal 2015 baru ni kalau tak salah aku........
tadi kali pertama aku jejak selepas dah bertukar wajah baru...tak sangka ada Kaison dalam Sunway Putra Mall tu...dannn paling best, dekat ngan office aku...hahahhahhahh...


Nampak tak ke mana tempat "buang masa" aku setiap Jumaat selepas ni?? lalalalalalalalala....


Bos Lelaki VS Staf Wanita

gambar sekadar hiasan, pinjam dari mr google

Kat mana-mana organisasi atau syarikat, staf wanita ada di mana-mana....yang bujang, mak budak, nenek budak, semua ada ...

dan semestinya ada bos ..dan bos itu pulak adalah seorang lelaki...

dalam kategori bos ni pulak, ada yang bagus dan ada yang ...errrrmmm, kureng...hihihi

syukur pada Allah, selama aku bekerja nih, semua bos aku adalah lelaki dan semuanya, OK..

tapi tak semua orang bernasib baik macam aku......cewwaahh..(kipas nombor berapa ni haa?..kakakak)
....ada jugak yang dapat bos macam..............( sila sambung sendiri....sebab aku taknak sebut perkataan yang kurang elok...) kihkihkih..

entry aku nih, bukan nak hentam golongan bos lelaki..cuma aku nak dorang ni faham situasi staf wanita, terutama yang dah berkahwin dan sedang dalam fasa 'membesarkan' keluarga...

"membesarkan keluarga" - merujuk kepada seorang ibu muda yang sedang dalam tempoh hamil, berpantang, menyusukan anak dan menjaga anak-anak yang masih kecil.

sebelum korang jadi bos, korang mesti buat persediaan mental dan fizikal dalam menangani isu-isu mendatang....hahahahah
ala, korang yang jadi bos ni, bukannya tak ada anak isteri kan..sure korang faham punya...kalau tak faham jugak, tak tau la aku nak cakap camna....sometimes, bos bujang lagi memahami...hihihihi

10 perkara yang bos lelaki perlu tahu jika staf wanita hamil

1. alami loya, pening, lemah tubuh badan dan tidak mampu bekerja dengan sempurna
2. keadaan kehamilan yang berbeza-beza setiap wanita, ada yang sihat, segar bugar tanpa alami walau sedikit pun gejala morning sickness dan ada yang terlantar di rumah atau di hospital akibat alahan yang sangat teruk
3. akan ada wanita hamil yang sentiasa keluar masuk hospital dan anda akan sentiasa dapat MC (sijil cuti sakit) ..hihihihi
4. bersedia dan alert yang staf anda bakal bercuti bersalin selama 2 atau 3 bulan
5.anda akan terima call/whatsapp/telegram "bos, saya tak dapat masuk kerja hari ni, alahan teruk dan tak larat, tak boleh bangun " ...
6. anda juga akan terima call/whatsapp/telegram ~ 'bos, saya masuk office lambat sikit, morning sickness teruk pagi ni...'..huhuhu
7. anda call atau mencari staff anda di meja kerja nya, tapi tak ada...rupanya dalam toilet, tengah muntah2...atau rupanya, dia rehat/baring/tidur di surau sebab pening dan lemah tubuh badan...atau pon ~ di bawah mejanya sendiri sambil memegang tong sampah , standby nak muntah.. hahahaaha
8. ada wanita hamil, yang tak boleh buat kerja dengan alasan, " saya nak muntah dan pening ngadap komputer.' ---- ya, ini benar-benar terjadi..bukan alasan yang dicipta untuk elak buat kerja... kihkihkihkih
9. jangan terasa hati jika tiba-tiba staf wanita anda tutup hidung atau nak muntah semasa mengadap anda..mungkin kerana dia tak dapat tahan bau perfume anda...wanita hamil sensitif dengan bau-bauan....
10. jangan assume staf anda akan tiba ke bilik anda sepantas kilat apabila dipanggil masuk mengadap ...hahaahhaah ( pergerakan ibu hamil terutama yang tengah sarat sangat selow melow....kannn)


10 perkara yang bos lelaki perlu tahu jika staf wanita sudah masuk kerja selepas bersalin

1. kerap hilang dari workstation untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu ~ pam susu untuk bekalan bayi di nursery (bos2 seme, please la sokong usaha murni si ibu untuk menyusukan bayi mereka at least 2 tahun)
ini adalah suruhan Allah jugak..anda jugak turut dapat saham akhirat jika memahami kami...betul tak?? hihihi
2.  ibu-ibu tak mintak disediakan bilik khusus ber aircond untuk memudahkan urusan pam susu, asal dapat tempat yang privacy , pun dah ok...ada sesetengah syarikat (tak semua yea), ibu-ibu terpaksa 'menunaikan tanggungjawab' dalam toilet.. Allahuakbar...sedih bila saya dengar kisah mereka.
3. anda boleh berbincang dengan staff anda jika kurang senang dengan aktivitinya hingga mengganggu kerja. isu ini kene sama-sama discuss..janganlah mengumpat kat belakang..takkan setel punya ....ibu-ibu pulak janganlah ambil kesempatan atas peluang yang diberi..pastikan kerja-kerja yang diamanahkan, siap tepat pada masanya.
4. staf anda akan kerap cuti jika anak demam atau tidak sihat
5. staf anda akan masuk lambat atau balik awal kerana nak bawak anak buat medical check-up bulanan ..terutama di 2 tahun pertama selepas melahirkan bayi......
6. anda akan terima call/whatsapp/telegram ~ bos, saya "emergency leave" hari ni ..hihi
7. staff anda mungkin sambung bercuti (cuti tanpa gaji) selepas habis cuti bersalin untuk menjaga bayi yang baru lahir , atas sebab-sebab kesihatan (perlu budi bicara bos..semoga bos2 kat malaysia ni memahami..hihihi)
8. anak2 terutama yang breastfeed dengan ibu dia, dah macam pizza....cheese dengan doh melekap...
macam kanggaroo pun ada...cuma tak der poket je..kalau boleh, baby nih nak melekap je ngan mak dia 24 jam...so, kalau tetiba ada staf wanita yang tak nak keluar pergi outstation, silalah faham. kecuali, tugasan itu tak ada orang lain yang boleh handle..nak tak nak, kene lah jugak pergi kan..kali nih, si ibu tadi terpaksa lah tinggalkan bayinya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.
9. jangan paksa-paksa minta buat kerja overtime kalau kerja itu kurang penting, for sure mommies akan menolak dan tak nak buat OT. masa cuti, masa untuk bayinya....hal kerja, tinggal kat pejabat hokey...
10. tetiba ada dengar suara bayi menangis kat pejabat ~ staf anda bawa bayinya datang pejabat kerana pengasuh bercuti....ahhahaha...ini biasa terjadi....pengasuh balik kampung, pengasuh tak sihat, nursery tutup.... BOSS, bersabarlah dan sentiasa bertolak ansur dengan staf wanita anda...

isu-isu ini adalah isu yang remeh jer......disinilah pentingnya komunikasi....boss faham situasi staff , staf pula mesti faham situasi dan tanggungjawab sebagai pekerja..jangan jadikan "kesitimewaan" korang untuk ambil kesempatan nak mengelat... tak baik tau...
Allah kan ada...
Allah sentiasa melihat apa yang kita buat setiap saat, setiap masa.....
.. hihihihi

bos adalah pengatur kita di pejabat, staf adalah tunggak kejayaan sesuatu organisasi...sama-sama saling memerlukan....setiap apa yang kita nak dan laksanakan, beritahu boss...supaya orang lain tahu apa kita buat agar tidak menimbulkan sangka buruk.. manusia nih, lebih cenderung bersangka buruk berbanding sangka baik...itu lumrah.... ke guana???

entry ini, sekadar pandangan, pengalaman saya dan kawan-kawan.....bos, pekerja, sama-sama saling memerlukan... simbiosis !!

korang macam mana pulak???

New Year Giveaway By HoneyOnnee.Com

http://www.honeyonnee.com/2015/12/new-year-giveaway-by-honeyonnee.html
(klik gambar untuk join giveaway)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua !!

Jeng jeng jeng....lagi giveaway by honeyonnee.com..hihihi
hadiah kali nih best dan best dan sangat best yang memang best.....

errrmmmm, wangiiiiiii!!

Perfume De'xandra

produk bumiputera, inspirasi daripada perfume original yang popular dan digemari rakyat Malaysia...
sebelum ni, kalau nak perfume ori, sure kene beli yang harga beratus ringgit, baru dapat bau yang sedap dan wangi ssssangattt kan.....
tapi sekarang, korang tak perlu dah bazirkan duit beli perfume mahal, sebab De'Xandra boleh bagi korang bau yang sama dengan perfume feveret korang tau...
tapiiii

harga nya murah gilerrrsss ...

35 ml, cuma RM 65
ada untuk perempuan
dan ada gak untuk lelaki

ok, habis pasal perfume...

moh kita ke topik seterusnya........
.
.
.
Bismillahirrohmanirrohim..

maka, secara rasminya saya lancarkan
.
.
.
.
.

New Year Giveaway by Honeyonnee.Com


TEMPOH GIVEAWAY BERLANGSUNG : 
15 Disember - 15 Januari 2016 . 
Pemenang akan diumumkan dalam masa seminggu selepas tarikh tamat.

HADIAH : 2 BOTOL PERFUME DE'XANDRA 
untuk 2 pemenang bertuah 
(hadiah ini fully sponsored by AgenDe'xandra..hihihihi..tak berkaitan dengan pihak2 lain samada yang masih hiudp atau yang telah meninggal dunia....hihihi)


Syarat-syarat untuk join giveaway ini ialah ;
  1. Buat entri kat blog korang yang bertajuk "New year Giveaway By Honeyonnee.Com"
  2. Jangan lupa copy & paste poster atas tu kat entry korang hokey & LINK kan ke entry ini
  3. Lepas tu, korang buat satu short story/entry "Aku & Perfume" 
  4. Kemudian, korang [WAJIB] follow blog-blog ini : 

      5.   LIKE Facebook Page [ WAJIB]  :



     6. Ada Instagram ?? Follow IG ini :

MASHITAH_MAMAT
WERDA_PUTRAJAYA
DEXANDRABYCIKWANGI
SCHEETAH_HONEYONNEE
WERDA_OFFICIAL


     7.     Bila dah selesai semua di atas, sila TINGGALKAN URL ENTRY korang kat kotak komen
             ENTRY GIVEAWAY ini.
     8.     2 Pemenang akan di pilih secara random di random.org



(akan di update dari semasa ke semasa, hokey....hihihii)

Bye Bye Medela Freestyle



finally, tamatlah sudah khidmat Medela Freestyle ni kat aku & Humayraa...skang dah berpindak hak milik kat Ewa.....

Ewa jaga baik-baik tau...hehehe.

Sebenarnya aku sayang sangat tau nak jual ni, sebab aku jarang guna sepanjang breastfeed Humayraa dan memang dalam keadaan tip top lagi la..

Sebab apa jarang? Sebabnya, selepas aku lahirkan Humayraa, aku appply cuti tanpa gaji...so selama tu jugak la, aku tak ada pam buat stok EBM ke apa...memang direct feeding ja...aku guna breast pump ni masa awal2 kelahiran Humayraa..konon2 nak buat stok, nak beli freezer bagai laaa.....kununnn nyerrr...

lama2 aku dah malas sebab senang kasi direct ja haaa...hehehehee...

since dia dah besar, dah kurang menyusu, dan aku pun tak pam kat office walaupun skang dah masuk keje, so apa lagi... aku pikir, baik aku let go je la Medela Freestyle ni.....

esok2 kalau tetiba ter mengandung lagi, beli lain pulak la..hahahahahaha (yo yo je la haku kannnnn....)

mudah-mudahan la noh...sama2 doa semoga dimurahlan rezeki....

walaupun aku tak tau la time tu berapa hengget...harap2 tak naik harga giler2...

kalau tak, aku guna marmet je la...kakakakakkaka....

apa pun, breast pump medela freestyle memang terbaekkkk... !!