Daftar Online Permohonan Kemasukan Sekolah Darjah 1 di Putrajaya & Selangor

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, hari ni selesai urusan daftar online permohonan kemasukan sekolah anak sulung aku. Pejam celik pejam celik, dah nak sekolah anak mama. Excited pulak mama bila bayangkan Onnee pakai seragam sekolah..
 
sweet & comel
Terima kasih jugak kat rakan FB aku. kerana status dia tempoh hari, aku tahu tentang permohonan online nih. Bagi ibu bapa yang sebaya lebih kurang anak aku, mesti isi form ni tau. Terbuka untuk kemasukan tahun 2017 & 2018. 
 
korang boleh klik link di bawah 
 
 
https://public.moe.gov.my
Permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 dan 2018 dah pun dibuka  dibuka pada 1 Mac 2016 hari tu. Tarikh tamat, tak ada pulak kasi tau.
 
 


untuk penggguna baru, korang kene daftar terlebih dahulu. klik pada icon warna merah, PENGGUNA BARU .
lepas tu, isi je la detail korang seperti yang diminta.senang jer.
No. K/P korang, emel  & password
lepas dah siap isi, nanti korang akan terima emel untuk CONFIRMATION. 
dah setel, masuk je macam biasa, klik DAFTAR MASUK
 
 korang klik mana-mana kotak yang berkenaan untuk mula isi form
   
 
 isi no MyKid anak , dan Maklumat Permohonan (jika lahir di Malaysia)
kalau lahir luar negara, kene lah isi lain-lain maklumat tu yea.


sebelum nak isi tu, make sure korang dah ready dengan detail berikut supaya smooth jer urusan korang nak isi form nanti.
antara maklumat yang diperlukan ialah:
  • No. MyKid anak yang nak didaftarkan sekolah tu ( bila dah isi no my kid ni, automatik akan keluar semua data yang dah link dengan Jabatan Pendaftaran Negara) senang !
  • No. K/P abahnya/penjaga
  • Alamat pejabat/majikan
  • No. HP
  • Emel
  • Gaji bulanan (aku isi gaji pokok jer..tang ni aku konpius.muahahaha)
  • No. K/P aku (mama nya la..hihihi)
  • No. HP
  • Emel
  • Gaji bulanan
  • Sekolah pilihan yang korang nak hantar anak korang (kenalpasti dulu sekolah mana korang nak hantar)
 
Maklumat Murid
Maklumat Penjaga
Maklumat Permohonan
Perakuan
 
 
klik ke empat-empat item di atas, semua kene isi tau .
ok, selesai !!

print atau save je salinan ni untuk rujukan kita. 

Alhamdulillah !!




0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa