Laksa Penang Bajet Tapi Sedap Di Makan



Laksa kering banyak kat rumah...so, terfikir nak buat laksa penang ..

Petang semalam, singgah pasar tani Putrajaya, beli daun kesum dan bunga kantan..2 bahan ni penting.kalau tak ada, bukan laksa penang nama dia..dan terpenting jugak,1 kg ikan selayang aka ikan sardin..hehehhehe

Seawal jam 9 pagi, aku dh masuk dapur..tapi keluarkan ikan dari peti ais dulu untuk defrost..hehehehe

Nak masak laksa penang, senang jer..tak susah mana..lagi2 laksa penang bajet..wakakka.

Maksud bajet bagi aku nih sebab tak semua bahan complete macam kat kedai jual..

Asalkan menjadi laksa penang aku tu, ok lahh...kennnn...

Bahan2 untuk laksa penang bajet aku ni ialah ;

10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Belacan bakar (lebih kurang saiz ibu jari jer..)
Cabai kering (aku guna cabai kering yang memang aku dah kisar siap)
2 batang bunga kantan (dibelah dua)
Daun kesum
Asam keping

Bahan hiasan/perasa :
Limau kasturi
Telur rebus
Bawang besar (hiris nipis)
Lada besar (hiris nipis)
Otak udang
Kicap

Cara masak :

Mula2 kene lah rebus ikan selayang tadi..aku rebus dengan garam dan asam keping..
Lepas dah siap, asingkan isi ikan dan blend sampai hancur...ada orang, tak suka hancur sangat...terpulang ..ikut sesedap tekak memasing..hehehehe

Sebelum tu, korang kisar bawang merah + bawang putih + belacan.
Masukkan semua bahan kisar tadi dalam 1 periuk berisi air.
Masukkan cabai kering yang dah kisar tu jugak.
Campak semua daun kesum, bunga kantan & asam keping. (Jumlah asam keping ni, pun aku main campak je...aku suka letak lebih sebab aku suka masam...hehehe)

Masak sampai mendidih..

Lepas tu, masukkan isi ikan yang dah blend tadi.
Biar sampai mendidih.
Jangan lupa tambah garam dan gula sesedap rasa. Gula tu jangan la buh banyak..kang jadi manis lak laksa korang...wakakakakak.

Aku guna laksa kering ja..rendam dan rebus..nak rendam semalaman pun tak per..so tak perlu rebus dah.jimat gas...hehehehehhe.



Dah siap..boleh lah hidang...

Sejak2 kahwin ngan orang utara, aku dah pandai makan laksa tambah kicap manis...mula2 nak cuba dulu, takut nak tambah..kot pelik rasanya..

Huh, sekali try...hari2 mauu.. wakakakka

Korang try la..konpem menjilat jari..

Contest LIKE, TAG, SHARE & WIN Perfume De'Xandra



Nak war-warkan kat korang yang belum tahu lagi.. Aku dah 2 bulan lebih jadi agen Perfume De'Xandra...

Dan hari ni, aku nak cari pahala lebih..nak hadiahkan korang 3 botol perfume
 Tapi ada syarat la..hahahahaha

Korang kene join contest ni..tapi contest ni sah kat Facebook sahaja. klik gambar kat atas tu untuk join ye.

Lepas tu, baca betul2 syarat2 contest tu..

senang jerrrrrr ! 

jangan lupa ajak kawan-kawan lain join sama.....hihihii

Good Luck !!

Telur Separuh Masak Pun Sodap !!

Telur separuh masak pon dia balun...
Spesis makan apa saje...tak pernah menolak..
Kakak onnee je memilih makanan..
Tu yang kurus melayang.....tak cukup nutrisi, kalau tengok dari gaya pemakanan dia..

dah paksa makan pun, tak mahu jugak..
Sebab tu bagi #multivitamin Shaklee...
topup mana2 nutrisi yang kurang.kalau mama dia nih tak yakin dengan suplemen, tak tahu apa jadi kat anak.. hahahaha.

Alhamdulillah, mudah jaga.sihat walafiat..semoga anak2 mama diberi kesihatan berpanjangan,boleh teman mama & abah sampai akhir hayat kami... InshaAllah

Tips Mengesan Kecacatan Rumah Baru (Defect Inspection)


Alhamdulillah, finally sempat jugak ambik kunci rumah yang sepatutnya dah lama boleh ambik. Bulan 7 tahun lepas lagi....hahahaha
tapi disebabkan kekangan masa 
dan sekali sekala balik Penang, 
lambat ler dapat kunci rumah. 
nak ambik kunci, kene set appointment dulu dan kene datang weekdays sahaja. Susah jugak la.selalunya time aku balik penang, weekend sahaja,,..huhuh
tapi tak per, dapat jugak kunci rumah.
selepas setel ambik kunci, technician follow ke rumah untuk explain everything pasal rumah ni dan cek sekali la.supaya masa submit tu, tak ada kekurangan apa-apa semasa pembinaan.

syukur sangat, rumah nih nampak sangat perfect dari pandangan mata kasar aku la...
tak ada defect langsung..

tapi, walau macam mana pun, aku tetap kene buat defect inspection dan buat claim kepada developer jika ada defect. 

korang tahu ke camna nak buat defect inspection? 
aku pun tak tahu jugak sebenarnya..kikikikiki
tapi hari tu, aku dapat tips nak kesan kecacatan pada rumah baru.
terima kasih kepada saudara  Shamier Mohaimin kerana berkongsi tips ini..
ini aku kongsikan pulak kat blog supaya ramai orang tahu tentang ni supaya kita boleh clain dengan developer,...
daripada gambar-gamabr yang dikongsi oleh saudara Shamier Mohaimin , banyak jugak defect .
kalau nak repair sendiri, makan riban jugak lah...kopak oooo !
so, ketahui hak kita sebagai pemilik rumah. 
untuk rumah baru je tau...bukan rumah 2nd ke subsale ke...tu kene repair sendiri..hihihi.



Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

PERALATAN :
***Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
***Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
***Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
***Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah

1. Azan
- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
- Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu
- Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.

3. Tiles Lompong
- Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
- Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
- Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

4. Elektrik
- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air
- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
- Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
- Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
- Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap dan Sliding Door
- Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga
- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.



























Sebelum & Selepas




Resipi Daging Panggang Lembut, Moist & Cair Di Mulut

Aku ni suka makan daging. Ada rakan grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) share resipi daging panggang. Meleleh ayaq liuq cheq duk tengok daging tu terbaring segar bugar.
Banjir terus bila mata tertancap kat gambar last.. hihihi...

Oleh kerana satu hari nanti aku teringin nak buat resipi ni, so aku up kan blog untuk rujukan aku di suatu masa apabila "kerajinan" aku datang.
Kalau aku share kat FB aku, konpem susah nak scroll dan mudah lupa..... muahaha !

Terima kasih kat Yuss Aisya (Nama Facebook penderma resipi daging ni..kihkihkih) sebab share resipi dan tips2 untuk memasak daging sodap yang sodap....walaupun aku belum.try buat lagi..tengok gambar pun dah terasa aura kelazatan daging2 yang moist tu..yummmm



Moh kita tengok step by step cara nak masak ;














Konpem meleleh air liur korang....hahahaha.
Nanti bila aku dah buat, aku share hasilnya ..... hehehhe.

Cara Nak Guna Aplikasi Telegram Kat Komputer atau Laptop

Telegram ni aplikasi lebih kurang sama tapi tak serupa dengan WhatsApp. bagi aku, aku lebih suka Telegram berbanding WhatsApp. Tapi, kedua-duanya pun aku guna. Hihihihi....

Telegram ni, selain boleh install kat handphone, korang boleh juga install kat PC. Dan cara nak install tu, giler senang tau !

Penting !! - Tapi make sure, korang install la dulu telegram ni kat handphone korang ye. 

Mula-mula korang klik link ni https://web.telegram.org/#/login . Atau korang boleh jer terus google , telegram web. Mudah !

Step 1 : Pilih Malaysia
sebab kita kan duk malaysia..hihihi

Step 2 : nak mudah cari, taip Malaysia.. kang dia keluar list, korang klik je la..

Step 3 : Masukkan nombor handphone korang yang dah korang install telegram tu. Nanti korang akan terima nombor kod ke telegram di handphone korang untuk access masuk telegram di PC.




step 4 : masukkan jer nombor kod 5 digit tadi. dan ENTER. Siap !! 


senang takkkk ?? 
senang je wei..hihihi