A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka

A Famosa Resort salah satu hotel yang harganya sederhana yang terdapat di Alor Gajah, Melaka. harga sederhana sesuai untuk golongan bawahan cam aku..hahahha..

Baru ni aku check in sini sebab ada kursus di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE).



Officemate aku book sesiap sebelum kitorang datang, ambik bilik Superior - RM 220.00/night., termasuk breakfast untuk 2 orang dan dinner untuk seorang, selama 3 hari.


Semua berjalan lancar, sampai je sana, terus daftar kat receptionist. Bayar habis terus untuk 4 hari 3 malam,  tanpa deposit diperlukan. Dari Putrajaya, lebih kurang sejam jer nak sampai sini.

keadaan hotel ni ok lah..nak kata cantik sangat tu, boleh lah..biasalah, hotel lama kan....
cuma 1 benda jer yang aku tak puas hati nih..


----
iron & iron board
----

ada tu memang la ada, tapi disediakan kat bilik kecik di belakang lif. *nangis*

time ni aku nak marah kat husband aku, hahaha.aku dah sesiap masukkan iron dalam beg, dia keluarkan balik..

"hotel mahal, mestilah ada iron dia letak dalam bilik"

tu diaaa...high expectation sangattttt..sudah diaaaaa, aku yang merana.......

hari pertama kitorang sampai dah malam tau...esoknya dah start kursus kat CREaTE..
terpaksa lah iron baju kat luar....sampai depan bilik iron tu, aku patah balik...

ko gilerr, serammm weeiiii...dah la sunyi...memang tak laaaa aku nak iron baju ..
esoknya, aku pakai la baju berkedut seribu....*nangis lagi*

sumber gambar : website A Famosa Resort 
bilik kitorang ~ 1310




~ not bad ~

gambar bathroom aku lupa nak snap...
*sorry*

ada waterpark kat sini, tapi kitorang tak pergi pon..lagipon tak sempat..aku datang sini, sebab ada kursus, bukan makan angin..hihihii

maybe next time, ada rezeki lebih, ada masa , boleh datang lagi.. InshaAllah..

kalau korang nak tahu, MPO aka Malacca Premium Outlet sebelah A Famosa Resort ni jer...
jalan kaki pon boleh....

aku pun baru tahu wujudnya kembar JPO - Johor Premium Outlet ..hahahha

restoran kat hotel ni, agak jauh dari bilik...
exercise la skit ye..

kawasan restoran nih, landskap nya sangattt cantik dan bersih...aku sempat la selfie sendirian..hahahah
aku turun breakfast pon sorang jer last day tu...
anak-anak tidur lagi, penat berjalan agaknya...sebab malam tu kitorang pergi ke Sg Duyong, makan ikan bakar.... :)











 tengok batu besau kat belakang aku tu...

curious gak..camna batu tu ada kat situ??

adakah diangkut..

atau memang dah asalnya kat situ??

huuuurrrrmmm.....

sape boleh tolong jawab persoalan yang tengah bermain- main di minda aku nih?? hihihihi


ok lah,...bye korang..nak balik Putrajaya dah....










6 comments

  1. http://madey09.blogspot.my/2016/10/potensi-manusia-saling-berbeza.html salam kenal blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih sudi singgah blog ni..

      Delete
    2. Salam kenal. Terima kasih sudi singgah blog ni..

      Delete
  2. Dulu kmi blajaq kt belah2 tu ja..member2 byk sewa kt apartmnt dlm tu...reja duk kluaq msuk ja A Famosa ni. Rindu lah pulak

    ReplyDelete
  3. huyo! bestnya! teringin pulak nak inap semalam

    ReplyDelete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa