[Part 1] : Bercuti Di Gold Coast Morib, Sepang

Sumber gambar : cuti.my
awal tahun hari tu, sahabat aku si hazrita tu, ada ajak aku beli tiket Gold Coast Morib..katanya tiket murah....sekeping tiket, untuk 2 hari 1 malam, cuma RM 150 termasuk pakej masuk water theme park, breakfast.... agak murah jugak, dengan niat nak reward husband & anak2 jugak, so aku beli...2 keping.. utk 3 hari 2 malam....
kitorang plan nak bercuti sama-sama, spend time together-gether...hehehe.....

bila beli tiket promo gini, ada tempoh tertentu untuk korang gunakan tiket tu..macam tiket yang aku beli ni, expired date dia 22 Nov 2016. dan boleh guna untuk hari Ahad sampai Jumaat jer, tak boleh guna masa public holiday atau cuti sekolah ...oleh sebab expired date tiket tu pon dah nak dekat, so kitorang plan lah pegi 20-22 Oktober 2016 baru-baru ni.....Khamis-Jumaat-Sabtu (tapi nih yg aku pelik, approve pulak kami datang hari sabtu..hihihihi)


nak dapatkan pelepasan cuti Khamis & Jumaat tu, berchenta gak la haih...sebab kerja aku nih, susah jugak nak apply cuti...tapi rezeki, boss approve jugak cuti aku tapi dengan syarat bawak laptop, selesaikan kerja-kerja yang patut aku selesaikan...

okey lah bosss.....asalkan saya dapat bercuti dengan family,,,, (^__^)
thanx bos coz memahami anak buah mu ini..wakakakakak

kebetulan pulak, kawan kitorang sorang lagi si Nor Rasidah pon ada beli jugak tiket nih...memang unplan la jugak, kitorang pergi sama-sama, bercuti kat Gold Coast Morib tu.....seronok !! 

1st day tu, kitorang check in agak lewat..aku check in lebih kurang jam 6 petang...
sebab sebelum tu, aku 1 family plan nak makan steamboat kat Seoul Garden IOI Mall Putrajaya....aku ambik peluang ni untuk dapatkan harga murah..weekdays, office hour, murah ...
jam 4 petang ke atas, mahal, RM 40++ kalau tak salah aku...

tapi yang frust nya, masa kitorang pergi ke Seoul Garden IOI Mall Putrajaya tu, full la pulakkk...adoyyyaaaii..tak sangka pulak, time2 cenggitu pon ramai orang....kitorang pergi dalam pukul 12.00 tengahari...hihihihi

eyh, tapi memang frustt betul laaaa.. !

lepas tu terus keluar dari IOI Mall, then plan nak ke Seoul Garden lain...try la google kat mana branch yang terdekat dengan Putrajaya

The Mines ada
D'Pulze Cyberjaya ada

so, husband aku decide nak ke Cyberjaya jer...sebelum tu aku call dulu, takut penuh jugak macam tadi....tak ke buang karen jerrr pergi..

1st time aku sampai D'Pulze tu....tempat tu agak tak berapa meriah, walaupun lunch hour...
maybe sebab weekdays kot...
tapi macam agak aman la..hahahha...

aku pinjam member card Eta...dapat diskaun lagi..walaupun tak banyak, tapi ok la kan...

RM 100.40 

untuk 3 orang 

aku
husband aku
Auni - 5 tahun 
(tinggi dah lebih 130cm ni..kene caj jugak walaupun sekadar makan aiskrim, jagung, minum ayaq..huhuhu)
Humayraa - FREE








dah habis makan, baru teringat nak berselfie...
sebelum tu, makan tak hengat dunia..korang layan gambar aku je la ek..hahahahadoii

kitorang tak lama pon kat sini.... 
rugi kan? huhuhuhuu.....
biasalah, datang ngan anak-anak nih, dorang bukannya boleh lepak lelama , mula lah berlari sana sini..lepas tu, dah nak balik....lol

rugi..rugi..hahahah

next time, datang Seoul garden, jangan bawak anak...(mak yg kejam..hahaha)

masa kitorang nak keluar dari mall tu, dah budak2 nih ajak singgah main game kat area situ.tetiba ternampak tempat main (tak tau nak panggil apa...)
tengok harga, 

MURAH !!

weekdays RM 8 jer
weekend RM 10 

lupa plak untuk berapa jam...sebab aku tak expect pun nak duk lelama kat situ...

so, kalau korang tak tahu nak bawak anak kemana-mana, datang jer sini....

kat D'Pulze Cyberjaya

lepas ni, tempat ni jadi port untuk anak-anak aku bermain...
weekdays, tak ramai sangat orang..
maybe weekend, ramai la kot kan...
masa aku pergi nih, hari Khamis...









4 hari nih, memang aku & husband cuti betol2..spend time dengan anak-anak..

siang dah keje....
malam pulak uruskan bisnes Shaklee aku
reply message customer dan sebagainya...
fuhhhhh... !! berpeluh dahi mak,....

jam 4 petang lebih, baru kitorang keluar dari D'Pulze dan terus ke Morib.....

korang yang bercadang nak bercuti kat Gold Coast Morib ni, teruskan bacaan ke next entry..sebab aku akan story mory apa yang korang kene buat supaya tak lari bajet...

sebelum datang sini, aku tak terpikir pulak nak survey dulu pengalaman orang lain...
aku expect something good will happen since Gold Coast Morib ni, tempat yang agak femes (kooottt.....hihihi)... tapi meleset sama sekali.....aku bagi 3/5 bintang jer... (^__^)


No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa