[Part 3] : Bercuti Di Gold Coast Morib, Sepang


Keesokannya, hari Sabtu hari mandi-manda. Sebelum tu, breakfast dulu macam biasa. Menu breakfast not bad. Sedap jugak. 
Pakej breakfast untuk 2 dewasa. bagi Auni, umur 5 tahun dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM12.00.

Untuk Humayraa, 3 tahun, free of charge je. Budak-budak, bukan makan banyak sangat pun kan. 
lagipun dorang hanya makan cereal honey star dan susu, sosej, nugget dan onion ring yang sangat sedap dan rangup.


Dah isi perut, masa untuk main air. 
Untuk masuk ke water theme park, boleh bawak towel sendiri tapi tak dibenarkan bawa towel hotel. 
Kalau tak ada towel, boleh sewa towel yang disediakan di kaunter. 

Nak dijadikan cerita, masa datang bercuti ke sini, aku tak bawa towel sendiri. kekonon nak jimat space beg, guna jer towel hotel. walhal, sebelum ni kalau ada pergi travel ke mana-mana, towel tu antara benda wajib yang aku akan bawa dan tak akan guna towel hotel. 

Oleh sebab tak bawak towel, si kitorang terpaksa la sewa towel. 
Caj sewa untuk setiap towel, cuma RM10. Tapi kene letak deposit RM20 untuk setiap towel.
Jadi, caj untuk sehelai towel, kene letak duit sebanyak RM30. Cuba bayangkan kalau korang datang reramai dan semua tak bawak towel, berapa ringgit dah tu nak kene bayar.

Contoh, 5 helai towel X RM 30 = RM 150. Tapi jangan risau, kalau towel tu korang jaga elok-elok dan tak hilang, deposit akan dipulangkan semula. So, selamat RM100 korang. (^__^)



Harga tiket water theme park;

  • Adult  RM37.00
  • Children ( 2 - 12 years old ) RM21.00

Untuk pakej yang kitorang ambik ni (rujuk entry part 1) dah termasuk tiket water theme park. Berbaloi-baloi.
Let say uoll datang tanpa pakej yang aku ceritakan sebelum ni, korang boleh beli pakej yang dorang offer. Tapi maybe limited time la kot.
Pakej macam kat bawah ni RM50 sahaja harganya. Tapi beli sekeping je la. Tak habis guna pun.
Beli sebab nak main aktiviti outdoor yang ada kat situ. 







Hari ni tak ramai orang sangat. Jadi, waktu main air sangat lah best sebab semua tempat boleh main dengan senang hati.
Dari awal pagi sampai tengahari main air, tak puas-puas.
Bila dah lama sangat main air, perut pun dah lapar.
Kami keluar dari hotel untuk cari kedai makan masakan kampung.
Oleh sebab kawasan tak biasa, dan situ pun memang area kampung, tak banyak sangat kedai makan yang ada. Jenuh jugak lah kitorang cari tempat makan.

1 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa