Dokumen Penting Wajib Ada Bila Nak Buka Akaun ASB Anak


Assalamualaikum wbt

Sekarang baru aku teringat nak buka akaun ASB anak-anak. Sebelum ni aku cuma buatkan akaun Tabung Haji jer untuk dorang. Masih belum terlambat untuk mulakan simpanan ASB kan.

Aku nak buka akaun di pejabat pos ajer, senang dan mudah. Lagipun pejabat pos terletak di bawah pejabat aku jer. So, bila ada masa  terluang, aku boleh pergi bila-bila masa.


Sebelum aku ke pejabat pos, aku dah meng google dulu sebab nak tahu cara-cara buka akaun ASB, dan aku sudah pon sediakan dokumen yang diperlukan iaitu salinan kad pengenalan anak-anak dan aku sendiri berserta kad pengenalan asal.

Terasa dah complete semua dokumen yang diperlukan, menapak ler aku ke pejabat pos terkonyong-konyong sorang diri membawa harapan untuk setelkan cepat-cepat..rupanya, gerimis mengundang..hahahahah...

Setibanya aku kat pejabat pos, 1st thing aku buat, of course la ambik nombor giliran dulu...dah la penuh pejabat pos..fuhhh, nombor berapa la turn aku nih.....

dah ambik nombor, tercari-cari pulak form ASB.. jumpa ! tapi, entah betul entah tidak... ko tahu je la kan, ASB ni ada macam-macam nama....boleh ke guna form yang sama? tak sempat dah la aku nak menyoal kakak-kakak kaunter, membijakkan diri jer mengambil form dan menulis dengan rakus.... dan tunggu giliran aku sampai... lebih kurang setengah jam tunggu...

tinggggg. 2092 kaunter 1... yeeeaaahhhh !!

saya  nak buka akaun ASB anak...umur 3 tahun dan 6 tahun yea...

abang kaunter bagi aku borang pink suruh isi...., ada form lagi rupanya...

Dah siap isi form nak masukkan duit dan form pendaftaran, abang kaunter mintak surat beranak asal dan salinan....lorrrrrr...

Aku tak der la bawak surat beranak sebab ingatkan memadai dengan adanya kad pengenalan. Dah satu kerja pulak kene menapak ke pejabat pos lagi...haihhh..

so, korang yang nak buka akaun ASB untuk anak-anak yang masih di bawah umur 18 tahun, sila bawa dokumen penting ni supaya tak jadi macam aku, ulang pi ulang mai pejabat pos..nasib baik dekat jer...

  • Surat Beranak Asal (anak)
  • Salinan Surat Beranak (anak)
  • Kad Pengenalan Asal MyKid (anak)
  • Salinan Kad Pengenalan MyKid (anak)
  • Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga
  • Duit 

Lepas tu, mintak borang pendaftaran siap-siap di kaunter dan isi terlebih dahulu sementara menunggu nombor giliran ko sampai.

cara buka akaun ASB anak


jangan lupa isi juga borang masuk duit ye. yang ni boleh terus ambil dan isi. biasanya dorang letak jer kat meja borang. boleh ambik sesuka hati dan ianya PERCUMA...hikhikhik

borang ASB


aku rasa ini jer la yang dorang mintak masa nak buka akaun ASB tu....harap-harap esok aku boleh setelkan terus dan tak der dah nak mintak macam-macam lagi...jangan dimintak sijil nikah, udah lerrr.......kihkihkihkih....

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa