Panduan Cuti Bersalin Bagi Pekerja Kerajaan

   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




Cuti Bersalin 60 Hari atau 90 Hari


Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir saya bekerja sebelum cuti bersalin selama 90 hari. Estimate Due Date (EDD) kali ni pada 7 Jun 2014. Saya ambik cuti bersalin seminggu lebih awal bermula 1 Jun 2014 hingga 30 Ogos 2014. So, bolehlah rehat sepuas-puasnya sementara tunggu masa untuk melahirkan anak kedua kami....*berdebauu gilerr nihh..*

Masa lahirkan Onnee dulu, saya apply 90 hari cuti jugak. Bukan apa, 60 hari tu rasa macam sekejap sangat la. Badan tak sempat nak recover elok....*alasannnn sangatttt* 
Alaaaa, apa salahnya manfaatkan kemudahan yang ada, kann. Kasi la saya chance nak cuti sepuas-puasnya. Bukan senang nak dapat cuti lelama, ye tak?

Saya dikira bertuah la sebab time saya sibuk nak "membesarkan" keluarga ni, kerajaan dah beri keistimewaan cuti bersalin pilihan 60 hari atau 90 hari untuk staf wanita yang bersalin. Saya kurang pasti, bila dorang ubah sebab tak pernah nak ambik peduli..hahahha.
Sebelum ni, maksimum 60 hari untuk setiap kelahiran dan terhad untuk 5 orang anak sahaja yang bersamaan dengan 300 hari. Sama jugak seperti sekarang, cumanya hari ini, ia lebih flexible yang mana kita boleh pilih samada nak cuti 60 hari atau 90 hari. Bagi mereka yang merancang nak anak ramai, ambik la maks 60 hari jer. Boleh la beranak sampai 5 orang anak, cuti bersalin dengan bergaji penuh. Kalau lebih, terpaksa la cuti bersalin tanpa gaji. *haruuuu*

Tak faham? Ok, meh saya bagi contoh supaya mudah faham;

Anak Pertama : 60 Hari*
Anak ke-2 : 90 Hari*
Anak ke-3 : 90 Hari*

Jumlah = 240 Hari

So, baki Cuti Bersalin yang tinggal lagi, adalah 60 hari. Maka, untuk kelahiran anak ke-4, kita hanya boleh ambik 60 Hari Cuti Bersalin Bergaji Penuh.

Anak ke-4 : 60 Hari

*jumlah cuti samada 60 hari atau 90 hari tu, kita yang tentukan

Kelayakan Cuti Bersalin Pegawai Kerajaan

6. Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:
6.1 seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;
6.2 pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran;
dan
6.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Rujuk sini untuk maklumat lanjut ; JPA

Lebih kurang sebulan sebelum EDD tu, boleh dah isi borang cuti bersalin.


Bersalin kali ni, saya ambik keputusan untuk sambung cuti lagi. Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Yang Baru Lahir selama 3 tahun. Syukur pada Allah s.w.t, dengan biznes Shaklee ni, saya dengan senang hati boleh sambung cuti ini. So, dapatlah saya menjaga sendiri anak-anak. Nak tengok anak-anak membesar depan mata. Boleh ikuti perkembangan dan tumbesaran dorang sepanjang masa. Ini langkah permulaan untuk berhenti kerja kot dan seterusnya bergelar WAHM (Work At Home Mom) . Doakan saya yea. (^___^)

Nak tahu bagaimana proses mohon Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Yang Baru Lahir?? Tunggu entry seterusnya..saya nak tidur dulu...dah sakit pinggang duduk lama sangat.

Sebelum tidur, saya telan 4 biji Ostematrix Shaklee terlebih dahulu supaya bangun esok pagi, badan kembali cergas. Lagipun, EDD dah tak lama. Kalsium nih akan membantu saya supaya tak cramp tetiba semasa nak bersalin nanti dan beri saya tenaga lebih. InshaAllah !!

dalam toilet pon bolehhhhh....kuikuikuikui


Info penting, yang mungkin ramai tidak tahu. 

Layak Cuti Bersalin Bagi Pegawai Yang Melahirkan Anak Selepas 22 Minggu Hamil (Usia Kandungan 5 1/2 Bulan)

12. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. 

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa