Cara Bayar Bil Melalui maybank2u



Tetiba aku up cara nak bayar bil guna Maybank2u. Alkisahnya penyewa rumah aku tu tak tahu camna cara nak bayar bil air Perbadanan Bekalan Air P.Pinang (PBA). Tak pernah buat katanya. jadi, aku screenshot satu persatu dan edit bahekk punya untuk mudahkan dia paham.

Alang-alang aku dah edit cantek sangatt ni kan, so aku up terus kat blog supaya boleh jadi panduan untuk orang lain jugak.

ok, ni step by step camna cara nak bayar bil secara online via maybank2u.





walaupun guna handphone, aku tak suka guna mobile site. complicated.
aku lebih suka guna Full Website, sama macam appear kat PC.
klik Full Website

pilih Accounts & Banking

pilih Bill Payment


pilih Make a one-off payment 
kalau bil yang tiap-tiap bulan korang bayar, korang boleh set up as Favourite Payee
so, bila dah set up, korang hanya pilih Make a payment to a favourite payee dan terus view senarai bil kita jer. tak payah lagi nak taip nombor akaun bagai.


kalau bil yang korang nak bayar tu ada dalam list Our Top 9 payees, terus jer kelik kat situ.
kalau tak ada, korang boleh klik kat Select from list


untuk semua jenis bil utiliti, korang pilih Utilities
tick jer kat situ



tick mana-mana yang berkenaan. 
aku kat Putrajaya ni, SYABAS. 
rumah aku kat Penang sana, dah tentu la Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang



dah siap tick, akan view macam ni. pastikan betul. dan yakin dan konpiden semua betul, klik Continue.
kalu nak perbetulkan semula, klik Go Back.



lepas tu, masukkan jumlah bayaran kat Amount
No akaun bil kat kotak Bill account no:
dah setel, klik Continue

pastikan amaun dan no akaun bil yang dah korang masukkan tu betul tau. 
ulang 10x tengok pun tak pe. silap 1 nombor, haruuuu. 
then, teruskan macam biasa, klik kat kotak kuning tu, request no TAC yang akan dihantar terus ke nombor handphone yang dah korang daftar kat Maybank.

dah dapat no TAC tu, masukkan kat kotak putih. 

dah siap
dah puas hati
dah confirm betul

klik Confirm.

dapat resit, print dan masuk fail lah. 

simpan sebagai bukti pembayaran.

ok, selamat mencuba !! 


No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa