Benarkah Produk Shaklee Ada Ekstrak Babi?

Isu ekstrak babi dalam produk Shaklee, isu yang tiada kesudahan...ada jer timbul pelbagai spekulasi (eceeehhhh), ekoran entry dari seorang blogger yang mengatakan produk Shaklee mengandungi ekstrak babi. Semoga entry kali ini, boleh bukakan mata pengguna seluas-luasnya adakah produk Shaklee ni betul-betul mengandungi ekstrak babi atau sebaliknya....
__________________________________________________

Sumber: HalalScience 26 Mac 2013
Soalan 1 :Assalamualaikum,,Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu
Terima kasihAinul- Amar Dhiya
Soalan 2:Assalamualaikum,Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?
Terima kasihCikgu Umi Kalsom.

JAWAPAN:
Wa alaikum salam.
Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.
Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.
Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.
Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.
Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi”.
Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).
Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com 
Terima kasih.
Abd Rahman Baco
Penulis
www.halalscience.com 
Dengan entry ini, ada yang akan menganggap pengedar Shaklee mengambil kesempatan di atas setiap isu atau info yang dikeluarkan, samaada daripada doktor  atau daripada sesiapa sahaja yang berkenaan. Secara peribadi, tiada niat untuk melariskan produk semata-mata, tetapi hendak menyebarkan kebaikan daripada produk Shaklee sebab saya dan keluarga telah merasainya dan kenapa tidak saya meluaskan dan menyebarkan lagi faedah ini kepada semua orang supaya lebih menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Bagi anda yang berminat nak cuba produk Shaklee, jangan segan silu untuk hubungi saya yea (<__>)

Sheetah [ID No: 881842]
Whatsapp|LINE|Viber|SMS : 0193121609 
Emel : honeyonnee@gmail.com

DISCLAIMER 1#
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

DISCLAIMER 2#
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya

walaupun masih muda, kecantikan dan kesihatan perlu jaga

si gadis manis ni, Wajiah Rashid salah seorang consumer vitamin Shaklee...walaupun masih muda belia, tapi tetap menjaga kesihatan badan dan kulit...

daripada testimoni bergambar ni, boleh nampak perbezaan yang ketara sebelum dan selepas pengambilan vitamin...
Wajiah mengamalkan vitamin shaklee secara konsisten selama sebulan ... 
Wajihah jugak sorang blogger, so boleh lah kenal-kenal dengan dia...

gambar sebelum dan selepas sebulan consume vitamin Shaklee

Info : umur 21 tahun
Vitamin yang diambil : B-Complex, Vitamin C, Vitamin E dan Omega Guard
Tempoh Pengambilan : 1 bulan



Salam semua  

saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee trial pack vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't? 

Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi.  tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah. 

Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless.  Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more  

gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing  I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements.



_______________________________________________________________

DISCLAIMER 1#
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

DISCLAIMER 2#
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan

Mashitah Binti Mamat [Syitah]
Shaklee ID : 881842
Whatsapp | LINE: 019-3121609 
SMS : 017-9005898

Garlic Complex - antibiotik semulajadi

Garlic Complex [60 tablets]

Kenapa harus memilih Garlic Complex Shaklee??
  • dibuat drp bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas
  • dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif)
  • dwi-teknolgi digunakan untuk mengawal bau garlic 
  • kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba iaitu rosemarry dan spearmint
  • ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita
  • setiap 2 tablet garlic membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar
 Garlic Complex Shaklee

Bahan Utama Garlic Complex

Garlic Shaklee adalah salah satu produk yang bagus untuk kesihatan kita. Gabungan 3 bahan semulajadi iaitu rosemary, spearmint dan bawang putih menjadikan ia salah satu vitamin yang sangat baik untuk pelbagai manfaat kesihatan.

Manfaat Garlic Complex 
  • kandungan spearmint - tingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • antibiotik semulajadi - mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • cegah alergi - tingkatkan prevention terhadap penyakit yang berkaitan dengan sitem imun seperti hidung yang sensitif, sinus (resdung), alergi, asma (asthma), selsema dan hepatitis
  • melegakan sistem penghadaman - legakan kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.
  • mengawal darah tinggi
  • detoks badan
  • menurunkan paras kolesterol
  • mencegah kanser
  • menstabilkan glukos dalam badan
Siapa yang perlukan Garlic Complex ??
  • pesakit darah tinggi
  • pesakit jantung
  • orang yang terkena jangkitan virus, selsema
  • orang yang ada resdung, alergic, asthma dan hepatitis
  • pesakit kencing manis
  • orang yang kolesterol tinggi
  • perokok
  • pesakit gastrik
  • ibu hamil yang mengalami masalah keputihan yang teruk
  • wanita yang mengalami keputihan
  • pesakit tibi
Cadangan Pengambilan 
2 biji Garlic Complex setiap hari, selepas makan


"saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee" - Ayu Raudhah



LEBIH empat bulan bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, pelakon Ayu Raudhah masih menantikan kehadiran cahaya mata.

Setakat ini, Ayu belum menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Biarpun begitu, pasangan itu berserah kepada rezeki Tuhan dan menerima bila-bila masa sahaja untuk dikurniakan anak.

Sesibuk mana dengan rumah tangga yang baru dibina itu, ia tidak menjadi halangan untuk wanita ini meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan. Namun, Ayu perlu lebih selektif memilih watak yang sesuai.

Selepas berkahwin, wajah Ayu jarang dilihat muncul di media cetak mahupun elektronik. Jika ada yang perasan, telefilem terbaru lakonan Ayu berjudul Pabila Syaitan Berbisik baru disiarkan di TV1 pada 22 April lalu.

Ayu yang selama ini cukup dikenali dengan watak gadis lemah-lembut dalam lakonannya bertukar kepada sisi jahat apabila membawa watak gadis kampung yang lupa daratan dan sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain demi mengejar kemewahan hidup.

Bagi mengubat rindu peminat Ayu, OopStarz! minggu ini mahu berkongsi tentang rahsia kejelitaannya.

Dalam menjaga penampilan, dia paling gemar menyerlahkan kecantikan mata. Boleh dikatakan Ayu memiliki mata yang mampu menjadi aset berharga pada dirinya dan mudah mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandang.

“Saya suka memakai maskara untuk melentikkan bulu mata. Jika memakai maskara, saya tidak perlu menggunakan bulu mata palsu. “Jadi, saya jarang membeli bulu mata palsu. Kalau membeli pun, saya memilih yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

“Biasanya saya akan membeli maskara dengan jumlah yang banyak. Maskara yang paling saya suka adalah jenis Maybelline Volume Express Mascara Curved Brush,” ujar pelakon drama popular Nur Kasih dan Manjalara ini.

Pada hari tidak bekerja, Ayu jarang mengenakan mekap tebal tetapi wajahnya tetap tidak dapat lari dari menggunakan maskara.

“Boleh dikatakan setiap hari saya perlu bersolek tetapi apabila berada di rumah, saya jarang memakai mekap. Jika keluar tanpa urusan kerja, saya tidak banyak memakai mekap dan yang penting mesti meletak maskara pada mata,” ujarnya lagi.

Sapu ais pada muka Seperti wanita lain, Ayu tidak putus menjalani rutin kecantikan seperti biasa iaitu mencuci muka, menggunakan penyegar dan pelembap muka.

“Saya perlu membersihkan dan menjaga muka dengan kerap kerana sentiasa menggunakan mekap setiap hari terutama sewaktu menjalani penggambaran.

“Saya tidak banyak mengamalkan petua tradisional. Antara petua yang diamalkan setiap kali sebelum tidur, saya akan menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah.

“Alhamdulillah, nasib baik kulit saya tidak mudah ditumbuhi jerawat walaupun kadangkala rasa stres,” katanya.

Selain itu, dia juga menerima rawatan kulit muka di pusat kecantikan AsterSpring selama setahun di samping mendapat bekalan percuma produk penjagaan kulit Dermalogica dan kosmetik Averine.

Ayu terpilih antara artis yang mengikuti pakej rawatan muka dan badan ‘Beautiful Bride’ oleh AsterSpring pada November tahun lalu. Selain Ayu, pelakon Raja Farah juga menerima rawatan yang sama.

Guna daun bunga raya
Daripada penjagaan muka, topik perbualan beralih kepada penjagaan rambut yang dianggap sebagai mahkota berharga kepada setiap wanita. Agak menarik juga apabila Ayu menggunakan daun bunga raya untuk melembutkan rambut.

“Ambil 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, sapukan pada rambut hingga ke akarnya. Balutkan rambut dengan “shower cap” selama 30 minit. “Akhir sekali, cuci dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah rambut menjadi lebih lembut dan bersinar,” ujarnya.

Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga, Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.

“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee,” katanya.

Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur.

Mstar
Sumber : HarianMetro (5 Mei 2011)


______________________________________________________________

DISCLAIMER 1#
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

DISCLAIMER 2#
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan

Mashitah Binti Mamat [Syitah]
Shaklee ID : 881842
Whatsapp | LINE: 019-3121609 
SMS : 017-9005898

9 Makanan Untuk Rambut Sihat


Merawat dan menjaga rambut agar tetap cantik tidak hanya dengan rajin bersyampu dan ke salun semata-mata. Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan indah, perlu juga dilihat pada makanan yang diambil setiap hari. Ini kerana setiap sel rambut yang tumbuh bergantung pada nutrisi yang dimakan.Sekiranya makanan yang dimakan tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut juga akan turut rosak. Jadi tunggu apa lagi! Jom semak bagaimana ingin memiliki rambut sihat dan cantik dengan pemakanan.

1)Ikan salmon
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.



2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.



3)Buah segar
Tembikai, pisang, limau, epal dan buah-buahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.


4)Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.



5)Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.



6)Telur
Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.



7)Bijirin
Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.


8)Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.



9)Makanan laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.

Sumber : Rapi

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut ( HFMD) Beransur Sembuh


Alhamdulillah, sejak saya kenal dengan produk Shaklee, banyak ilmu yang saya dapat dari pembacaan dan pengalaman pengguna Shaklee....dan Alhamdulillah, sebab anak saya bebas dari penyakit-penyakit , setakat ini.....masa-masa akan datang, kita tidak tahu apa yang akan berlaku kann....semuanya ketentuan Alla s.w.t
jadi, saya lebih suka mencegah sebelum terkena...Meal Shakes, Chewable Vitamin C dan Omega Guard adalah antara vitamin yang saya beri kepada anak saya, untuk memastikan dia kekal sihat, in shaa Allah. (^______^)

Berbicara perihal anak, memang mengusik jiwa keibuan kan...ibu mana yang tak sayang anak, ye tak?? ok, berbalik kepada topik yang saya nak share dengan ibu bapa semua, HFMD,...bagi sesetengah orang, termasuk saya sendiri, pertama kali dengar istilah ini...tapi penyakit kaki tangan dan mulut, ya sume orang tahu kan......

HFMD disebabkan enterovirus, sejenis virus yang wujud dalam usus manusia. EV71 adalah antara enterovirus yang paling berbahaya. Bila dijangkiti HFMD, pesakit akan mengalami demam dengan suhu 39 darjah ke atas.

Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa.
Tapi tak bermakna, orang dewasa tidak berisiko dijangkiti HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat. ( tingkatkan sistem imun dengan Nutriferon )

Penting untuk kita tahu, HFMD boleh berjangkit melalui sentuhan, batuk , bersin dan menyentuh apa saja permukaan yang ada virus ini. Paling penting, jaga kebersihan..kerap basuh tangan.

Ini pula, sharing daripada consumer produk Shaklee....anak beliau mengalami HFMD dan beliau beri Meal Shakes dan ESP....suka saya ingatkan, produk Shaklee bukan untuk merawat atau menyembuhkan...hanya mencuba je yea...hasilnya, doa dan tawakal kepada yang Maha Kuasa...in shaa Allah....




Salam..nak share pasal Mealshakes dan Esp..

Kulit Wafa lepas HFMD,banyak yang menggelupas dan salin baru,alhamdulillah sepanjang HFMD saya bagi MEALSHAKES dan ESP shja,doc ada bg multivitamin dan ubat gatal untuk diminum jgk,tapi saya tak bg pon kat wafa,hihi..

sbb MEALSHAKES dah sedia terkandung multivitamin dan mineral yang diperlukan wafa..lagipon kandungan protein dalam MEALSHAKES dan ESP bantu cepatkan proses pemulihan kulit wafa,alhamdulillah..seelsema wafa pon cepat sembuh sekarang..sesudu sehari MEALSHAKES dan sedikit ESP bantu sihatkan wafa setiap hari..#sangat in love dgn Shaklee.

Dos pengambilan berbeza-beza mengikut umur...dapatkan free consultation daripada saya sebelum anda memilih untuk menggunakan produk Shaklee...

Sheetah : Whatsapp|LINE: 019-3121609 
SMS : 017-9005898
Emel : sheetah82@yahoo.com

DISCLAIMER 1#
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.
DISCLAIMER 2#
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.