Tips Mudah Camna Nak Minum Air 3 Liter Sehari

ambik suplemen, kene banyak minum air..apa brand sekalipun, bukan #shaklee je.

bila aku gtau #consumer aka #customer supaya minum air at least 3 liter sehari, terkejut..

"uiii, banyak tu kak nak kene minum.saya susah nak minum air..lagi2 tengah keje, lupa nak minum air" ..

nampak cam banyak kan...tapi x banyak mana pun..

meh nak share cara mudah nak minum air 3 liter sehari..

dalam mug ni, lbh krg 300ml .

300 ml X 10 mug = 3000ml @ 3 liter

so, cara dia., minum 1 mug air setiap kali sebelum dan selepas solat....solat ada 5 waktu sehari kan...haaa, sekali solat, 2 mug air...cukuplah 10mug......

senang kannn !!!

pesan aku : ibu dalam pantang jangan takut nak minum air yea...segala mitos yg pernah tok nenek cakap tu, jgn percaya sangat...hihihihihi...badan perlukan air utk elakkan sembelit dan mempercepatkan baikpulih luka bersalin..

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

ni ha entry pasal Aidilfitri 2015 keluarga kecik aku ni ...gara2 menyahut cabaran SEGMEN RAYA BERSAMA  MAMAMYJA..hihihii. Tarikh Segmen : 30 Julai - 31 Ogos 2015

raya tahun ni raya ala kadar sahaja, tak semeriah raya orang lain......masih terkesan kehilangan adik pada 28 Jun 2015 bersamaan 11 Ramadan 1436H yang lepas akibat kemalangan. So, mood nak raya tu, hambar je lah....



baju raya pun pakai yang mana ada sahaja, tak beli baru..anak2 je la belikan beberapa helai baju...mama abah tak der baju baru, tak apa..anak-anak, mesti adakan...

baju aku pon, kain ela upline Shaklee yang kasi hadiah beberapa bulan dulu. kain ela untuk baju anak-anak, beli 2 meter RM 25.00, siap 2 helai jubah simple untuk dorang..

semua aku jahit sendiri...almaklumlah, baru jer gi kelas menjahit..hihihii.
walaupun jahitan tu tak berapa molek, belasah je la..pakai sendiri, tak kesah sangat kan..janji boleh pakai....hihihihih...

encik husband lak, pakai baju melayu yang lama jugak...aku rasa dah lama kot baju melayu dark brown dia tuh...hahahahaha..

nak wat camna, tak sempat nak shopping raya........sibuk dengan arwah adik yang terlantar di ICU Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang , lebih kurang 3 minggu jugak la....

raya tahun ni. giliran rumah husband kat Kepala Batas, Penang..so, raya pertama macam biasa, akan ziarah semua mak pak menakan belah husband...sehari tu, lebih kurang 7 buah rumah kitorang pergi........ 

dannnnnnnn semua rumah aku pergi, aku balun makan walaupun makan kuih raya...masakan orang Penang, sedap-sedap tau....huhuhuhu.... memang tak boleh tolak lah..rugiiii mampuih kot kalau tak makan !! kakakakakak

Laksa Penang
Nasi Daging
Mee Kuah
Ketupat + Rendang
Lemang + Rendang
.
.
.
.
.
dan macam-macam lagi........

raya kedua, macam biasa, balik kampung aku lah pulakkk khennn..baru adil !! muahahahahah..

so, raya korang camna pulak?? mesti best kan....

sape2 yang nak mengeratkan silaturrahim bersama-sama, jom lah join segmen by mamamyja nih...

syarat-syaratnya, simple jer... ;

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-
  1. Blogger Malaysia
  2. Buat entry yang bertajuk "SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA"
  3. Tempekkan gambar raya korang sendiri tidak kisahlah raya keberapa janji korang berbaju raya lengkap. Secara berseorangan dan berkeluarga tidak kisahlah.
  4. Ceritakan serba sedikit pasal baju raya korang tu. Mamamyja nak tahu. Hehehehe...
  5. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh mamamyja. Jika tidak lengkap salah satu, penyertaan anda akan terbatal serta merta.
  6. Publish entri korang dan tinggalkan url entri di ruangan komen dalam segmen ini sahaja.
  7. Pemenang akan diumumkan pada 5 September 2015 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada 30 Ogos, adik kenduri kawin. Mamamyja takut kelam kabut. Hehe
  8. Mamamyja hanya perlukan 3 orang pemenang sahaja.
  9. Lengkapkan syarat di bawah :-
                   Follow Blog Mamamyja (Must DO!)


klik SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA kalau minat nak join jugak.... good luck !!


Tabung Aidilfitri 2016

Syawal 2015 baru je nak menjengah minggu ke-2, aku dah sibuk dengan tabung Aidilfitri 2016....... tapi tak per, boleh start awal...aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua, cara nak elak 'sakit kepala' atau 'kering' menjelang musim raya....ini pun aku dapat idea dari salah seorang donwlines Shaklee aku yang share tips nih...

kalau sesiapa yang dah buat, bagus lah...aku je baru nak start...kesiannnn..tapi tak pe, better late than never...kannnnnnnn !!!

aku recycle tong ESP shaklee je untuk buat projek aku ni...jimattt...

"TABUNG AIDILFITRI 2016"

tulis siap-siap tarikh bila 1 Ramadan & 1 Syawal...supaya kita sentiasa ingat...

ikut kalendar, 1 Ramadan 1437 jatuh pada 6 Jun 2016 dan 1 Syawal 1437 , jatuh pada 6 Julai 2016.

jangan lupa, tampal kat tabung tu, supaya bila tengok je, tak lupa untuk masukkan duit.....

terpulang apa saja tujuan yang anda nak buat dengan duit tabungan nih...untuk aku, aku nak buat untuk sedekah di bulan Ramadan (pahala banyak dari bulan biasa, katanyaaaa...hihihihi) dan duit raya bebudak.

duit yang aku simpan setakat ni, not RM5 dan not RM10 yang baru dan masih elok....



makanya, bila raya tahun depan, tak der la susah2 dah aku tukar kat bank......

nah belanja gambar tabung tong ESPshaklee aku aka TABUNG AIDILFITRI 2016....




TABUNG AIDILFITRI 2016

1 RAMADAN 1437H : 06/06/2016
1 SYAWAL 1437H : 06/07/2016


Jahit Sendiri Jubah Raya Aidilfitri 2015 !

oleh sebab ada kain ela yang color oren + dark grey yang upline Shaklee aku hadiahkan, so aku decide tahun ni tema oren...beli kain ela satin color oren untuk anak-anak kat Jakle Shah Alam Ramadan lepas...

saje nak cuba jahitkan jubah untuk kedua-dua little princess aku tuh.....oleh sebab aku ni pun baru beberapa bulan 'kenal' mesin jahit, so agak buruk rupa jubah & dress budak2...hahahah

tapi, masih boleh dipakai..cuma jahitan tak berapa elok lah,....jahit untuk pakai sendiri jer....layannkan ajerrr. !!

untuk suamiku, pakai jer baju melayu yang ada dah tu. tak payah nak membazir sangat kan....kakakakaka....raya tahun ni, aku tak semenggah mana.....jimat dan bersederhana kata orang..hihihi...

apa entah yang aku pikir, sampai silap ukur..tak pasal-pasal, kene tambah kain hitam kat bawah tu..adeihhh...
sabor yolah....

cuba sat !!
ok, molek....jadilah anak oiii...hihihi..
apa pun, aku puas sebab dapat jahit sendiri...Alhamdulillah !


2 helai jubah ini, aku jahit dan siap sehari sebelum balik kampung...tahun ni, beraya di Penang dulu.
amacam jubah aku, cantik tak? hahahahhaa....

lengan jubah purple tu menggunakan batik Sarawak yang tengah famous amous sekarang ni....itu pun, rezeki gak la....sebenarnya tak cukup kain dah nak buat lengan....puas gak pikir, camna aku nak buat nih....mintak idea kat Facebook...tetiba , ada downlines Shaklee aku , Faizah suggest match kan dengan batik Sarawak.....cantik jugakk...hihihihihi
dannnnn...
rezeki,...rezeki, Alhamdulillah.....Faizah kasi saya hadiah batik Sarawak yang dia ada...alahai, sweet sangatttt....semoga murah rezeki Faizah...amin. !

**ada lagi lebihan batik Sarawak tu...plan nak buat dress budak-budak, tapi masih belum berkesempatan.... InshaAllah, ada masa nanti, nak buat jugak..kain ela pun dah ada......tunggu je lah next sewing project eyh...(^__^)


Salam Aidilfitri 2015

Pergimu Takkan Kembali, Kakak Rindu !!!

kehilangan orang tersayang sangat perit dah pedih untuk hadapi..tapi siapalah kita nak menghalang takdir Allah swt..

dan aku sebagai kakak sulung, harus tabha dan kuat supaya adik-adik yang lain juga kuat...

dan sebagai anak sulung, aku mesti kuat demi mak dan ayah aku yang kehilangan anak mereka....

sedih aku, sedih lagi mak ayah aku, walaupun dorang tak tunjuk sangat dan seakan sangat-sangat redha atas pemergian anak ke-7 mereka...namun jauh disudut hati mereka, aku tahu....ini dugaan dan ujian yang sangat berat untuk dilalui...

tapi kami bersyukur, perginya insan kesayangan kami ini pada bulan yang mulia..

Faiz, semoga kamu tenang di sana sayang... kakak takkan sehari pun tinggal untuk sedekahkan Al-Fatihah, bacaan Yasin dan ayat Al-Quran lain untukmu adikku....

Doa Ketika Sakit Bersalin

Untuk mudahkan bersalin, dianjurkan membaca ayat al-Kursi (Surah Al-Baqarah : ayat 255)

"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa di langit dan di bumi, tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Bacakan Surah Al-A'raf, ayat 54




"Bahawasanya Tuhan-Mu, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang ada di antara kedua-duanya dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam atas Arasy (singgahsana).Dia memasukkan malam dengan siang mengikutinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang, semuanya ditundukkan dengan perintahNya. ketahui olehmu, Allah yang mempuyai penciptaan dan suruhan. Maha mulia Allah Tuhan semesta alam."

Sebaik sahaja mula sakit hendak bersalin, perbanyakkanlah bacaan tasbih dan zikir seperti:


"Maha Suci Allah"


"Aku memohon ampun kepada Allah"


Doa ketika hendak bersalin



"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku.
Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah."

Cara Betul Sambut Berita Kelahiran Bayi



Kehadiran bayi dalam sesebuah keluarga adalah suatu yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Kelahiran bayi adalah penghubung ikatan cinta dan kasih sayang suami isteri yang dikurniakan oleh Allah swt.

Sebagai ahli keluarga , sahabat handai, bagaiman cara yang betuluntuk kita sampaikan ucapan tahniah buat pasangan ibu dan bapa yang baru menimang cahayamata

Dalam Islam sendiri, perkhabaran ini adalah suatu yang sangat menggembirakan maka kita hendaklan mengucapkan tahniah dan doakan yang terbaik buat bayi dan ibubapanya. Secara tidak langsung, ia mampu membina rasa kasih dan sayang dalam diri setiap insan.

Dalam masyarakat kita, pemberian hadiah atau wang adalah perkara biasa. Ini juga adalah satu amalan yang murni. Menyambut kelahiran bayi baru juga, memerlukan kos yang agak banyak (bergantung pada individu). Oleh sebab itu, pemberian wang saguhati atau hadiah mampu meringankan dan permudahkan urusan ibu bapa tersebut.

Seperti janji Allah swt, jika kita memudahkan urusan orang lain, InshaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita juga.