SEGMEN : Tambah Kawan Blogger

 
 
Kita nak tambah sahabat Blogger kita...
Sambil-sambil tambah kenalan kita nak tambah FOLLOWERS!!!
Sesiapa yang berminat untuk kita BLOGWALKING ke Blog die, bolehlah komen di bawah ni & masukkan link Blog korang... Insya Allah kita terus SINGGAH, FOLLOW & BLOGWALKING selalu...
Tiap kali korang update Blog, Insya Allah kita akan singgah & komen!!

Tapi ada syarat sikit, tak susah pun syaratnya :-
  • FOLLOW Blog kita ni My New Blogger
  • LIKE Facebook kita Munirah Mustafar 
  •   Copy & Paste Entry ni & PUBLISH ke Blog korang...
  • Komen & masukkan link entry korang di sini... 
  • Segmen ini tamat pada 31-01-2016
5 Blogger terpilih akan kita listkan dalam MOST VVIP BLOGGER untuk Bulan Januari 2016 nanti sepanjang 1 bulan (Feb 2016).


_________________________________________


Aku pun memang nak meramaikan lagi kawan-kawan blogger nih..al maklumlah, kawan-kawan di alam nyata semakin sibuk dengan dunia masing-masing..hahahahah...
Gurau jerrr lahhh !!!

Apa salahnya kan cari kawan baru..kali ni di kalangan bloggers pulak....boleh dapat macam-macam ilmu dari dorang ni....

sejiwa sekata lah kata kan..sama-sama suka ber blog.... kann.kannnn ..kannnn !!

Salam perkenalan Munirah Mustafar  (^__^)


Segmen Blogwalking By Nurnbla (January)



Tag Kawan Aku Skettt..hihihihi


Meh support rakan blogger, join segmen blogwalking ni..aku pun dah lama slow melow blogwalking..bila ada masa free sejak 2,3 menjak nih, aku cuba luangkan masa untuk menyinggah rakan bloggers yang lain...nak berkenalan dengan rakan di alam maya la pulak...rakan-rakan yang lain, tengah sibuk fokus masalah dunia yang tak berhabisan..kohkohkohkoh..

gurau jer lah.....
gurau pon tak boleh kerr??? (^__^)

tarikh akhir untuk korang join segemn ni, pada 30 Januari 2016..hah, sempat lagi nok...
untung sabut, dapat menang salah satu kategori ni;
  • Top Blogwalking Blogger. 
  • Top Active Blogger Bulan January.

Good Luck untuk korang yang sama-sama join segmen ni hokey !!

Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL

CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN

salam and hye people :),

. This is farahdeena second giveaway. Dan giveaway kali ini dibuat semperna birthday blogger
farahdeena pada 9 february ni. So, nak cari 5 orang blogger yang bertuah untuk memenangi HADIAH MISTERI.

Tapi kalau ramai yang join mungkin jumlah yang bertuah akan berubah. hehe.


Untuk join Birthday Giveaway By FARAHDEENA FISAL ini. mudah ja syarat dia :)

Emoticon 1. buat entry bertajuk "Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL"


Emoticon 3.follow ig farahdeenafisal



Tmat pada 19 february 2016, jom join ramai-ramai
SmileySmileySmileySmiley


Rumah Double Storey di Bertam Putra, Kepala Batas, Penang Untuk Disewakan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 
 
Alhamdulillah, last year rumah yang aku beli kat Bertam Putra, Kepala batas, Penang dah siap. since aku dan husband belum lagi plan nak balik tinggal kat Penang, so kitorang decide untuk sewakan dulu rumah ni.
 
so, sesape yang sewa ni nanti, adalah first tenant lah..best kan, sebab rumah baru..korang lah orang fisrt yang merasa duk rumah nih..hihihii

ni serba sedikit info pasal rumah kitorang ni, 

Jenis Rumah : Double Storey Terrace
Keluasan : 1540 sft
Saiz Park : boleh muat 2 buah kereta
Bilik Tidur : 4 buah, 3 atas, 1 kat tingkat bawah
Bilik Air : 3 buah, 2 atas, 1 kat tingkat bawah
Tingkat Atas : Family Hall + 3 bilik tidur + 2 bilik Air
Tingkat Bawah : Living hall + dining Hall + Kitchen + stor + 1 bilik tidur + 1 bilik air + 1 washing area

Sewa sebulan : RM 1000 sahaja
deposit : 2 bulan
deposit utilities : RM 400 
 
 
sape2 yang berminat, boleh hubungi aku 
019.3121609
prefer whhatsapp @ telegram

Area strategik jugak la, sebab berdekatan dengan :
Mydin Kepala Batas
Hospital
Kompleks Kerajaan
masjid Abdullah Fahim
restoran ~ senang cari makan
lebih kurang 4-5 km nak ke tol Bertam
Pasaraya Sunshine
ILP
UITM Bertama
USM
bank pun dekat 
klinik gigi pun dekat..hihih
area situ, kawasan tengah membangun..
 



Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih| Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !!

Harga : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Cara Semak Pendaftaran Haji Melalui Tabung Haji

 

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 aku rasa ramai yang senasib dengan aku kan...masa daftar haji , dapat surat, kemudian hilang dan tak ingat simpan kat mana...hihihi
ke aku sorang je yang lupa?? hahahahaha

tapi tak per, korang jangan risau, boleh cek secara online, tahun bila korang punya turn untuk tunaikan ibadah haji...

untuk dapatkan tarikh ni, korang mestilah berdafatar terlebih dahulu dengan tabung haji yea..dan make sure, korang ada simpan dalam Tabung Haji, minimum RM 1300.
Boleh daftar secara online jugak kat website Tabung Haji..

klik gambar di bawah

https://www.e-thijari.com.my/welcome

untuk entry kali ni, aku cuma nak tunjuk cara semak tahun haji je. korang klik link ni


akan keluar macam ni,


1. gerakkan cursor kat menu tab Haji tu dan akan keluar menu tab hijau
2. klik Semakan Pendaftaran Haji


akan pergi ke next page
kemudian, korang isi je apa yang diminta
1.Nombor Akaun Tabung Haji  ~ refer la buku akaun korang yea
2.Nombor Kad Pengenalan ` takkan lupa kot...kalau lupa, sila buka wallet/purse korang..ngeh..ngeh..gneh...
3. dah setel isi semua info, apa lagi, klik la Semak

2057, haaa kauuuuu !
umur aku 75 tahun, baru sampai turn aku nak ke mekah buat haji melalui TH..hahahaha
tapi kalau diizinkan Allah dapat pergi awal, siapa tahu kan..
so, jangan berhenti berdoa kepada Dia, supaya cepat dapat jejakkan kaki ke Mekah..amin.


ni anak aku punya, sekarang umur 5 tahun....aku daftar dia masa umur 3 tahun..
2070 baru sampai turn dia , lebih kurang umur 59 tahun....ok lagi la..umur yang sesuai....InshaAllah..
tapi aku doakan semoga Allah izinkan dia pergi ke Mekah lebih awal...amin

 kalau ada duit lebih, duit banyak, boleh pergi haji melalui pakej.yang tu boleh pergi cepat sikit la, tapi still kene queue jugak.... tapi sekurang-kurangnya, tak ada la sampai 2057 baru dapat pergi, ye tak?
belanja besar la sikit, .tak silap aku , kos untuk seorang paling minimum RM 50,000 
korang boleh ushar2 website Tabung Haji..ada detail pasal ni.


aku doakan semoga urusan korang nak ke rumah Allah dipermudahkan jugak, inshaAllah. amin


PEMENANG New Year Giveaway By HoneyOnnee.Com

Bismillahirrohmanirrohim,

Seperti yang dijanjikan, seminggu selepas tarikh tutup New year Giveaway By HoneyOnnee.Com, saya akan umumkan pemenangnya.

2 orang pemenang bertuah, saya pilih secara random melalui random.org . So, tak ada istilah pilih kasih atau pilih bulu yea..hihihihi..
Yang tak berjaya, jangan risau, boleh dapatkan Perfume de'Xandra yang hottt in town ni kat blog De'xandraByCikWangi ...hihihihi

Apa-apa pun, saya ucapkan juta-jutaan lemon terima kasih kepada semua yang sudi join GA ni..... kasih sayang uoll, amatlah saya hargai... (^__^) 

Ok, meh saya umumkan pemenangnya yea. 
jeng
.
.
jeng.
.
.
jeng
.
.
jeng
.
.





PEMENANG PERTAMA

10. Nadya Syamimi Mat
PEMENANG KE-2
5. Alyaa zainal
TAHNIAH !!!!!



kepada pemenang, boleh whatsapp @ telegram saya dan sertakan ;
Nama
Alamat Penghantaran
No. HP :


ke

019-3121 609


Nota Penting : sila hubungi saya selewat-lewatnya 30 Januari 2016. Jika tiada feedback daripada anda, hadiah akan bertukar hak milik kepada pemenang baru. Terima Kasih !

Jom Sama-Sama Bantu Baby Amanda !




KISAH BABY AMANDA..

Sedih hati ini takkala melihat wajah kecil ini yang tidak tertanggung azab sakitnya. Bayi yang diberi nama Cahaya Amanda binti Abdul Ghoni menghidapi penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) iaitu genetik gangguan tisu perantara yang jarang berlaku.

Anak kecil ini dikatakan memerlukan rawatan tetap setiap bulan untuk memulihkan atau mengurangkan masalah penyakitnya ini.

Dikatakan kos yang diperlukan agak tinggi iaitu Sekurang-kurangnya RM1790 sebulan sedangkan bapanya hanya bekerja sebagai seorang despatch dan ibunya hanya seorang suri rumah kerana terpaksa menumpukan perhatian penuh kepada anak kecil ini.

Ternyata dengan gaji En. Abdul Ghoni sebagai seorang decpatch memang tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan anaknya dan rawatan bulanan pasti akan terganggu kerana komitmen lain.

Selain manjaga Cahaya Amanda pasangan ini terpaksa menanggung tiga lagi anak mereka di mana dua daripadanya bersekolah iaitu Muhammad Danish Haikal 9 tahun, Muhammad Raiyan Mikail 6 tahun dan Muhammad Aqil Amani 4 tahun.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan untuk meringankan beban rawatan anak kecil ini bolehlah memberi sumbangan barangan seperti berikut:

-antibacterial hand gel
-spartula
-septi silk wash
-sodium chloride 0.9%
-latex disposable gloves
-gauze
-cotton ball
-dresing set
-nipro neddle
-mepitel 2 layer
-tube fast tangan
-tube fast badan

KOS ANGGARAN RM2000 SEBULAN.

Anda boleh memberi sumbangan tersebut ke alamat 9-3-36 Apartmen Cendana no 11, jln metafasa u16/3, Tmn Bukit Subang, Shah Alam. No telefon 013 3949930

Atau bagi mereka yang ingin menyumbang dengan wang boleh berbuat demikian ke akaun :

7614356444 CIMB
(Suziyana binti Jamaludin)ibu

atau

7614356670 CIMB
(Abdul Ghoni bin Mohd Faudzi)bapa

Apapun marilah sama-sama kita mendoakan semoga baby Cahaya Amanda diberi kekuatan dan cepat sembuh seperti anak-anak kecil yang lain. AAAAMIIN.

-sumber dari facebook #siakapkeli

10 Kerja Mudah Yang Budak U Boleh Buat Bila Tak Ada Duit Belanja

Assalamualaikum.... last week, aku ada terbaca kes budak U yang terkoyak usus gara-gara tahan lapar dek kerana duit tak ada nak beli makanan. Dan dan tu gak la aku teringat kat adik aku kat UKM. Terus aku forward story tu kat dia...sedih sangat rasanya ...sedih weh.

Semalam, bila aku scroll  newsfeed facebook, aku terjumpa status ni daripada Khairul Hakimin Muhammad

Semoga boleh jadi panduan untuk adik-adik kat IPT ......korang zaman sekarang nih sangat beruntung, dengan dunia teknologi sekarang ni, InshaAllah mudah sangat setakat nak cari RM10-RM20 sehari...... >> bisnes online.

Ok, ni hakak share untuk rujukan korang...terima kasih Khairul Hakimin Muhammad atas usaha anda untuk bantu adik-adik kita kat IPT sana.











Semoga Berjaya !!


NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum

Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
(9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

------------------------------------------------------------------------

Selamat berkenalan Yan, 
Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke-21, sebaya dengan adik akak la....hihihi
semoga Yan sentiasa murah rezeki, hidup bahagia bersama orang-orang tersayang,
semoga menjadi someone yang membahagiakan orang sekeliling dan sudah tentu hamba Allah swt yang terbaik.
sekali lagi, selamat maju jaya, semoga Yan berjaya di dunia dan juga akhirat...
InsyaAllah !!


Jadual Gaji Penjawat Awam 2016

Masuk tahun baru, antara perkara yang ter penting, jadual bayaran gaji....
Wajib ambik tahu, dan mesti ambik tahu supaya kita boleh merancang kewangan kita sebaiknya.
Tinggal lagi 5 bulan lebih jer lagi, dah nak masuk Ramadhan..lepas tu Syawal.

Duit dah banyak keluar untuk perbelanjaan anak-anak sekolah, ye tak? 
Lepas tu, nak puasa dan raya lagi...perlu banyak belanja jugak tu walaupun ala kadar , namanya.

So, bila ada jadual gaji nih, boleh lah plan apa yang patut, terutama staf gomen macam aku...


Jadual Gaji Penjawat Awam 2016

Jadual ni, untuk rujukan aku..siap tampal kat dinding, supaya tak mudah lupa...hihihi
Kalau korang nak rujuk, boleh ke laman web Jabatan Akauntan Negara


Siapkan Blog Marsha



Sahabat aku, Marsha mintak design kan blog dia...request color hijau Shaklee ...

amek kau....simple design jer...hehehee

Header pun simple jer...tak reti lah aku nak design doodle bagai...hahahaha...
Korang boleh jenguk2 blog kawan aku ni...aku suka baca dia punya travelog..dalam malaysia hado...obersea pon hado..


http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.my

Tertonton Star Wars Tanpa Sengaja

ramai orang tengah kecoh giler gempak pasal movie omputih yang satu ni...Star Wars..bagi aku, tak la excited sangat sebab aku tak pernah pon tengok Star Wars yang sebelum ni...

so, macam angin lalu je la kalau ada cerita yang sampai kat telinga..

Star Wars vs Dilwale

dua movie ni tengah glamorous de amor sekarang...

yang aku lebih teruja nak tengok, Dilwale la...sebab Kajol yang makin comel walaupun dah 20 tahun berlalu...

tapi aku pendamkan aje la niat aku tu sebab aku tau, kalau ajak husband aku terjah panggung kerana Dilwale, konpem kene tolak mentah-mentah...sama kes sebelum ni bila aku ajak dia tengok cerita animasi dan ajak dia ke pesta flora kat Putrajaya.... lepas tu, aku dah malas nak mengajak dia lagi..hahahahha (merajuk ke bo layan?) ....

dannn, bagai orang mengantuk disorong bantal, tetiba husband aku ajak tengok Dilwale...oh my god.rezeki apakah?? aku dengan kereknya, hurmm ok...tapi dalam hati, melonjak kegirangan macam kucing dapat sekor tikus bersaiz gergasi...hahahah

dengan muka selamba badak tanpa perasaan...., lepas balik dari majlis akikah kawan husband aku, kitorang terus ke Alamanda...tapi sayang 1000x sayang, tiket almost full.yang ada pun, seat depan...memang tak la kan.....melangut je dari bawah, lenguh leher weh..
so, kitorang decide tengok malam esoknya jer..midnight movie....

dan untuk hari ni, husband aku ajak tengok Star Wars....ok la, layannn..
actually, nak anak2 aku berhibur jugak sebenarnya......lepak2 spend quality time bersama family la orang kata...hahhahha
kitorang ambik tiket malam...so, balik rumah dulu lah..rehat..malamnya, nak berjaga lak...

ni kali pertama aku masuk panggung wayang selepas lahirkan Auni, 4 tahun lalu..... so, berbeza sangat bila masuk this time, bersama anak2....im happy...yes, im happy...bahagia InshaAllah....heheheh.

Star Wars?? best ke tak?? aku.malas nak ulas pepanjang, tapi bagi pendapat aku, movie ni best jugak layan walaupun ko bulan peminat Star Wars...

enjoy gak laa...

anak2?? Humayraa lena selena2nya...Onnee lak, asyik makan je...2x husband aku keluar masuk panggung sebab nak beli nugget...hahahahah.....